Tuesday, September 21, 2010

Syawal: SERI BULAN Tak Goreng Telur Mata Kerbau..

Letih, sebab kerja sampai lewat senja tadi. Dah lama tak kerja OT nih.

Hilang mood nak masak, sekadar Nasi Goreng Kampung yang tetap tak pernah berbaki kerana Anak-anak Tarzan sentiasa lapar macam tak jumpa nasi seminggu.

Hilang mood nak menulis panjang lebar, sebab takda isu tepat. Banyak stori bercampur-campur, bergaul menjadi satu beban dalam batu jemala (yang batu besar juga ada duduk....).

Yang rajinnya, lately suka lak lepak kat FB. Bukan ada orang layan pun, tapi suka lak baca macam-macam info di situ.

Isu virus Malware tu ku anggap selesai, sebab takda apa-apapun, janganlah risau. Pakar IT bagitau, itu bukanlah masalah besar. Terimakasih kepada yang memberi tunjuk ajar.

*Tiba-tiba teringin nak makan Yee Mee Kungfu bersama seseorang, bukan lagi Telur Mata Kerbau...


~...Antara SERI BULAN dan Seri Menanti, yang membezakan bukan hanya ejaan dan perlakuan, tetapi juga tahap kesabaran menunggu. Entah siapa yang bakal menyambut lambaian tangan HISYAM yang pulang dari kebun pisang, tapi mengendong petai...!~


30 comments:

  1. alhamdullilah

    sis azie...sukanya ayu dapat duduk kat sini...

    hehehhe. tapi entry sebelum nie dah tak ada...

    ayu pun dh jarang berblog atau fb....memang layan fb sekarang nie byk maklumat dan info ditemui...

    ReplyDelete
  2. budak2 tu abis makan sbb sedap bukan sebab mcm smingu tak jmpa nasi

    ReplyDelete
  3. salam,

    terfikir lak apa kaitan kerbau dengan mata dan telur tu hehe..

    ReplyDelete
  4. Semalam, kakcik pun berniat nak buat nasi goreng dengan telur mata kerbau sahaja. Disebabkan membeli belah di Tesco, maka suami ajak makan di sana sahaja...

    ... dan.... niat untuk menggoreng telur itu, dilaksanakan pada pagi ini... :)

    ReplyDelete
  5. Azie
    You suka telur mata lembu/kerbau/sapi digoreng camana? I sker kuningnya lembut dan garing kat tepi2nya.

    ReplyDelete
  6. Dalam gambar tu buka telur mata kerbau, tapi telur mata hati... tanda kasih sayang pengoreng dengan si pemakan

    ReplyDelete
  7. Dalam gambar tu buka telur mata kerbau, tapi telur mata hati... tanda kasih sayang pengoreng dengan si pemakan

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Telor mata kerbau pun sedap kalau yang tukang masaknya ikhlas,sebab tu anak2 makan tak pernah berbaki.

    ReplyDelete
  10. fuyooo , sedapnya nampak roti telur tu, lovely

    ReplyDelete
  11. nak makan yee mee kungfu dgn aku ke? :D

    ReplyDelete
  12. dalam penat pun si emak sempat masak juga kan...

    ReplyDelete
  13. Agaknya mood raya belum habis lagi, nak masak pun terasa malas... kuih raya banyak berbaki tak? Suruh aja anak2 makan kuih raya... heheheh

    Kalau hari minggu elok terjah rumah orang yang open house... kalau orang tak buat open house... call ckp nak datang beraya lagi 2 jam.. at least sampai2 ada le KFC ke, sate ke.. ekekekekke

    Petua save budget.

    ReplyDelete
  14. sedapnya ...saya puasa 6 ni.. berselera pulak pada telor mata kerbau

    ReplyDelete
  15. Salam kak azie,
    lawo nyer telur mata kobau tu. cam mana nak buat kasi bentuk hati tu...

    aitt, ni seri menanti mana lak.. adik beradik seri bulan ker? kuar kebun pisang tapi bawak petai, hmmm sungguh konfius.. :)

    ReplyDelete
  16. RAHAYU > terimakasih. FB tu macam juga ruang siber yg lain, kita lihat yg positif la.


    EELOBOR > Sedap sangat tu tak lah, tapi dah itu jer yang ada. hehehehe

    ReplyDelete
  17. PJ > kata orang Telur Goreng yang goyang-goyang lagi bersinar tu macam mata kerbau. Ntah betul tak?



    KAKCIK > Nasi Goreng dgn Telur Mata, memang sesuwaiiii...!

    ReplyDelete
  18. AUNTIE YAN > Salam. Raya tak habis habis. :)



    SOM > I suka yang kuning dia mashi cair lembik, I panggey Telur Goyang!

    ReplyDelete
  19. DATIN IKIN > Malware ilang suka, tapi kalu Taperware ilang, susah hati.



    AZMIROY > Mata hati yang sedap tapi tetap kena hati-hati.

    ReplyDelete
  20. KAK ZAITUN > Masak dgn kasih sayang gitu...


    MAKSU > Memang nampak sedap. (*pic dari Google ler)

    ReplyDelete
  21. ECHAH > Dengan segala hormatnyaaaa....!



    CIKGU NORMAH > Kalu bukan mak yang masak, sapa ler lagi.

    ReplyDelete
  22. VIC > Hahahaha.. Tak berani Kak Azie nak buat camtu. Takut tuan rumah takda kat umah, kita yang letih merayau.


    PANG5 MUDA > Selamat berbuka puasa. Maaf, buat anda terliur.

    ReplyDelete
  23. AANAS > *Pic dari Google.
    Seri Menanti tu kan ker nama tempat di N9? hehehehehe

    ReplyDelete
  24. yezza...
    virus sudah mati....
    .
    kasi goyang sikit itu telur goyang...
    (banyak keoesterol otu maaa..)

    ReplyDelete
  25. ajar I camaner nak goreng telur bentuk love tu!

    ReplyDelete
  26. Aslmkm Azie.
    Huh ni baru betul ... Kak G jenjalan sampai lewat dinihari! Last utk mlm ni la ... Cik Abang dah sound pun! :)
    Kak G ni mmg fobia pasal2 virus tapi sentiasa teruja pasal makan!
    Ya, Kak G yakin masakan yg disediakan dengan kasih sayang & keikhlasan hati tetap sedap! Betul kata arwah Tok! Cuma masa kecil & remaja tu Kak G hampir tidak melakukannya kerana dimanjakan arwah Ayah!
    Tentu rasa nikmat kerana suami & anak2 menghargai penat lelah Azie. Ya kan?

    ReplyDelete
  27. DrSINGA > Malware mati takut sedara mara dia yg lain pulak mari.

    Itu telur goyang manyak sedap ooo...



    FA > Nak ajar tengok atau curi gambar dari Google, bleh larr.. hahahaha

    ReplyDelete
  28. DRFAUZIAH > Salam Kak G
    Buat masa ni virus memang dah takda. Harap ia tak berulang datang.

    Saya masa remaja pun bukan nya rajin nak masak, sbb sibuk sekolah (konon). Bila dah berkeluarga, baru nak pulun sakan-sakan.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails