Thursday, September 23, 2010

Pro Kontra: Tukar Minda Bukan Pinda...

Terimakasih bebanyak, pada respons yang berada di tapak entri tentang Kerja di Hari Sabtu.

eelobor said...
betul tu kak, tp kitaorng lak walau hakikat cuti ari sabtu, tp kebanyakkan kena keja gak. katanya OT tp x pernah senang nk dpt claim. redha jer lah
September 23, 2010 7:25 AM
Kalu dikira OT ok la skit, ada gak masyuknya..:)


kakcik said...
Memang rasa buang karan dan buang masa kerja hari Sabtu kan??? Setengah hari - macam tak buat apa2... :)
*Ahad ni... jadi tak???
September 23, 2010 7:42 AM
Kalu takda keja, memang sungguh boring. Tapi kalu sibuk, kena lak buat OT sampai petang.
*Ahad, tak leh nak confirm sekarang la.

fa*atip said...
suka muka! Kerja! Kerja! :P
September 23, 2010 8:30 AM
Bekerja lah kita sekuatnyaaaa...!

somuffins said...
Azie
I paham jeritan batin you berdasarkan pada pengalaman sendiri.
September 23, 2010 8:32 AM
Taknak ker menjerit sama?

mokjadeandell said...
Semua tu makcik tinggalkan 3 tahun lalu.Sekarang boleh blog 24/7.Dunia rasa macam ana yang punya.
September 23, 2010 8:39 AM
Saya teringin nak ikut macam MAKCIK.

azmiroy said...
AA.. saya faham perasaan awak kerana kerja hari sabtu juga merupakan budaya kerja syarikat kami. Dulu saya pun tidak boleh terima kerja hari sabtu, tambahan pula kerja sepenuh hari sabtu. Rakan2 di jabatan lain pada hari Jumaat dah hilang melancung ,balik kampung dan sebagainya. Kami hari Sabtu sampai kesenja masih berada dipejabat. Tapi kami lama kelamaan budaya itu saya boleh terima.

Jadi AA terimalah seadanya dan buat perbandingan dengan mereka yang teraksa kerja pada hari Ahad pula....he...
September 23, 2010 9:39 AM
Terimakasih. Saya pun pernah kerja Sabtu masa tahun-tahun 90-an dulu, malah pernah kerja sampai senja, pernah kena panggil kerja hari Ahad/public holidays. Malah pernah kerja sampai pagi raya. Bidang kerja saya memang kena jaga dateline. Tapi setelah meningkat usia (dah tua) dan setelah lebih 9 tahun kesedapan off hujung minggu, payah nak mulakan semula.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...
betul tu kak Azie..
dulu kompeni Vic pun half day sabtu..
Tapi semasa kegawatan ekonomi tahun 2008, kami telah mencadangkan supaya sabtu off day manakala 1/2 jam ditambahkan setiap hari pada hari biasa... (klu sblm ni balik kul 5, skang balik 5.30).
Kesannya, dapat jimatkan bil letrik kompeni, sebab bahagian ofis yg kerja sabtu bukanlah kerja sgt pun. Hanya memenuhi kehendak kompeni je. Membazir letrik je kalau kerja sbb pakai aircond, lampu, microwave, boiler, water heater.....
September 23, 2010 10:31 AM
Itulah yang Kak Azie dok fikir...

anyss said...
Salam,
Hanya ada 2 cara sahaja;
1. Terima: maknanya kena ubahsuai minda sendiri. Kena cari juga alasan untuk pujuk hati sendiri dan redhakan diri.
2. Tolak: maknanya, dah boleh start cari keja lain.

Kat mana-manapun kita keja, bukan 100% budaya, environment dan suasana sesuai dengan kita. Belum campur lagi perangai semua orang, boss termasuk tukang cuci...
September 23, 2010 11:25 AM
Terimakasih. Setuju 100%..! Sebenarnya MOKYANG dah pun mulakan usaha cari kerja kat tempat lain, malah dah pun hadir interview cuma lum diberikan jawapan. (Macam payah nak dapat jer, sbb bersaing ramai). MOKYANG masih menimbangkan samada bertahan atau perlu cari lain berdasarkan beberapa keadaan yang membantu.

roslaini saad said...
Jadi cikgu sekarang pun...sabtu kena datang...walaupun cuti..ada saja aktiviti dan program..
Dulu orang kata..kerja cikgu senang..sabtu pun cuti..tapi sekarang ..jabatan lain cuti, cikgu kena datang sekolah....
memang sakit hati bila cuti kena datang sekolah...
September 23, 2010 11:58 AM
Sebab tu dah ada 2,3 orang kawan Kak Azie yang kerja cikgu berenti kerja, sebaliknya cari kerja kat jabatan. So, tak pening lagi dengan karenah murid (termasuk karenah guru lain dan guru besar), dan tak perlu lagi nak buat macam2 kerja. Kata kawan Kak Azie tu, lega yang paling lega sebab Sabtu/Ahad leh gi jalan-jalan, yang paling penting, tak yah fikir pasal anak murid lagi...!

gadisBunga said...
sob sob....kite dah nak dkt 2 tahun keje sabtu. mmg buang karan. tak suke! tak suke!
September 23, 2010 1:21 PM
Tak suker pun kena buat gak, dah nama pun kerja. Huhuhuhuhu!

IXORAROXI said...
Terimakasih AA utk ucapan dan doa
September 23, 2010 2:32 PM
Sama-sama kasih.

iCe said...
kalo tak suka, gi cari keje kat tempat lain..!!! ( dulu2 salu cakap macam ni kat staff... muahahahaa )
September 23, 2010 5:05 PM
Tak suka kerja Sabtu, tapi kalu BOS manyak hensem lagi baik hati, mesti mau stay jugak maaa...!

zureen @ mama said...
Zureen pun tak suka kerja hari sabtu sbb sekerat hari jer..
September 23, 2010 6:06 PM
Kalu dapat balik kampung, kan best?


*Nak tergelak pun ada, kesian pun ada. Ramai pelajar yang beli soalan ramalan UPSR (RM1 per naskhah) dari guru mereka (subjek BM Pemahaman, Monday, dan English tadi) tapi tiada satu pun soalan ramalan itu yang kuar masa exam tadi. Padahal begitu kuat sekali keyakinan yang diberi sehingga mempengaruhi murid untuk membeli. 150 calun, kalu 50 orang yang beli? Cikgu kayo...! Cikgu kayo...!


11 comments:

  1. Salam..
    Tak patut guru buat duit dengan soalan ramalan.. anak saya dapat free je dr cikgu dia dan kata tu hanya soalan latihan agar murid tak terlalu berharap soalan bocor. Rasanya tahun ni tak dengar kes soalan bocor disekolah anak.. alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Kerana percayakan cikgu,
    Melayang Satu Ringgit Aku,
    Tapi ironinya Cikgu bagi soklan tipu.

    Mahu bikin soalan periksa..
    bukan boleh bikin dengan sesuka hati... ooooooooo...

    (nyanyi ikut lagu Kerana Percayakan Siti - Exist)

    ReplyDelete
  3. SHANIZA > anak saya tak beli pun, sebab dia memang jarang bawa duit lebih ke sekolah, Duit poket cukup2 untuk makan saja. Kalu nak beli apa2 pun mesti tanya mak dulu. Tapi memang ramai juga yang beli, katanya. Untuk pertama kalinya, saya kagum dengan keyakinan anak saya, sebab dia sungguh berani buat keputusan untuk tidak terpengaruh beli.

    ReplyDelete
  4. VIC > Itu bukanlah soalan tipu, juga tidak didakwa mereka sebagai soalan bocor....

    Tetapi masa taklimat, sungguh yakin lak para guru tu beritahu parents yang mereka ada contact/hubungan baik dgn ramai guru2 sekolah yang buat soalan UPSR. Itu maknanya, depa mudah nak dapat soalan yang 99% menepati... Ntahlah.

    Anak Kak Azie tak beli sebab dia tak yakin. Ntah dari mana dia dapat keyakinan sebegitu.
    Cikgu dia tanya, "Taknak beli ker, nanti kuar soalan ni, awak menyesal." (Konon soalan tu tentang TAPIOCA - subject English, tapi langsung tak kuar pun pasal Tapioca) hehehehe...

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Saya suka dengan jawapan seperti di bawah:

    Tak suka kerja Sabtu, tapi kalu BOS manyak hensem lagi baik hati, mesti mau stay jugak maaa...!


    Yupppp! asal sahaja suka, keja hari Ahad pun sanggup. Tapi bila suasana tak mesra alam untuk diri...itu yang rasa panas je nak tunggu habis kerja.

    ReplyDelete
  6. Aslmkm.
    Mukadimmah dulu ni. :)
    Bila berkelapangan, Kak G mmg selalu juga ulang bertandang bila meninggalkan komen.
    Tapi dah lama sangat tak berkesempatan. Jadi malam ni saja set minda utk ulang berziarah ... so sampai sini lagi ler. :)

    Hmmm. Fobia juga keje ari Sabtu sekarang ye?
    Yg RM1 tu kira sumbangan utk Cikgu jer ler.

    ReplyDelete
  7. dah nama pon soklan ramalan takpe la... barangkali ada yang seiras walupun memang tak serupa langsung

    jangan la marah sangat sian kat cekgu tu

    ReplyDelete
  8. Salam kak azie,
    dulu masa baru grad, saya kerja kat bank, kena kerja hari sabtu.. masa tu looking forward hari sabtu sebab masa tu tengah gila bayang ngan sama satu mamat kat bank tu. Hari sabtu jer dapat gi lunch sama2 lepas kerja .. waaaa seronot.. tu dulu la masa anak dara..

    now ni tak de maknanya, kalau masa interview kata hari sabtu kerja jer, terus reject company tu, walaupun company tu memang awal2 udah reject kita pun sebab tak layak.. hihi..

    ReplyDelete
  9. saya kena kerja hari sabtu..
    sebab ramai orang sakit datang hari sabtu..sebab mereka cuti hari sabtu..

    ReplyDelete
  10. kalau ada koja tu buat je ajgn dok pikiaq banyak2..lastly koje tu bukannya orang lain nak tolong habihkan..tul gitu?
    hee

    ReplyDelete
  11. cikgu sekarang nie pandai amik kesempatan..sian budak2..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails