Saturday, September 18, 2010

Syawal: Open House, dulu dan sekarang...

Ada sesapa yang baru balik dari makan-makan dan makan-makan di Open House? Mesti seronok tu beraya sana sini situ sinun dari satu rumah ke satu rumah memenuhi undangan Open House.

Aku kerja hari Sabtu (selepas berpuluh tahun tak penah keja Sabtu), ohhh hanya Tuhan yang Tahu, betapa boring dan sungguh tidak suka. So, melatih diri untuk sesuaikan keadaan menyebabkan aku tidak pernah letakkan apa-apa program di hari Sabtu kecuali terpaksa.

So, Sabtu lepas balik keja, dok umah tak kuar lagi, sebab dah penat seminggu, dah malas dan ilang mood.

Undangan Open House pertama yang aku terima thru sms, adalah 4,5 hari dulu (sebelum Hari Msia). Undangan yang macam tak undang. Sebab terlalu ringkas, sebut ajak datang pada hari dan masa. Tanpa alamat. Kebetulan majlis jatuh pada Sabtu, so ada excuse untuk tidak menjelajah satu KL mencari majlis tanpa alamat nih...!

Well, abaikan undangan yang tanpa alamat. Kemudian undangan rasmi dari seorang blogger yang selalu aku ziarah blognya kerana dia ni pandai masak (aku rasa dia ni pengajar di UiTM lah... tak berani nak tanya..). Terimakasih HEZRIN.

Pagi tadi masa di ofis, ada 2 lagi undangan untuk esok. Dari sorang kawan/sahabat yang tiap tahun mesti buat Open House, dan tahun lepas Open House aku pun dia datang sefamili.

1 lagi undangan datang hanya dengan ayat, "Jangan lupa esok datang majlis raya rumah POLAN." Itu jer? No alamat dan yang kelakar datang dari orang lain, bukan si tuan rumah. Apa punya jenis undangan pun aku tak faham.

Minggu depan Sabtu pun ada undangan Majlis Raya untuk semua ahli SIM (Yahoo Group terbesar di Msia), di Sg Congkak. Hmmmm... majlis yang berbayar dan pada tarikh tu gaji pun lum masuk. Kalu sorang 1 kepala, kalu aku bawak anak 4 orang? Dah berapa tuh? Adehhh...

Petang tadi aku mengisi petang dengan tidor dalam ertikata untuk berehat sejak dari Raya tidak pernah mendapat rehat yang cukup. Seorang kawan tiba-tiba call, bertanya aku sudah sampai di rumah POLAN B? Nak jumpa aku.

Amboiii... bila plak si POLAN B buat Open House jemput aku? (Atau memang sekarang bleh jer terjah tanpa undangan atau tanpa bagitau?) Aku jawab sambil mata masih kelat, "Taktau lah, tak tau citer pun." Dia malu, aku pun ikut malu. hehehehehe

Tapi ramai juga yang menjemput dengan cara yang betul, siap undangan dari FACEBOOK, ada tarikh, masa dan alamat penuh. Terimakasih kepada yang mengundang. Yang lain tu, bukan tidak ikhlas, tapi cara agak tergesa dan terburu.

Aku pun faham, ada orang tak kisah kalu kita terjah jika dia ada kat rumah, tapi kita plak yang rasa serba salah. Kita sendiri pun, tengah berehat kat rumah, sakit kepala dgn kain baju menimbun, pinggan mangkuk belum berkemas, tiba-tiba jer ada orang nak datang. Musim raya, tak wajar pula hanya dihidang air kosong atau cuma Oren segelas?

Dulu-dulu, budaya Open House di kampung tiada syarat tiada protokol. Sekarang ni, haruslah dibuat temu janji, atau tunggu undangan kerana budaya sebegini lebih selesa bagi tuan rumah dan tetamu.

Apapun, terimakasih kepada sekian ramai yang sudi mengundang, mengeratkan silaturrahim, sudi melayan tamu. Bagi yang menerima undangan, wajar juga membaca beberapa tips yang disenaraikan oleh rakan blogger ANYSS dalam entrinya yang INI.

Rumah terbuka AKU? Tiada perancangan tepat buat masa ini.




~...Laman rumah Teratak Nyatuh di Kampung Separuh Desa, pernah riuh dan meriah dengan marhaban dan berzanji, tapi itu tidak mengganggu pertemuan yang sunyi lagi sepi antara HISYAM dan SERI BULAN...~





19 comments:

  1. aik beraya sakan sampai tak ada masa nak taip cerita... tajuk saja yg sempat tulis?

    ReplyDelete
  2. VIC > sori Berlori, tadi taip tajuk pastu tertekan publish, sbb tu kuar tajuk dulu tanpa contents. hehehehe

    ReplyDelete
  3. Salam,
    MMMM jangan salah main terjah nak buat suprise tuan rumah, karang tak pasal-pasal kita pulak yang terkojut orang tak buka pintu ;)

    Aik...kenapa nampak comel je katak ijau tu bila dok kat blog ni ya hu hu hu...

    ReplyDelete
  4. ANYSS > kita kalu masak sendiri selalu kata tak sedap, tapi orang lain masak yang SAMA, sedap pula.

    Pastu, orang lain tanam bunga sentiasa segar dan nampak cantik, tapi kat laman kita, sama benih pun kita kata tak cantik.

    So, lets the KATAK tu berumahtangga kat dapur MOKYANG..! hahahahaha

    ReplyDelete
  5. hahaha aah,
    kdg2 serba salah yg amat kalau pergi rumah org xdiajak xD
    bestnyer ajak open house dgn teman blogger ;D
    xpernah ad lgik jemputan
    (kalau ad pun tah bole ke x pgi XD)

    ReplyDelete
  6. ada terbaca gak tips dari anyss, memang menarik.

    tahun nie tak byk lg pegi open house, sbb baru sampai ke KL ari nie.

    ReplyDelete
  7. seronok lah kalau macam tu.....tak payah masak!

    ReplyDelete
  8. APA???? keje hari Sabtu, di musim awal2 Aidilfitri lagi??? Huhu Kak, sedihnya:,(...

    Yup, setuju! Kalau tetamu datang tak bagitau, kadang2 agak kelam kabut sikit... Mana nak fikir idea nak jamu apa lagi(selain kuih raya) Memang tak cukup kaki tangan nak buat. Raya kan, mesti nak saji special sikit, jadi harus dimaklum dulu...

    Setuju juga, kadang2 yang jemput macam seolah2 tak jemput pun (kes tak gitau alamat) memang macam segan nak pi... huhu. Tapi kalau yang rapat, hentam je! Hehe

    Maaf lambat wish, SALAM AIDILFITRI:) Mohon maaf zahir bathin sepanjang berblog ini:)

    ReplyDelete
  9. ada pun..
    laa ni saja yg hebat dgn open house nih..
    dulu2 depa lebih kepara majlis doa selamat...

    ReplyDelete
  10. Zaman sekarang ni rumah yang tak terbuka pun tetamu yang tak diundang pula pandai-pandai masuk... Kan? Kan? Aiyooo...

    ReplyDelete
  11. Azie..
    kalau ikut pemahaman akaklah... jika kita nak datang beraya kerumah sesiapa pun... kita kena pergi jer.. jangan tunggu jemputan.. sebab inikan musim perayaan... mengeratkan silaturrahim....

    ReplyDelete
  12. FAKHRUR > jika mendapat jemputan, wajar dihadiri. Itu pendapat Kak Azie.


    EELOBOR > Banyak masa lagi. Pasni ntah2 tak menang tangan nak pegi.

    ReplyDelete
  13. UNCLE > Dah start keja balik dah ya? Seronok bila bertemu ramai rakan taulan di majlis raya.



    JUMA > Selamat Hari Raya. Tempat kerja baru ni, memang kerja di hari Sabtu. uhhh..
    Bagi tuan rumah yang nak meraikan teman2 sudah tentulah kena masak.

    ReplyDelete
  14. LB > Mengundang tetamu memang tiada tarikh or hari tertentu, tetapi bersempena Hari Raya, Rumah Terbuka lebih meriah di musim ini.



    KHAYALKHAYAL > Kesian, kan? Sampaikan selipar Jepun pakai pi semayang Jumaat pun kena kebas, kan? hehehehe

    ReplyDelete
  15. AKAK > Setuju, tetapi adakala jika tak buat temu janji, belum tentu tuan rumah ada di rumah. Dan belum tentu tuan rumah tu BERSEDIA menerima kedatangan tetamu.

    Ntah ker sakit kepala, ntah ker tengah sesak, ntah ker ada program lain...
    Serba tak kena plak.

    ReplyDelete
  16. beraya-beraya jugak, memang seronok .. tapi pada mereka yang ada penyakit tu jangan lupa diri... kawal sikit makan tu...nanti sedap sekejap sakit yang lebih...he..he..

    ReplyDelete
  17. ...Datanglah ke rumah Pak Nidus...
    mengiratkan silaturrahim, tapi jauh sangat..kelate. SELAMAT IDUL FITRI.

    ReplyDelete
  18. AZMIROY > Betul tu. Kadang2 plak, yang takda penyakit pun tiba2 leh dapat penyakit lak.


    NIDUS > Salam PAK. InsyAllah. Saya suka Kelantan.

    ReplyDelete
  19. Kita boleh memberi seribu alasan tapi semuanya bergantong kepada Sri Bulan samada dia nak masak nasi lauk mata kebau atau lauk daging raya harituh..
    aku nak lemang yg tidak d bakar hangus kerana doktor dah pesan jgn makan benda keras nnt gigi patah..

    ermmm

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails