Saturday, September 4, 2010

Ramadhan: "Sila meniru ya murid-murid"....

Aku hadir mesyuarat AJK Tahun 6 (utk sekolah anak aku) semalam. Agak lewat sebab kami bermula selepas terawih. Sekadar perbincangan dan beberapa program kecil menjelang exam UPSR yg bakal berlangsung bermula 21hb Sept nanti. Selepas cuti raya.

Isu tidak banyak. Adat bila parents berkumpul, isu utama soal akademik anak2, soal disiplin, soal tuition, pasal cikgu, pasal Guru Besar, pasal PIBG, pasal kantin.... Sikit sebanyak sentuh itu ini.

Yang sedang kecoh sekarang ni, timbul tandatanya tentang ada guru Tahun 6 yang terang-terangan menyuruh calon-calon UPSR nanti MENIRU di dalam dewan...! Masuk akal tak?

Ok. Isu yang kita boleh ketepikan adalah guru-guru seboleh mungkin mengumpul soalan-soalan ramalan (spot atau bocor ada beza tak?). Mencari soalan ramalan dan memberikan seberapa banyak kepada calon adalah perkara biasa. (This is very tipical). Tapi menyuruh calon-calon MENIRU adalah sesuatu yang pelik.

Sekolah lain aku tak tau. Tapi yang aku sebut ini sekolah anak aku. Ada 4 kelas Tahun 6. 1 kelas yang terakhir itu dikategorikan (ini disebut sendiri oleh guru2 di situ) sebagai bukan kumpulan target tetapi diharapkan akan memperoleh keputusan yang lebih baik kalu pun bukan yang terbaik. Aku sokong usaha para guru dalam hal ini.

Kelas terakhir ini disuruh MENIRU atau disuruh meminta jawapan dari kawan-kawan yang duduk bersebelahan meja (nasib akan baik jika kawan sebelah dari kelas pandai). Malah ada guru yang siap ajar bagaimana nak minta jawapan. "Awak pura-pura la jatuhkan pemadam." Aku terkejut BAK BERUK tak pernah tengok Awek Cun bila dengar cerita ini.

Dan cerita ini datang dari murid-murid sendiri. Bukan sorang, sudah ada 3,4 orang murid bercerita yang sama, tanpa rasa bersalah malah seronok pulak bila CIKGU BAGI GREENLIGHT boleh meniru dalam dewan peperiksaan...!

Aku tak puas hati sebab keadaan ini aku tidak boleh terima sama sekali..! Aku tanya ALIA masa sahur tadi. Betul. Cikgu (Puan dot.dot & Puan dit.dit) suruh murid-murid dari kelas pandai tolong murid yang lemah masa exam nanti. "Pandai-pandai lah kami nanti nak bagi jawapan kat kawan." Kata ALIA. Oh Tuhan....! apa sudah jadi dengan semangat berjuang pada anak-anak sekarang?

Dan aku melarang KERAS. Untuk berjaya, bukan ini caranya. Konon ceritanya (ntah betul ntah tak berapa betul), guru-guru sangat berhasrat untuk dapatkan peratusan kelulusan yang tinggi supaya nama sekolah naik dan konon cerita akan ada insentif/sagu hati khas dari Kementerian buat sekolah2 yang berjaya naikkan peratusan (bab saguhati ni memang aku tak tahu).

So, siapa yang jaga kepentingan diri sekarang? Keadaan ini sangat memalukan. Adakah kebanyakan sekolah berbuat begini? Adakah guru-guru mengamalkan cara begini sekarang? - bangkang soalan saya jika tidak benar.

Seorang guru sekolah menengah pula komplen, murid-murid yang dapat keputusan BAIK semasa UPSR, bila ke sekolah menengah tidak menunjukkan prestasi selaras result. Kenapa? Sebab mungkin dia tak belajar, dia lulus sebab dia MENIRU. Ohhh... ini bukan cara aku dalam menyuruh anak aku pandai.

Ya, anak-anak aku ada yang cemerlang ada yang tidak. Tapi itu bergantung usaha mereka sendiri dan usaha para guru, usaha sekolah dan usaha ibubapa. Pelbagai cara yang dihalalkan tapi tidak pernah langsung timbul isu menyuruh murid meniru dalam dewan peperiksaan sebelum ini.

Kenapa aku terlambat tahu hal ini sedangkan ianya sudah pernah terjadi sebelum ini? Adakah kerana aku tidak peka atau aku tidak pot hal sekolah anak? Hmmmm... kerana aku tidak terfikir pun ISU ini akan terjadi. Oh tidakkkk....!

Dan, ALIA sudah ku amarankan untuk tidak bersubahat. Dia yang tiap hari pegi tuition, buat latihtubi pagi petang siang malam, aku berabis beli buku latihan dan rujukan yang banyak, tiba-tiba nak bagi jawapan pada murid yang tak buat semua tu? No way!!

Kalaupun ALIA tidak dapat keputusan cemerlang, aku redha kerana dia berusaha mungkin belum cukup. Jika dia cemerlang, itu usaha banyak pihak. Aku tidak menafikan usaha pihak sekolah.

Menyuruh anak murid meniru adalah suatu perkara yang sukar aku terima apatah lagi ada agenda dan kepentingan tertentu. Bak kata IKA, "tak berkat..."

PARA GURU, jangan salah faham entri ini. Fokus adalah isu menyuruh tiru/tanya jawapan semasa dalam dewan peperiksaan.

Selebihnya, aku tetap tabik kerjaya GURU....!

*Agak emosi entri ini, maaf.



18 comments:

  1. Kenapa sampai begitu sekali?? Memperjudikan 'nasib' murid2 demi mengangkat sebuah 'nama'. Oh! itu dunia semata. Sesungguhnya tiada ganjaran sehebat ganjaran dari Allah SWT dan tiada siksa yang lebih pedih dari siksa yang diturunkanNya.

    ReplyDelete
  2. sebab itu isu UPSR perlu dihapuskan timbul.
    salah satunya, dari awal, ada sekolah yang menggalakkan anak murid meniru, kes yang azie cerita ini tidak luar biasa... ada cerita yang lebih pelik dan drastik lagi.

    tak payahlah nak saya cerita.

    ramai pelajar upsr yang keputusannya bagus, tidak mencerminkan keupayaan sebenar, walau bukan semua.

    sebenarnya, kementerian sendiri saya kira ada turut menyumbang sikit sebanyak kpd salah laku ini dengan terlalu menghighlightkan keputusan cemerlang dan siap turun padang beramai-ramai, berkampung, di sekolah yang tidak cemerlang.

    bila berkampung di sekolah, menggali setiap lemah dan silap guru kenapa tidak mencemerlangkan keputusan peperiksaan.

    peninglah azie. saya memang sedikit kecewa dgn sistem pendidikan di negara kita ini, yang membawa sifat keputusan peperiksaan adalah segalanya......

    ReplyDelete
  3. KAKCIK > Betullah. Saya sendiri kesal bila dengar kisah ini dan bila tahu hal ini terjadi.

    ReplyDelete
  4. CIKGU NORMAH > terimakasih. Saya memang mengharapkan respons dari guru.

    Soal berkampung tu pun ada juga disebutkan, tetapi saya tidak mahu melihat yang negatif melainkan yg positif sahaja. Tidak mahu berprasangka terus.

    Nampaknya sungguh mencabar jadi cikgu. Itu tak kena, ini tak kena.

    Ramai yang belajar utk lulus periksa semata-mata.

    ReplyDelete
  5. disuruh meniru disebabkan nak keputusan yg cemerlang...ade ke patut...
    betul tu azie...saye pun ade dgr cerita macam ni...mcm tak adil jerkan...mcm mane nak pilih pelajar yg betul2 berquality dlm akedemik...kalau dah disuruhnye meniru...

    ReplyDelete
  6. sepatutnya cikgu tak patut galakkan pelajar meniru..tapi mungkin cikgu itu pun tertekan dengan tindakan pihak atasan jika prestasi pelajar tidak seperti yang di targetkan. Beruntung sekolah itu mendapat ibu seperti puan yang prihatin terhadap anak.

    ReplyDelete
  7. ohhh.....
    sungguh keji..
    musnah masa depan..jika ditangkap dan juga jika tidak ditangkap...

    ReplyDelete
  8. tak patutlah jika sekolah menanam sikap ini dalam murid yang masih kecil .Sekolah tempat menyemai nilai nilai baik.Bukan caranya menjaga prestasi sekolah.Silap haribulan jadi isu negara!Tang mana nak letak muka?

    ReplyDelete
  9. nak hapuskan upsr dan pmr tu sebenarnya ada beruk beruk yang nak buat duit dan kaut untung

    ReplyDelete
  10. azie..
    akak ingat sekolah anak akak pelik.. rupanya sekolah anak azie lagi pelik.. tersangat pelik lah kalau cikgu nak naikkan peratus lulus UPSR dengan cara macam tu...
    Macam-macamkan demi nak nama...

    ReplyDelete
  11. masih igt kenangan di tahun 1989 ada seorang guru mengupah RM5 utk seorang rakan agar tidak datang exam kerana tidak mahu menjejaskan keputusan sekolah mendapat kelulusan 100%

    ReplyDelete
  12. Salam,
    Kalau dari kecik lagi resultnya tak berkat, masuk U pun tak berkat...usah persoalkan tentang senang ke susah dapat kerja. Dah dapat kerja, agak-agaknya, berkat tak rezeki tu?

    Apa jadi dengan keluarga yang dibangunkan dari hasil yang sebegitu?

    ReplyDelete
  13. cerita basi beb...

    aku pernah dgr cerita abang ganti tempat adik masa UPSR hohoho :D

    sebenarnya ramai cikgu yg tertekan dgn sistem pembelajaran kita skrg sbb aku dikelilingi oleh ramai cikgu2..

    beb sejak anak dara aku jadi cikgu era baru ni...dia memang terkejut berok ada anak2 kita yg dah form 1,form 2 masih teraba-raba mengeja ko bayangkan!

    salah siapa?ada parents yg serah bulat2 kat cikgu sbb kemiskinan,kesibukkan mencari rezeki atau memang hantar anak ke sekolah sebagai rutin harian *semua org wajib ke sekolah*

    beruntunglah anak2 yg makpak mampu hantar mereka pergi tuisyen.

    ReplyDelete
  14. takpe, tiru! tiru! jangan tak tiru!

    lepas tu nanti nak masuk uni tak boleh jgn salahkan org lain.

    kalau nak jadi dokter, akitek, loyer, engineer minyak segala tapi tak berjaya, jgn salahkan org lain!

    urut2 dada baca entri ni. unsangkarable sungguh! kompem masuk list dalam episode review blog yg terdekat nih!

    ReplyDelete
  15. festaim dengar ni kak !

    biar betul cikgu2 tu. Mana pergi niat dorang untuk membantu anak bangsa.

    takkanlah sampai nak naikkan percentage dorang sanggup buat macam tu..

    ReplyDelete
  16. salam,

    saya tak boleh terima langsung taktik meniru ni hanya kerana nak meningkatkan kelulusan tak boleh la meniru kerana matlamat tak menghalalkan cara..

    cikgu sepatutnya memberikan tunjuk ajar dan nilai murni kepada anak didiknya kalau dia suruh buat macam tu maka dia gagal jadi seorang pendidik wallahualam..

    ReplyDelete
  17. TERIMAKASIH KEPADA SEMUA YANG SUDI MEMBERIKAN KOMEN DAN PENDAPAT MASING-MASING...


    TERUSKAN MEMBERI PANDANGAN JUJUR TANPA PERLU MENGHENTAM MANA-MANA PIHAK.

    KITA HANYA MAHUKAN YANG BENAR, YANG TELUS DAN DEMI GENERASI.


    sedihhhhh...!!

    ReplyDelete
  18. AA, zaman sekarang zaman copy and paste tak perlu usaha lebih jadi cikgu tu dalam usaha melatih budak2 bagaimana nak copy and paste he...he...
    Bini aku cikgu.... tahu dia aku cakap begini naeh aku...he...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails