Sunday, September 5, 2010

Ramadhan: Setiap tahun mesti berAbuk...

Nampaknya semakin ramai yang sudah mula bercuti, sejak cuti sekolah bermula. Dan semakin slow juga blog-blog bergerak. Nada cerita pun rata-rata berkisar pada mood raya. Malah sudah ada yang menutup ruangan komen (kerana tidak mampu memberi komen balas) dan juga membekukan blog masing-masing kerana menumpukan masa kepada berkemas, buat kuih dan segala jenis macam aktiviti menjelang hari lebaran.

Tadi aku dan TOKLAKI lalu di hadapan Puduraya dan melihat perubahan yg drastik sekali. Sekitarnya sungguh lengang dan sunyi. Kedai-kedai di sekitarnya juga suram dan keriuhan seperti lazimnya di musim raya atau di hujung minggu langsung tiada lagi. Sunyi sepi dan lancar sahaja kereta yang lalu lalang. (Puduraya masih dalam proses baikpulih)

Oklah, kerana ramai yang sudah mula bercuti, sudah mula bergerak meninggalkan kotaraya tempat mencari makan, untuk balik beraya bersama keluarga terchenta di kampung halaman, sambil meninggalkan sebentar blog masing-masing, harus juga aku menghantar kad raya maya yang sampai ke sudah tidak ku edit pun.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin buat semua bloggers dan rakan taulan...
Dari AA seikhlas penuh kasih.


Ini kad raya tahun lepas, juga buat sendiri.



*****

Menu berbuka hari ini, sangat simple tapi yang menjadi perhatian seluruh rakyat serumah adalah Sambal Belacan.

Sudah lama teringin nak buat kuih ini, baru tadi dapat buat. Kuih Abuk-Abuk. Aku belajar kuih ini semasa di sekolah menengah Form 3 (Sains Rumah Tangga). Pastu tak pernah buat sehinggalah dah kahwin baru praktikkan balik. Sudah beberapa tahun, setiap kali Ramadhan, kuih ini mesti ada sekali aku buat sebab memang rakyat serumah sangat sukerrrr...!

Sebelum - kecik besar, kecik besar.



Kurang kelapa, kata My TOKLAKI. Tapi habis juga 1 loyang kukus bersaiz besar.



~...mengimbas kenangan zaman turun naik bas express, ulang alik Ipoh-KL-Kampung Separuh Desa, SERI BULAN tidak pernah lupa memori menangis dalam gelap sepanjang perjalanan kerana beraya berasingan dengan HISYAM...~





13 comments:

  1. sis..,thank you ayu amik kad raya nie eik..bt tepek kat blog...hehehehe

    rajinnya sis pi buat kuih abuk-abuk...ayu tak reti buat,,tapi suka makan..

    selamat hari raya sis

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya Azie...maaf zahir dan batin.


    ***Kuih abuk-abuk tu kesukaan aruah nenek ckLah. Kami (Jawa) panggil kuih tu 'iwel-iwel' atau 'tiwel'.

    :D

    ReplyDelete
  3. salam,

    kuih abuk-abuk ni takde pulak kat bazar ramadhan sini..

    saya amik kad raye tu TQ..

    ReplyDelete
  4. AYU > Terimakasih kembali. Kalu nak ambik, ambik yang black tu yer. Yang tahun lepas tu saja suka-suka jer...


    CKLAH > thanks (kad raya awak dlm entri sebelum ini)
    Kuih Abuk-Abuk ni lembut dan manis lemak. Jarang ada yang jual.

    ReplyDelete
  5. PENJEJAK MAYA > Sudah lama juga Kak Azie perhatikan, dan banyak juga tengok di pasar Ramadhan, memang tak ada yang jual Kuih Abuk-Abuk ni. Sedangkan buatnya tak lah susah, dan modal pun sangatlah murah.

    Nanti Kak Azie jual plak. heheheheh...!

    ReplyDelete
  6. pagi td pun ada pegi ke low yat dan otw balik lalu ikut puduraya. sempat gak tengok suasana kat situ. sama mcm pandangan kak azie

    ReplyDelete
  7. EELOBOR > Yang kesian, peniaga2 di sekitar jalan2 depan Puduraya tu, pasti jatuh juga jualan mereka, kan? Tadi Kak Azie borak2 dgn TOKLAKI, kami dok sembang mana ler peginya kedai-kedai kecik yang banyak dlm Puduraya tu kan? Kat mana agaknya depa tu meniaga sekarang?

    ReplyDelete
  8. Azie..
    kalau kat puduraya sunyi dan lengang, di bukit jalil sangat meriah.... akak 2x ulangalik depan bukit jalil hari ini...
    kuih abuk2 adalah kegemaran seisi rumah akak juga..... kongsi resepi...

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Azie,

    kuih abok2 tu favoret kitarang serumah, mommy yg suka buat. kalau buat kitarang suka letak 3 warna, putih, hijau dan pink..seronok..mmg habis se kukus lah...

    ReplyDelete
  10. Sempat lagi azie buat juadah bagai2 dah hujung2 puasa ni ye...ida dah tak larat nk buat kueh dah sbb jemu buat kueh raya..hehehe..kuih abuk2 tu dah belas tahun tak buat..teringin lah pulak..

    ps dah amik kad raya dr ida tak? nnti iad ambil kad dari azie..panadi buat tak macam ida..cilok2 je..

    ReplyDelete
  11. AKAK > Betullah, sekarang ni terminal bas express di Bukit Jalil, sebab tu sana meriah.

    Resipi kuih tu senang jer:
    Sagu + kelapa parut + garam = gaul.
    Masuk dalam kelongsong selang dgn gula kabung, tutup atas dgn sago balik, then kukus.

    ReplyDelete
  12. YAN > oh ya, 3 warna yer. Pernah juga Kak Azie nampak dlm majalah duluuuu. Mesti lagi menarik tuh.


    IDA > Kami masih lagi mcm biasa, persiapan raya simple jer.
    Kad Raya IDA sudah saya paparkan di entri sebelum ini bertajuk Kad Raya Pengganti Diri... Terimakasih.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails