Thursday, September 16, 2010

Syawal: Kenapa Anak Buah Lebih Besar dari Mak Buah?

Aidilfitri hari ke-3, Ahad. Hari untuk mengemas rumah kerana semua akan bergerak balik ke KL dan rumah akan kosong semula. Jadi segala perkakas harus disimpan sempurna.

Bergerak balik secara berkonvoi juga, kami singgah di rumah Abang Long (abang sulung My TOKLAKI) di Sri Serdang. Beraya sambil lunch.

Dari sini kami berpecah dan balik ke rumah masing-masing. Aku dan famili singgah di BTHO, beraya di rumah PCP. Tapi leka sampai lupa nak snap gambar. Dia pun tak ingat jugak kot... atau dia sengaja lupa. Sebab dia lebih suka ambik gambar comot aku dari snap gambar aku waktu lawa yang tak berapa lawa tapi lebih kelihatan lawak nih. Huh!

Seronok sungguh anak-anak aku beraya kali ini. Semua sentiasa nak balik lagi ke rumah kampung di Jemapoh kerana laman yang luas, selesa dan bebas kuar masuk.

Aku sendiri pun rasa seronok dapat beraya suasana kampung setelah beberapa tahun kami beraya di bandar sahaja.

Juga seronok bertemu dan berkumpul sanak saudara, sepupu-sepupu dan kaum kerabat yang lain yang sangat jarang dapat ditemui.



Kenapa anak-anak buah aku semua tinggi-tinggi?
Atau adakah aku memang tak cukup tinggi?
Sapa yang salah makan nih?

BOY ni paling tinggi, tapi dia baru 15 tahun. Atlit sekolah yang handal, dan ramai peminat. (dia anak buah aku yang ada darah "raja", kerabat Perak).


Keluarga Abang Long.

Secara keseluruhannya, raya kali ini amat bermakna kerana selain suasana yang berbeza, ramai sekali sanak saudara yang berkumpul bersama. Yang paling seronok sudah tentulah My Mak Mertua kerana hasratnya untuk kembali berkumpul di rumah asal tercapai jua...



4 comments:

  1. azie..
    meriahnya raya kita kan...
    mula baca tajuk, ingatkan teka teki...
    apapun... hari raya kita menjadi meriah bila kita turut sama-sama memeriahkannya....

    ReplyDelete
  2. terserlah kemeriahan raya tu

    seronok berada dikampung dan keluarga berkumpul beramai ramai kan?

    ReplyDelete
  3. AA > memang seronok jika balik kampung ramai saudara2 turut balik juga berbagai2 cerita ada

    ReplyDelete
  4. salam,

    best kalau jumpa sedara mara dpt rapatkan lagi ikatan persaudaraan tu jua..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails