Sunday, September 19, 2010

Syawal: Masih Terbuku Rasa di Hati...

Pagi tadi baru aku berkesempatan hadir di sekolah ALIA, sedangkan program akhir sebelum UPSR bermula sejak Jumaat lagi. Sebab aku kerja, Ahad baru boleh hadir.



Malangnya, hasrat nak berbincang (sebagai AJK Tahun 6, 2010) dengan beberapa orang guru yg terlibat tidak kesampaian, kerana yang kelihatan hanya guru-guru lelaki yang belum pernah lagi aku berurusan. Seorang lagi AJK tak jadi hadir sebab demam. So aku balik agak awal.

Tak tercapai hasrat aku untuk bertanya-tanya tentang isu "menyuruh meniru/memberi jawapan dalam dewan peperiksaan". Petang Sabtu semalam aku tanya ALIA lagi, ada tak cikgu sebut pasal suruh kongsi jawapan. YES! Memang Puan ** minta murid yang tahu jawapan tolong beritahu pada yang tak tahu, nanti masa UPSR Selasa 21hb.

Sungguhlah aku bengang! Apapun alasan sekolah, aku tidak dapat menerima ini. Sungguh tak masuk akal...! Dan isu ini sudah pun kami masukkan dalam senarai agenda untuk PIBG meeting nanti. Wpun aku tidak begitu aktif dlm PIBG (kerana ramai lagi yang lebih layak), tetapi isu ini wajar disebut dan diperbincangkan. WHY?? Kenapa nak suruh anak murid meniru? Kenapa mesti berkongsi jawapan dalam dewan semasa peperiksaan sebenar??



~...SERI BULAN terpaksa memaling muka, membuang pandang bila JALIL dengan sengaja mencarut di depan murid semasa sesi belajar di sekolah Atap Rumbia, mujur HISYAM datang membuka silat...~


9 comments:

  1. adik aku belum perpunya kak..
    orangnya hensam dan tinggi rajin kerja..tak banyak cakap..apa macam

    ReplyDelete
  2. BRUTAL (solo?) > HELMI, Akak tanya pasal awak. Tolong ler tanya mak awak, ndak tak dia berbesan dgn AKAK? hahahahaha
    *Komen luar topik tapi dari topik blog awak.

    ReplyDelete
  3. Kalau iya pun nak prestasi Upsr tinggi, takkak sampai mcm tu....haih...macam2

    ReplyDelete
  4. CKLAH > konon citer, cikgu-cikgu sekolah tu mengidamkan peratusan tinggi, dan konon leh dapat saguhati yang dijanjikan oleh Kementerian.

    ReplyDelete
  5. Guru2 (atau sekolah?) dapat saguhati - tapi dengan memperjudikan nasib murid2??? :(

    ReplyDelete
  6. KAKCIK > Kedua-duanya sekali kot...!

    ReplyDelete
  7. saya pernah tahu taktik lain, tapi bukan utk cikgu dapat saguhati, lebih kepada cikgu kesian pada budak² yang ada can tak lulus... dan tak pula disuruh meniru (taktik yang lebih 'suci', hehe)

    ReplyDelete
  8. KOG > kita sedia maklum, MENIRU bukan perbuatan baik, bersubahat MENIRU apatah lagi.

    Bukankah usaha itu segalanya. So, jika kurang usaha, jangan mengguna cara yang salah untuk hasil setara dgn orang yang berusaha...!

    ReplyDelete
  9. cikgu tuh cakap camtuh untuk budak yg benggap dan dunggu dan dah tak boleh nak terima pelajaran lagi..jadi utk masa depan murid itu sendiri dalam menghadapi hari hari tua dan berkerjaya maka >>..cikgu itu mengambil pendekatan sebegituh.. tidakkah baik tindakkan cikgu tuh... letakkan anak kita d tempat pelajar yg d suroh meniru itu.. saya rasa tuan puan pasti akan menyokong saranan tersebut. Siapa yg hendak anak dia besar nnt tidak bekerjaya?? biar la dia bodoh pun masa belajar..tapi dia rajin utk meniru dan itu mungkin akan menjadi kerjaya dia satu masa nnt bila dah bekerja. orang jepun pandai dan maju dengan menjadi PENIRU. dia copy teknologi barat..buat sebijik serupa and jual, hasilnya dia lebih maju dari barat.

    setengah org tuh dia tak pandai membaca tapi memang pandai mengukir.

    Jika kita merenong kedepan..cubalah renong 2 kilometer lagi utk advance.

    saya amat bersetuju dengan cikgu ** itu..
    hidupp cikgu..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails