Tuesday, September 28, 2010

Hasrat yang Terpendam, Hajat yang Terendam...

Pernah tak anda berhasrat atau berniat untuk mencapai sesuatu keinginan dengan sangat tinggi? (Jangan sebut tentang nak tunaikan Haji di Mekah, itu perkara lain, ok...)

Sejak aku di sekolah menengah lagi, aku sudah ada keinginan untuk ke tempat itu di sebuah negeri di Johor. Kerana terlalu terpengaruh dengan sebuah kisah dari satu novel yang paling best (novel yang memenangi anugerah GAPENA) sehingga aku selalu merasakan berada di tempat, di kampung itu, di lereng sawah itu, di pinggiran sungai itu...

...bersama orang kampungnya, bersama orang tua di situ, bersama pakcik kedai yang berniaga air botol di pengkalan sungai...

menjadi sebahagian dari mereka yang berduyun ke kebun sayur atau menoreh getah, atau bila tiba musim durian, bersama tinggal 2,3 hari di pondok dusun menunggu durian gugur..

burrrr...! durian, gugur! ...

lalu berlari mengejar, mengopek di pangkin, makan semasa masih panas (betul, durian yang baru dikopek terasa panas), kemudian mandi di sungai...

Pic: Google

--- jauh melalut ----

Kemudian, pada awal tahun 1996, aku dapat menjejaki penulis novel tersebut (berasal dari Perak) dan kami beberapa kali berutus surat (tidak pernah menyebut soal berjumpa pun). Aku terpaksa menyamar menelefon ke sebuah publisher untuk mendapatkan maklumat penulis tersebut, sukar sekali, sehingga aku memohon budi baik seorang editor bertanyakan pada penulis itu sendiri. Dan itulah sekali pernah kubuat. Sekarang ni, para novelis sangat mudah untuk didekati melalui pelbagai cara di zaman canggih.

Yang lebih mengujakan, kini beliau menjadi pemastautin tetap di Johor sana. Aku beberapa kali ke Johor, bercuti dengan group 2 kali, selebihnya semua atas urusan, jadi tiada langsung kesempatan meninjau atau singgah di tempat-tempat yang sering berada dalam ingatan... dan kenangan.

Aku berhasrat pergi dengan penuh keselesaan, tanpa kesendatan waktu, dengan tidak dihalang masa. Dalam erti kata lain, pergi dengan tujuan yang cuma itu, tujuan untuk mencari apa yang sangat aku hasratkan dulu. Melihat dengan mata apa yang patut dilihat, mendengar sendiri apa yang patut didengar (wpun mungkin keadaan yang digambarkan sungguh jauh berbeza kini, aku pasti itu).

Hingga saat ini tiada "dateline" yang aku tetapkan untuk hasrat itu. Mungkin ketika komitmen berkurang dan keadaan selesa lagi mengizinkan.

Sangat tinggi hasrat aku untuk melaksanakan hajat ini atau kalu boleh disebut impian, inilah impian terbesar aku.

Bukan taksub, bukan fanatik tapi mungkin kerana terlalu terbuai oleh penceritaan, terumbang ambing oleh permasalahan, terlentok oleh nyanyian dan bunyi gitar...

Bukan itu sahaja, ingin sekali aku menjejaki tempat lahir BONDAku di Batu Pahat (Parit Sulung?) wpun tiada siapa lagi di sana, tetapi kalu dapat singgah sebentar pasti kepuasan itu tak akan tergambar dengan hanya menulis di sini...



~...pernah suatu ketika bila SERI BULAN jatuh di selut dan bangun dalam gelak-ejek tawa-nakal HISYAM, dia berdendam untuk menenggelamkan perahu di tengah malam...~



26 comments:

  1. I punya `Hasrat Yang Terpendam' is nak slim macam Angelina Jolieeeeeee...auwww!

    ReplyDelete
  2. FA > U ambik slim dia, I dapat bibir dia jaaadi lerrr...hahahaha

    ReplyDelete
  3. Azie
    Hasrat you nak ke BP; hasrat I plak nak ke Kota Tinggi.

    ReplyDelete
  4. SOM (U dgn FA sepesen jerrr.. suka berjaga memalam buta, awat tak pi tidoq lagi?)

    I dah pernah ke Kota Tinggi (air terjun Wet World tu 2x) best gak. Hadir majlis kahwin sekali. Desaru 1 kali.

    Johor memang best, sebab I suka Laksa Johor...!

    ReplyDelete
  5. Salam azieazah

    Masalah waktu ke tak pergi lagi ke tempat kelahiran bonda tu? Insya Allah akan sampai, walau kadangkala tanpa dirancang. Tentu akan rasa puas hati bila hasrat telah kesampaian.

    ReplyDelete
  6. hmm ... banyak hasrat tunjukkan byk hati memainkan peranan dari akal. :)

    hasrulhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. azie, kitorang ni burung hantu..hahaa...

    ReplyDelete
  8. huuu suka baca karya azizi abdulah tentang kampung

    ReplyDelete
  9. Azie...

    agak2nya tempat itu masihkah sama seperti yang digambarkan, ya? :)

    ReplyDelete
  10. tiada hasrat terpendam...bergerak mengikut arus kehidupan. aargghhh...tidak bercita2 kah aku ini? :)

    ReplyDelete
  11. beb..aku teringat masa kami adik beradik kecik-kecik dulu.ketika tu dok redang panjang.hang tau dak tempat tu katne?

    bila musim buah durian,rambutan dan manggis,ayah aku akan pajak dusun buahan utk kami bergasak makan sampai tak hengat donia.

    sangat best kenangan tu,hang bayangkan kami bole bermalam dipondok dlm dusun dan berebut carik buah durian gugur bet sape yg dapat paling banyak.

    buah rambutan boleh petik sendiri sbb pokok yg renek,buah mencecah tanah.sangat indah kenangan itu.

    sampai hari ni aku pun dah lupa dimana dusun tu sbb dah berpuluh tahun aku tak pergi sana.rindu suasana itu,kami mandi sungai selepas bermain didusun kerana dibelakang dusun tu mmg ada anak sungai.

    rindu ayah aku jugak sbb dia lelaki yg sangat baik dan penyayang!

    ReplyDelete
  12. hasrat terpendam? terpakasa di pendamkan saje kut...hihihi.

    nanti bila dah terlaksana akan di buat satu entri khas jugak

    ReplyDelete
  13. apa nama buku tu? siapa penulisnya? kawasan mana yang nak dilawat? curious pulak si sibuk ni, hehe... (sekali kampung kita, kan?) ;)

    ReplyDelete
  14. salam kak azie,
    bila baca coretan kak azie ni, baru tercari2 diri sendiri punya hasrat dan hajat terpendam.. tak jumpaaa, tak ade. uwaaa..

    ReplyDelete
  15. impian acu masa belajar di U dulu cuma satu...nak keja lepas tu nak memiliki kereta idaman..dan Alhamdulillah acu dah dapat dah..hehee

    ReplyDelete
  16. Jangan pendam lama-lama. Meletup nanti karang. Hehehehe....
    Minat penulis rupanya. Sekarang pun dah jadi penulis blog kan? Penulis tu tau ke ada blog ni?

    ReplyDelete
  17. sesiapa yang nak jadi penjejak kasih itu boleh sambut laa menjadi pengiring tak bertauliah
    anssurance bayar sendiri..

    ReplyDelete
  18. off topik - dari email

    sham ondscene nak no tel
    ada projek baru katanya

    ReplyDelete
  19. Bang TEMUK > BONDA saya sudah berpuluh tahun tidak lagi tinggal di Johor, bermastautin di tempat lain. Jadi kami tidak merasakan Johor itu kampung kami.


    HASRUL HASSAN > Hati memang selalu memainkan peranan. Ikut hati memang adakala membawa mati.

    ReplyDelete
  20. FA > Burung hantu yang sedang berhari raya.. Hahahahaha!


    CEMOMOI > Ya, antaranya Seorang Tua Di Kaki Gunung.

    ReplyDelete
  21. KAKCIK > Harap-harap begitu, tapi rasanya tak sama lagi.


    ANA > Hasrat tak semestinya menjadi cita-cita. Sekadar hasrat, tak tercapai kurang terkilan, tapi kalu cita-cita tak dapat, ada gak kerugiannya.

    ReplyDelete
  22. ECHAH > Aku pun terbuai sama oleh kenangan hang tu. Memang best. Aku bayangkan yang hijau-hijau saja. Pokok, rumput, buah... best!
    Adakah Redang Panjang tu dekat Tiga Ratus sana?



    EELOBOR > Hahahaa... harus. Tapi kalulah dapat dilaksanakan hasrat tu, best....

    ReplyDelete
  23. ACU > Itu impian yang sangat best. Dan lebih best, bila dah dapat capai. Jangan bawa keta laju-laju tau.


    ZEZEBEL > Penulis blog boleh jadi penulis novel, tapi tak semua novelis ada blog. Yang saya minat sorang ni, rasanya takda blog.

    ReplyDelete
  24. ZEQZEQ > Dari menjadi Penjejak Kasih, baik saya jadi macam Penjejak MAYA. hehehehehe



    Kak KUJIE > Terimakasih. Nanti saya email Kak KUJIE.

    ReplyDelete
  25. Salam,
    Dah banyak berubah tempat tu kot...maklumlah dulu tahun 70-an, sekarang dan 2000-an.

    Belakang umah kami di kg tu ada pokok durian. gedebukkkkk je gugur, boleh lompat tangga terjun cari durian hu huh u

    ReplyDelete
  26. ANYSS > Harus la dah berubah. Kalu gitu, pergi tunggu duran belakang rumah ANYSS jer lahhh...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails