Wednesday, September 15, 2010

Syawal: Bila Lemang yang Dekat Api, Kenapa Buluh yang Terbakar?

Kisah raya Syawal 1431H kami bermula sejak Khamis, hari terakhir Ramadhan lagi. Kami tiba seawal 9 pagi di kampung sebelah nenek sebelah My TOKLAKI.

Keputusan beraya di sini merupakan suatu perancangan besar keluarga MIL, kerana rumah arwah WEI (nenek) baru saja siap walaupun masih ada banyak yang belum lengkap. Sejak dari sebelum bulan Ramadhan sehinggalah berpuasa, TOKLAKI dan MIL serta beberapa orang ahli keluarga yang lain, berulang alik ke kampung membuat beberapa ubahsuai bagi melengkapkan rumah kampung ini.

Rumah 3 bilik, masih kelihatan semak di keliling sebab masih banyak yang belum dikemaskan.

Rumah yang bakal menjadi rumah persinggahan tetap, rumah keluarga berhimpun ini ternyata sungguh memikat hati semua ahli keluarga. Dan kemeriahan serta keseronokan kami berkumpul pun bermula. Yang paling seronok sudah tentulah anak-anak yang dapat menikmati suasana kampung dan berkumpul bersama sepupu-sepupu mereka. Bila dibilang lebihkurang 13 cucu yang ada malam itu, itupun belum semua yang balik.

Hanya gambar yang menceritakan segalanya.

Ini kali kedua aku belajar buat lemang. Kali pertama dulu arwah WEI yang ajar. Kali ini belajar dari adik ipar lelaki (yang bukan saja pandai buat lemang, juga pandai anyam ketupat, malu aku...)




Buluh kosong aku dan TOKLAKI beli di ChowKit dgn harga RM.90 sebatang, kami beli 30 batang dan cari buluh lagi di belakang rumah. So total dapatlah 35 batang.

Sambil jaga api lemang, sambil kalut masak benda lain, dan yang lelaki pula sibuk di laman menyiapkan lagi pagar yang belum selesai sampaikan taktau sapa yang jaga lemang, sapa nak pusing buluh.

Dan bila ada 4,5 batang buluh yang dimakan api, semua orang kecoh. Hakhakhak! Orang nak bakar lemang, kami pun nak bakar lemang, tapi kami bakar buluh lemang sekali. Sayang tak sempat nak snap masa kebakaran buluh lemang tu. Maklum tengah kecoh...

Wajik, special request oleh Bang NGAH. Sedap ni, sebab Mak Mertua aku guna Gula Enau.
Kek Coklat by adik ipar aku.



Malam raya. Pic budak-budak main bunga api di laman langsung takda sebab semua orang sibuk. Yang ada hanya dalam rakaman video.

Bila dah berhimpun 4,5 keluarga sekaligus, perkara yang sering menjadi masalah ialah sarang tempat tido. Kerana rumah baru belum lengkap berperabut (kalu ada pun kena letak luar), kami tidor macam asrama jer. Berbaris baris, berlapis lapis di ruang tengah sehingga ke dinding dapur. Mujur takda yang kena tidor di dapur terus.

Bab rebut bilik air pun sama gak, mujur ada 2 bilik air. Semua kena ikut giliran. Mujur tahun ini tiada baby, kerana tiada sorang pun adik beradik ipar duai aku yang beranak kecik. Paling muda, umur 7 tahun.

Kami balik masing-masing bawa bantal selimut, kuih raya, bekas kuih (cawan pinggan sudah dihantar berdikit dikit sebelum ini), periuk belanga kuali serta macam-macam lagi barang dapur termasuk garam belacan, asam kicap, cili dan macam-macam lagi.

*Kisah raya ini memang agak lewat dirakamkan di sini, tapi segala kenangan mesti diceritakan juga.


11 comments:

  1. sis

    bestnya
    ayu dapatkan rasakan apayang sis rasa, dengan beraya adik beradik...dengan bawa kuih muih bersama

    ditambah masak lemang, dodol sendiri...
    pasti meriah..

    lagi2 org tua sudah tiada..

    comel sungguh design rumah yang sis paparkan tu....
    nanti toklaki tinggal tanam pokok bunga....pasti bertambah ceria..

    ReplyDelete
  2. AYU > pembetulan, itu kuali Mak Mertua masak Wajik. Dodol memang tak sempat.

    Orang tua yang sudah tiada adalah Nenek. Mak dan abah mertua masih ada.

    Yup memang seronok berkumpul adik beradik ipar duai sepupu anak saudara..

    Best sangat.!

    ReplyDelete
  3. saya dapat rasakan kemeriahan dan keseronokannya !

    masa buluh terbakar tu .. ada tak sapa-sapa yang panggil bomba ?

    ReplyDelete
  4. Bila kumpul ramai2 mcmni mng dah tak kisah bab tido,sbb tido pun sejam dua je..mana ada kosong situlah lepak..betapa bestnya dpt berkumpul..walaupun penat dan letih..

    ReplyDelete
  5. Bang HAMZAH > setakat boleh jirus dgn sebaldi air, bomba pun marah kalu dipanggil. hehehehehe


    IDA > Betul tu. Tidor cuma beberapa jam saja, maklum sibuk betul.

    ReplyDelete
  6. oooo wajib rupanya...yg kanan tu choklat....
    mata ayu nampak dodol

    sis, ini kiranya umah peninggalan arwah nenek toklaki kan?

    ReplyDelete
  7. bestkan ada pengalaman bakaq lemang...teman tak pernah lagi..

    ReplyDelete
  8. zaman moden dah tak payah masuk hutan cari buluh, kat chow kit semua ada

    ReplyDelete
  9. pengalaman yg menyeronokkan
    walaupun memenatkan

    ReplyDelete
  10. AYU > ya benar, rumah peninggalan nenek sebelah Toklaki. Rumah asal rumah kayu. Diganti dengan rumah baru yg lebih luas dan selesa.



    LB > seronok tau pengalaman bakar lemang nih.

    ReplyDelete
  11. EELOBOR > dua-dua kaedah tu kami guna. Beli di ChowKit dan juga cari sebatang lagi buluh di hutan belakang rumah kampung. Buat tambah.


    SSI @ EJA > memang seronok sampai lupa penat.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails