Hari Raya kedua, merupakan hari untuk memulakan tugas-tugas di luar rumah. Menyambung kerja memasang pagar yang terhenti sebelum raya. Memang masih banyak kerja yang perlu dibuat, tapi secara berperingkat-peringkat kerana hampir semua kerja dilakukan sendiri oleh ahli keluarga sebelah My TOKLAKI.
Suasana setiap pagi. Memang berkabus. Belakang rumah memang hutan kecil. Setiap pagi akan kedengaran bunyi binatang seperti mengeluh. Tak pasti samada ungka, lotong atau beruk. Tetapi My TOKLAKI dan anak lelaki pernah lihat Orang Utan yang begitu hampir di kawasan belakang. Aku sendiri pernah nampak spesis seperti ungka bergayut-gayut di dahan paling atas di pokok yang tinggi itu.
Sepanjang pagi itu, kami beramai-ramai mengemas keliling rumah. Membuang semak, merumput, membakar sampah dan kayu reput yang kelihatan sangat bahaya jika dibiarkan saja. Dikhuatiri menjadi sarang binatang berbisa terutama ular.
Buktinya, Mak Mertua terpijak paku berkarat sampai tembus seliper yang dipakainya. Sudah berkali-kali dilarang jangan mencampuri kerja-kerja orang muda, tetapi semulajadi sifatnya yang suka ke hulur ke hilir. Yang sedih tu, kaki dia pula yang kena sedangkan kami yang bekerja tidak pula cedera.
Kecoh anak cucu sekejap sebab paku karat memang berbisa. Selepas dibalut, petang itu terpaksa juga dibawa ke klinik untuk injection bimbang melarat.
Selepas menebas rumput, keadaan menjadi bersih dan berbeza. Laman belakang yang luas begitu seronok untuk diteroka malah sudah ramai berangan nak main badminton dan bola sepak di situ nanti.
Selesai merumput dan mengemas sampah, sambung pasang pagar hadapan pula. Masih ada yang belum siap kerana kesuntukan masa, malam hendak beraya lagi.
Beraya di rumah Mak Ngah di Juasseh sambil yang muda-muda sempat layan game bola di Astro Sport. Huhhh...! ManU seri 3-3 dengan Everton!
No comments:
Post a Comment
Salam.
Terimakasih sudi mengomen...