Akhirnya, dapat juga meng-update setelah berhari-hari tidak berkesempatan untuk menulis barang sepatah kerana tidak berada di depan komputer sepanjang musim persediaan hari raya sehingga Lebaran.
...dan terlalu banyak yang hendak dikisahkan dan yang hendak dikongsikan sehingga tidak tahu yang mana satu hendak didulukan dan yang mana satu yang hendak dikemudiankan. Ohhh.. terlalu banyak buat seorang blogger yang ingin sekali berkongsi pelbagai rencah kehidupan yang menyeronokkan.
...apatah lagi bila kisahnya sekitar berhari raya bersama keluarga dan sanak saudara.
Apapun, AA ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terimakasih buat semua pembaca dan para blogger yang mengucapkan ucapan Hari Raya dan yang mengirimkan kad Raya Maya. Maaf kerana tidak berkesempatan meronda ke mana-mana blog dan mengutip kad-kad tersebut. Walaupun mungkin tidak terkutip lagi, tetapi AA sangat hargai semuanya.
Sebagai memulakan Syawal 1431, tiada cerita khusus melainkan secara umumnya berkisar menyambut Hari Raya Aidilfitri kali ini di Kampung Jemapoh, Kuala Pilah.
Menaip entri dari rumah yang baru, yang pertama kali bagi kami untuk berhimpun kerana rumah ini baru sahaja siap.
Ada banyak yang hendak “ku kongsikan”.... tetapi agak kelam kabut, hanya gambar memberikan seribu makna dan pelbagai perasaan.

Jangan ditanya, siapa empunya lengan yang sebesar itu...!
...dari kisah perjalanan yang menyesat lagi menyasar, ke kisah membuat lemang yang lucu kerana buluh terbakar lebih banyak dari lemang menjadi, sehingga kisah kemalangan kecil sehingga side mirror meletup dan hancur berderai... ke kisah kemalangan semasa mengemas sekitar rumah... terlalu banyak.
Nanti bila berada di KL semula, pasti akan dikongsikan lagi.
~...berada di bawah lindungan kelompok keluarga, walau bukan dari leluhur yang sama, tetapi limpahan kasih sayang sungguh membuatkan SERI BULAN tidak pernah merasa terkilan menjauhkan diri dari HISYAM...~
tak pe, jap lg mesti byk lg crita yg nak di kisahkan. jgn risau, sya sudi membaca satu persatu
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletebuluh tu buat lemang takpe jangan buat meriam buluh dah le hehe..
ruang ni tiada sekatan untuk kita berceloteh cuma sikit-sikit nanti tak sempat baca sema
ReplyDeleteSesungguhnya beta baru dapat tahu hari tu bahawa ada sesetengah penjual lemang yang merebus dengan minyak terlebih dahulu lemangnya sebelum dibakar... ada gak yang gitu ek? Adoi laaa...
ReplyDeleteada juga kisah berkejar ketandas... selepas nikmati berbagai juadah...
ReplyDeletepasni buat chapter by chapter kak. so semua boleh distorykan di sini. :D
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeletePertama : Saya minta maaf sebab tidak dapat baca penulisan untuk entri ini
Kedua : Saya minta maaf sebab sudah lama tidak melawat blog ini.
Ketiga : Menurut gambar yang telah diletakkan untuk entri ini, saya pasti raya yang disambut oleh akak, sungguh meriah.
selamat hari raya mokyang
ReplyDeleteEELOBOR > takut mood nak bercerita plak yang ilang.. hehehe
ReplyDeletePENJEJAK MAYA > lemang tu guna buluh serbaguna..hahaha
CEMOMOI > Yup, kalu banyak sangat letih nak baca.
ReplyDeleteKHAYALKHAYAL > Benar BRO. Cara itu utk mencepatkan dan mudah. Jimat masa tapi tidak lagi asli. Rasa ada kureng...
MORASE > Bang, kisah tu simpan utk diceritakan anak cucu nanti. hehehehe
ReplyDeleteGADISBUNGA @ FIDDE > Nanti jadi kisah Seribu Satu Malam. hehehe
AYIE > Salam. Saya maafkan semuanya. Kemeriahan tu tetap ada di mana mana...
ReplyDeleteCALUK > Selamat Hari Raya jua. Beraya di mana tahun ni? Klang lagi? hehehe