Tuesday, September 28, 2010

Janganlah Sombong Sangat...

Memulakan entri bukanlah tentang tajuk di atas.

Menghargai jemputan, berterimakasih sangat kepada teman blogger KAKCIK SEROJA sekeluarga yang menjemput aku dan ACU SAYANG -- tanpa ZEQZEQ -- berhariraya di rumahnya. [yaaa... komen dia di entri KAKCIK sana sungguh menggoda, kerana dia tak pernah tengok AZIE sengih perasan..!)

Kerana masa hujung minggu yang sedia dimaklumi masing-masing sibuk, malam semalam barulah berjaya hadir walaupun hujan turun sepanjang hari membawa ke malam dan jalan jem di sana sini.

Rumah KAKCIK dengan rumah aku sungguh dekat, kalu tak jem dekat jambatan Pandan Indah itu, cuma 5-10 minit saja leh sampai. Terimakasih banyak pada ACU yang menjadi peneman.

Terimakasih tidak terhingga.


Pic: Kredit to KAKCIK SEROJA

Kepenatan hari ini seolah-olah seperti kerja 2 minggu berturut tanpa henti. Sedangkan hari ini baru bermula.

Projek dalam tangan bukan satu, malah lebih. Tapi yang paling besar ini yang paling kritikal kerana menjadi tumpuan seantero orang dalam bangunan. (Mungkinkah ini masanya untuk aku membuktikan keupayaan? Atau sebagai tanda aras meyakinkan pihak tertentu apa yang dijanji semasa temuduga jelas kini bukan sekadar janji kosong?)

Aku bukan baru hari ini berada dalam keadaan terlalu fokus atau tertekan. Sudah lali tetapi kepenatan tidak dapat dielak. Apatah lagi bila mendengar kisah-kisah rentetan sepanjang depa-depa bermesyuarat dengan Dato' D (bukan Darling) dan Setiausaha Projek (di Bangi) tentang tingkah-bengek ragam-perangai-cerewet tentang isu cover tapi mendesak mok-up kena launch sebelum 1hb Oktober. Gila...!

Cabaran ini bukan rungutan, bukan kesakitan tetapi ada juga kenikmatan kerana mencabar diri sendiri.

Bidang tugas kita, hanya kita saja yang tahu di mana kepala di mana ekor. Hanya kita yang tahu apa yang terbaik apa yang patut didahulukan, tetapi jangan sampai mengenepikan pendapat orang lain.

Ada orang begitu sombong dengan tugasnya (apatah lagi bila ada kad kuasa), sering kali merasa dia ada kuasa, sering merasa orang melihat akan gerun atau tabik hormat. Sudah lapuk pendirian sebegitu, kerana orang bukan gerun tapi menyampah. Kurang-kurang harus dihormati, itu memadai sekali. (Adakah aku juga mungkin dilihat sombong dari sudut pandangan mata orang lain?)

Ada orang tak suka citer pasal tugas/kerja kerana banyak sebab antaranya malu, atau menjaga reputasi pihak2 tertentu. Ada yang sorok kerja terus kerana dia orang penting atau bidang tugasnya melibatkan keselamatan awam.

Tapi aku menyampah bila orang yang kerja sendiri tak tersiap sibuk nak tegur kerja orang, pastu tunjuk dia lebih pandai. Bukankah berbincang lebih baik? Bukankah 2 kepala lebih baik dari 1 kepala?

Itupun kalu kepala yang ada otak bukan penuh dengan rumput! Hahahaha...


*...Kekalutan yang berlaku, mengalutkan lagi pemikiran HISYAM, apatah lagi bila terpaksa bergelut melawan nyamuk dalam gelap bila curi-curi pergi berdating dengan SALWA dengan alasan menunggu durian gugur... Padan muka!~




34 comments:

  1. Azie...jelesnya ida tguk azie pegi beraya umah kakcik...nampaknya jodoh ida lom ada nk jpe kakcik dgn akak@rahmah,ada je hal yg mengahalang..bila lak kita nk jumpa erk...

    ReplyDelete
  2. tak pernah pulak tengok kepala orang yang penuh dengan rumput ..! hehe

    banyak udang, banyak garam.

    ReplyDelete
  3. seronok azie gi beraye ye...

    biasa la azie...ain pun ade terkene jugak org mcm tu...sabar jer la...kdg2 tu malas nak layan...

    ReplyDelete
  4. biasa la dunia pekerjaan...mcm2 org kita jumpa.

    ReplyDelete
  5. IDA > Azie dah pernah jumpa Kakcik beberapa kali bermula di gathering blogger dulu. Wpun rumah kami dekat saja, tapi tak juga dapat jumpa selalu.
    Nanti bila2 kita arrange plan leh jumpa ramai-ramai.

    ReplyDelete
  6. Bang HAMZAH al-LAVENDARI > Saya belajar dari kawan sekerja bangsa Cina, selalu sebut tu kalu marah, "dalam kepala ada rumput saja, tapi takda otak". Hehehehe


    AIN NORAINI > Tak layan gak, tapi kalu dah selalu depan mata, berbulu ler jugak kita nengok nyerr..

    ReplyDelete
  7. ANA > Itu yang kadangkala seronok, kan?

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Cukup sokong pendapat Kak Azie dengan

    "Tapi aku menyampah bila orang yang kerja sendiri tak tersiap sibuk nak tegur kerja orang, pastu tunjuk dia lebih pandai."

    Baru je berlaku minggu lepas...sangat susah berurusan dengan orang yang "bodoh tak leh ajar, cerdik tak leh tompang" hu huh u

    ReplyDelete
  9. ye laaa Blog pribadi..semua boleh isi keluar..

    *saya Tukang MOP lantai jerr..MALU

    ReplyDelete
  10. nak jadi pemalu cam bro zeq gak ler

    ReplyDelete
  11. ANYSS > Kalu tompang silap2 kena bayar mahal. hehehehe


    ZEQZEQ > Maaf jika saya dilihat meMALUkan saudara.
    Walaupun blog PERIBADI, bukan sifat saya nak menulis sembarangan hingga menyentuh perasaan pembaca lain.
    Tapi sila nyatakan di mana ayat saya yang ketara memalukan Sdr?

    ReplyDelete
  12. ayu pun dah naik menyampah..dah kerja...sabor...sabor

    pssstt..syok betul jumpa blogger seroja...nak raya.nak raya...

    ReplyDelete
  13. EELOBOR > Jangan terlalu ikut rentak orang, takut nanti kena hentak. hehehe

    ReplyDelete
  14. AYU > Kalu tak kerja dengan orang, takkan nak keja sorang-sorang plak, kan? so betul lah dah tu, kena sabarrrr...

    ReplyDelete
  15. Azie...

    jangan serik bertandang ke rumah kakcik, ya? :)

    Ada orang rasa mereka lebih pandai buat kerja, hakikatnya hanya lebih pandai menuturkan kata-kata dari membuktikan keupayaan bekerja. Kakcik yakin, Azie boleh melaksanakan amanah yang dipikulkan ke bahu Azie. InsyaAllah, AZIE BOLEH! :)

    ReplyDelete
  16. Ops! Azie.. sekarang baru jam 3:38 pagi! Kakcik dah masuk 'ofis' hahaha...

    ReplyDelete
  17. KAKCIK > Awai nya dah masuk ofis, mentang2 ofis cuma sepelaung. Bisik pun dengar. hehehehe
    Tak seriklah, malah tak puas pun nak dok borak borak sambil gelak2 dgn Abg Mus. hahahaha

    ReplyDelete
  18. Salam Azie... baca 'jamuan makan' sana sini - saya pun dah kenyang.

    Tak hadiri open house mana² pun tahun ini...sungguh terasa terkebelakang tapi perut tetap kedepan.


    p/s - hari tu tanya pasal bloglist, cuba buang dulu yg ada...esok2 add semula.. masalah feed tu sebab tempat lain, ok je

    ReplyDelete
  19. Dalam kerja selalu amalkan resmi padi,orang tak benci,boss sayangi dan pasti dapat hajat dihati....recognition,kepuasan sendiri.
    dan makcik pasti azie boleh lakukan.Percaya pada diri sendiri.You go girl.

    ReplyDelete
  20. betul3! two is better than one kan? berdua lebih baik kan? jom karok!!!

    ReplyDelete
  21. Bukan sombong tu...hee
    tapi mengada-ngada saja...haa
    sabao2...
    nanti perut kenyang...
    tekanan darah naik lak...
    kang ..lain pulak jadinya...

    ReplyDelete
  22. Salam kak azie,
    sama lah kak kita nih.. pesen orang cenggini mana-mana kita pigi pun misti jumpak punya.. tak boleh lari.. ada yang lagi teruk, tikam belakang.. depan kita mulut sungguh manis, belakang kita dia bancuh citer lain kat boss.. hat goes round, comes round.. cheers..

    ReplyDelete
  23. dulu ada kwn acu menggunakan blog sbg tempat dia melepas kan rasa tekanan dia pada bos di tempat keja tapi kesian...setiap kali ada entry yang dia tulis pasal tempat keja setiap kali tu la teruk dia kena hentam dengan bos..

    sampai ada ketika nye markah tahunan dia terlalu rendah...sekarang merajuk dan terus dia berhenti menulis..

    ReplyDelete
  24. Azie
    KakCik beri duit raya tak? :-)

    ReplyDelete
  25. betul2
    kerana mereka xsedar yg kuasa yg diberikan kepada mereka itu bknlah kerana usaha semata2 ;D

    ReplyDelete
  26. salam perkenalan azie..selalu singgah sini melalui blog LB..suka baca n3 azie..
    memang betul azie yg kepala berumput tu yg tak boleh fikir..

    ReplyDelete
  27. ZUREEN > Salam. Masih cuti beraya kah?


    KAK KUJIE > Ralat rasa hati bila tak leh ke blog Kak KUJIE buat sementara waktu ni.

    ReplyDelete
  28. MOKJADEANDELL > terimakasih MAKCIK. Saya dah terlalu tua untuk berasa kecil hati dgn kritikan Bos.


    GADISBUNGA > Nak karok kat mana? Kat rumah ada? hehehe jommmmm!

    ReplyDelete
  29. Bang LB > Sabar tu suatu perkara. Meluat pun satu perkara gak.



    AANAS > Adat la bila kita bekerja ni. Takkan nak keja sorang-sorang plak, kan?

    ReplyDelete
  30. ACU > yang PASTI, blog Kak Azie tidak pernah didedah pada mana-mana kawan pejabat. Kalu ada yang tahu pun, takda masalah, kerana kita bukan nak tulis directly...! Kalu depa tak makan cili, takkan lah tiba2 kepedasan.


    SOM > ada... ada memang ada "duit raya". Sangat besar packingnya. Tanya ACU. Termengah nak bawak balik.

    ReplyDelete
  31. FAKHRUR > Ada orang sudah lupa diri bila ada sikit kuasa.


    MOHDANDMERIAM > Terimakasih.
    Itulah maksud saya, "kepala ada rumput" adalah bukan otak.

    ReplyDelete
  32. salam
    akak ada penimbang tak kat rumah tu err maklum lah raya kan kan kan

    ReplyDelete
  33. BRUTAL > Kak Azie baru sekali pegi Open House, timbang belum diperlukan. Hahahahaha

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails