16 September, sambutan Hari Malaysia, dan semua rakyat mendapat cuti umum.
Seperti yang dirancang awal, kami balik ke kampung lagi. Walaupun tidak keseluruhan perancangan dapat dilaksanakan, tapi kerja-kerja di kampung tetap harus dibuat dan disambung lagi.
3 kereta berkumpul dengan tujuan utama menanam pokok, benih pokok yang sudah dibeli di KL, dan juga menyambung kerja-kerja memasang pagar yang belum selesai.
Seperti yang dirancang awal, kami balik ke kampung lagi. Walaupun tidak keseluruhan perancangan dapat dilaksanakan, tapi kerja-kerja di kampung tetap harus dibuat dan disambung lagi.
3 kereta berkumpul dengan tujuan utama menanam pokok, benih pokok yang sudah dibeli di KL, dan juga menyambung kerja-kerja memasang pagar yang belum selesai.
Benih pokok yang dibeli. Ada pokok rambutan gading, mangga harumanis, durian belanda dan nangka madu.
Selesai depa menebas rumput, aku tumpang mencuba meracun (guna pam yang disangkut di belakang — no pic, malu, sebab bila dah tutup kepala dan mulut, dah rupa macam “minah indon”).
Dulu masa masih di kampung, haram tak pernah sekalipun aku buat keja camni, (wpun selalu tengok arwah AYAH dok buat), tapi sekarang boleh pula aku meracun. Tidaklah susah mana pun sebab keterujaan itu yang lebih. Hanya memotong rumput guna mesin itu saja yang TOKLAKI tak bagi, sebab agak berat dan bahaya wpun aku teringin sangat nak cuba.
Yang best, kali ini Along dan Kak Long ikut serta kerana bila Kak Long ada, kami mesti dapat makan sedap-sedap sebab dia rajin dan pandai masak. Dia bawa Pulut Kuning dan Sambal Bilis, Kari Ayam, Sambal Tempoyak dari rumah. Tiba di rumah kampung hanya masak nasi dan goreng Sayur Kailan. Air Sirap dan Teh-O. Simple tapi kerana makan begitu santai di rumah kampung, tetap sedap!
Buah jambu batu yang isi merah, sudah lama tak jumpa jambu macam ni. Macam masa kecik-kecik dulu, kat kampung.
Menyambung kerja-kerja merumput selepas Zohor dengan hasrat, cepat siap cepat balik. Entah di mana silapnya My TOKLAKI jatuh tergelincir. Pada awalnya, tiada siapa pun kisah, wpun IWAN nampak dan gelak-gelak bagitau si ayah jatuh tergolek.
Dia masuk sendiri ke dalam rumah dan baring. Rupanya baringnya tidak lagi dapat bergerak. Memusing pun sakit, untuk bangun duduk jauh sekali. Berjam-jam aku mengurut akhirnya 2 orang tukang urut kampung dipanggil. Seorang bekas tukang urut perempuan, kemudian Pak Dollah pula mencuba mengurut.
Kerana tiada langsung berkesan malah dia semakin mengerang sakit, ambulan terpaksa dipanggil untuk dibawa ke hospital untuk mendapatkan injection atau sekurang-kurang ubat penahan sakit. Hanya aku seorang yang dibenarkan mengikut ke hospital. Merasalah aku makan angin ke Hospital Kuala Pilah dengan ambulan. Hehehehe….!
Dan selepas diX-ray dan doktor mengesahkan tiada tulang yang patah atau tersasar, juga tiada saraf yang rosak, hanya muscle yang dikatakan meregang teruk, dengan ubat di lengan (morphine) dan injection di pinggang, menjelang 8 malam barulah doktor membenarkan keluar, dan kami bergerak balik terus ke KL.
Berganda penat di badan. Sudahlah aku juga merumput, meracun, membakar sampah sarap, menebas, membancuh simen dan memagar, terpaksa pula beberapa jam menunggu di hospital.
Nampaknya hasrat untuk balik lagi hujung minggu ini terpaksa ditunda ke minggu seterusnya kerana TOKLAKI harus berehat lebih lama sebelum perah tenaga lagi. Kebetulan minggu ini, giliran abang yang lain pula balik menyambung kerja memagar dan mendirikan stor.
**Petang tadi, Kak Long (biras) call tanya khabar tapi gelak-gelak sebab, "Kak Long tabik lar, Azah boleh meracun...!" Hakhakhakhak! Aku kan orang kampung?
Berganda penat di badan. Sudahlah aku juga merumput, meracun, membakar sampah sarap, menebas, membancuh simen dan memagar, terpaksa pula beberapa jam menunggu di hospital.
Nampaknya hasrat untuk balik lagi hujung minggu ini terpaksa ditunda ke minggu seterusnya kerana TOKLAKI harus berehat lebih lama sebelum perah tenaga lagi. Kebetulan minggu ini, giliran abang yang lain pula balik menyambung kerja memagar dan mendirikan stor.
**Petang tadi, Kak Long (biras) call tanya khabar tapi gelak-gelak sebab, "Kak Long tabik lar, Azah boleh meracun...!" Hakhakhakhak! Aku kan orang kampung?
~...begitu jauh perjalanan, terlalu lama masa yang berlalu SERI BULAN tidak langsung melihat kelibat HISYAM di laluan laman Teratak Nyatuh, sehingga terdetik di hati, rindu itu sudah tidak bertepi lagi...~
Kesiannya tok laki tu...semoga beliau sembuh segera.
ReplyDeleteMemang seronok tengok keluarga beraya di ladang mula-mula tadi. Penat sangat agaknya tok laki tu...
CKLAH > semangat berlebih sangat, gitulah jadinya. Belum lagi kira kene bebel tuh. hehehehe
ReplyDeleteTkasih doa..
Semoga TOKLAKI Azie cepat pulih.
ReplyDeleteKalau dah namanya BLOGGER, ke spital pun tak lepas dengan kamera! hehehe...
azie
ReplyDeletealhamdulillah tok laki tak apa2, ya, mesti muscle tu dah lama tak diregang, terkejut agaknya....
KAK CIK > terimakasih.
ReplyDeleteTu guna kamera hp jer tu. Snap pic luar hospital jer (dalam mana leh, salah tu), sebab boring tunggu lama sangat. Masa X-ray dan periksa, saya tak dibenarkan masuk.
CIKGU NORMAH > Betul tu. Muscle tu dah uzur benor gamaknya. Hehehehe
semangat kerja kat kg..tapi rasanya otot badan tu terkejut lah tu..hee
ReplyDeletetak pa..kena 2-3kali lagi jadi mangli lah tu..insyaAllah..
best buat keja gotong-royong nih, tambah kalau ada orang bawakkan bekalan idop, makan pon selera... tapi jambu tu memang sedap makan kat atas pokok baru rasa thrill dia
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteambik masa juga untuk normal semula tu...banyakkan rehat ya
LB > Semangat lebih tapi tenaga tak sampai, jadi gitulah agaknya.
ReplyDeleteCEMOMOI > uishh kalu larat panjat pokok, harus dah makan atas pokok. Cuma takut, panjat pandai, turun tak reti..! hahahaha
ANYSS > kadang2 orang tua ni degil. Lagi dilarang lagi nak dibuatnya. Dah terduduk camtu, baru tahu senyap. hehehehe
ReplyDeletesemoga TOKLAKI AA cepat sembuh. Kadang2 badan yang dah berumur ni... silap sikit aje dah sakit berpanjangan. Sakit datang macam ribut tapi nak baik macam semut
ReplyDeleteAZMIROY > hehehe... suka perumpamaan tu.
ReplyDeleteouch... sakit tu. semoga cepat sembuh... boleh sambung beraya
ReplyDelete"Selesai depa menebas rumput, aku tumpang mencuba meracun (guna pam yang disangkut di belakang — no pic, malu, sebab bila dah tutup kepala dan mulut, dah rupa macam “minah indon”)".
ReplyDeleteEhhh baru perasan kerr yg ada macam indon !!
KOG > dia kata memang sakit, sampai meraung sebiji rumah.
ReplyDeleteFADZIL > Perasan lama dahhh, cuma baru ni berani tulih.. Cehhhh!
pening tak naik ambulans ningnongningnong sampai k pilah...
ReplyDeletekalau kita...sampai spital..kita yang tergolek pening!~!~
DrSINGA > skang ni ambulan dan tak bunyik ningnong lagi. Bunyi siren dia macam hon plak.
ReplyDeleteMujur tak sempat nak pening, sebab dokek jo Jemapoh tu ke spital Pilah.