Kisah benar dari seorang kawan dan juga seorang saudara. Tidak perlu meramalkan apa-apa, cukup sekadar mengambil iktibar dan tauladan dari kisah ini.
Sebuah keluarga yang sederhana. Bahagia walaupun sekali sekala ada juga pertengkaran dan bertingkah pendapat sesama adik beradik. Si ayah mempunyai isteri lain menyebabkan si emak bersikap terlalu “defensive” terutama kepada anak-anak perempuan.
Bila anak-anak sudah dewasa dan berumahtangga, masing-masing berdikari dan hidup seperti juga orang lain tetapi perhatian kepada emak tidak pernah dilupa hanya kepada si ayah agak kurang kerana si ayah tinggal jauh bersama isteri lain. Hubungan yang renggang adakala membuatkan anak-anak kurang senang dengan sikap si ayah yang disifatkan terlalu berat sebelah.
Sebuah keluarga yang sederhana. Bahagia walaupun sekali sekala ada juga pertengkaran dan bertingkah pendapat sesama adik beradik. Si ayah mempunyai isteri lain menyebabkan si emak bersikap terlalu “defensive” terutama kepada anak-anak perempuan.
Bila anak-anak sudah dewasa dan berumahtangga, masing-masing berdikari dan hidup seperti juga orang lain tetapi perhatian kepada emak tidak pernah dilupa hanya kepada si ayah agak kurang kerana si ayah tinggal jauh bersama isteri lain. Hubungan yang renggang adakala membuatkan anak-anak kurang senang dengan sikap si ayah yang disifatkan terlalu berat sebelah.
Gambar sekadar hiasan.
LUNA, seorang menantu dalam keluarga tersebut wpun pada awalnya si emak tidak berkenan sehinggakan masa yang diambil LUNA untuk menjadi menantu disenangi (bukan untuk disayangi pun) adalah bertahun-tahun. Bila anak-anak dari perkahwinan LUNA membesar dan kelihatan sempurna dalam kesederhanaan dan cemerlang dalam akademik, barulah mereka diberi perhatian dan dilihat sebagai sebahagian dari keluarga.
LUNA memahami keadaan, cuba membawa diri, menyesuaikan dirinya selayaknya tetapi kerana mereka paling hampir dengan si emak, seboleh mungkin perhatian harus diutamakan.
Masa yang berlalu mengubah keadaan tetapi tidak semua dapat diubah. Masih ada rasa tidak suka, masih ada rasa pesimis dan prejudis. Yang memedihkan rasa pesimis itu sangat dangkal dari adik-adik perempuan sejak mereka masih bersekolah lagi kerana LUNA adalah seorang kakak ipar yang berasal dari kampung. “Orang Kampung” tidak sesuai jadi kakak ipar mereka — itu yang dipasang dan disetkan dalam minda LUNA sejak dulu.
Ternyata hingga kini pun begitu. Menyedari keadaan itu, LUNA terus menjadi “orang kampung” yang tidak boleh langsung mengubah jati dirinya samada adik-adik ipar memaksa sekalipun. Sementelah ibu mertua sudah menerima, LUNA terlupa akan ketidaksukaan adik-adik ipar perempuan terhadapnya kerana itu tidak lagi penting baginya.
Tetapi hari ini, lihatlah. Seorang adik ipar perempuannya (R) sangat beruntung bersuamikan “orang bandar @ orang jati KL” yang didakwanya kaya (kaya begitu subjektif bagi aku...). Kaya bagi seorang perempuan yang tidak pernah tamat sekolah, tidak bekerja tetapi bila suami ada rumah besar, ada kereta cukup baginya mengisytiharkan dirinya kaya. Syukur...
Tapi adakah kaya itu membolehkan dia melupakan keluarga? Menidakkan adikberadik lain sebagai ahli keluarga? Terutama terhadap keluarga LUNA yang sejak dulu hingga kini dan selamanya adalah “orang kampung”? Kekayaan itukah yang membenarkan dia memandang ahli keluarga dengan ekor mata atau jelingan sinis? Seperti kata LUNA, dia bukan apa-apa, jadi untuk apa diingat walaupun sebagai kakak ipar?
Raya yang baru berlalu, R tidak langsung pulang beraya malah begitu bangga beraya dengan keluarga suami. Kehendak sendiri, siapa dapat memaksa. Tidak pulang tidak menjadi salah kerana beralasan, cuma yang menjadi salah adalah menyenaraikan begitu banyak haknya terhadap rumah, terhadap keluarga tetapi lupa terlalu pendek senarai tanggungjawabnya terhadap rumah, dan ingatannya terhadap keluarga....!
Seorang lagi adik ipar perempuan, yang bertukar ganti teman, sehingga hari ini tidak pernah puas hati untuk menetapkan jodoh sebagai suami. Bukan sedikit cerita tentang rasa tidak suka, tidak sesuai, tidak sempurna, tidak ngam tentang lelaki-lelaki dalam hidupnya. Adakah diri kita terlalu sempurna sehingga melihat orang terlalu buruk dan sengkek? Tidak bolehkah belajar menerima kelemahan orang lain seadanya? Kata LUNA, sewaktu umurnya seusia adik iparnya itu, dia sudah ada 4 orang anak.
Seorang lagi adik ipar lelaki, hampir sebaya LUNA mencari-cari jodoh tetapi lupa mencari-cari bekalan dan harta secukup kadarnya untuk memiliki keluarga. Bukankah sekarang cinta saja tidak cukup? Mulut manis, janji indah tidak cukup padat mengikat seorang wanita dalam rumahtangga jika beras tidak mampu dibawa balik.
Walaupun baru-baru ini, kelihatan akrab lagi intim dengan seorang gadis cantik, NIKKI (lebih cantik bergaya berbanding LUNA), dan ada ijazah, kerjaya tetap tetapi terlalu panjang masa diambil untuk berkasih-kasihan tanpa matlamat. Sewaktu masih suka? Bila bosan menanti? Usia bertambah bagi lelaki mudah saja, tapi si gadis? Moga ada jodoh mereka...
Tetapi apalah gunanya cantik bergaya, berijazah, kerjaya hebat tetapi terlalu sombong walaupun dengan bakal keluarga mertua. Adakah untuk memikat si jejaka hanya perlu menjaga hati bakal ibu mertua tetapi dengan ahli lain, kakak-kakak ipar, abang-abang ipar tidak perlu ditegur sapa, diramahi atau disenyum sekilas?
Aku menyoal LUNA, kau sebenarnya cemburukan adik-adik iparkah? Kata LUNA, “Aku hanya kesiankan mak mertua aku. Dia terlalu melindungi, terlalu mempertahankan anak-anak perempuan, tetapi anak-anak perempuannya tidak langsung menjaga hatinya setelah masing-masing ada kehidupan.”
Moral: Cemburu biar bertempat, tapi cemburu terhadap adik beradik sendiri adalah sesuatu yang sia-sia.
Tiada ibu yang tidak mahu melindungi anak-anaknya tetapi setiap anak adakala terlupa teralpa. Bagi mereka sesuatu perkara itu mudah, tetapi hati emak melihat dari sudut yang sangat luas lagi teliti, dan sensitif itu terlalu amat biasa dirasa.
Mengambil iktibar, jangan mudah menilai seseorang dari asal usul atau keturunan, kerana kehidupan mudah saja berubah, diubah atau terubah. Jika dulu kita comot selekeh, tak mustahil suatu hari kita menjadi begitu cantik, begitu menawan... kan?
LUNA: “Sekurang-kurangnya aku puas, walaupun aku masih orang kampung, tapi aku tidak sehina seperti yang dilihat mata mereka suatu ketika dulu. Sekurang-kurangnya aku tidak dipesongkan hati untuk terus berbakti kepada emak mertuaku sepertimana kasihku kepada ibu kandungku sendiri.”
Alahai.....
ReplyDeleteAda sikit-sikit pengalaman Luna ini, terjadi kepada ckLah.....wanita kampung yang tipikal ini. Sungguh!
CKLAH > uik.. tak tidor lagi?
ReplyDeleteYaaa... sangat memahami. Tapi tetap bangga jadi Orang Kampung, kan?
Luna ni ke yang pernah ke Indonesia dan buat filem video 3gp xdengan Ariel Peterpan?
ReplyDeleteEheks... jangan mareee... jangan mareee... gurau jeee...
KHAYAL2 > BRO, LUNA tu tak perlu pegi Indonesia dah, sbb dia memang orang sana pun. Ahaks!
ReplyDeletei have the same experience...naper perlu malu bergelar orang kampung?...budi bahasa itu yang paling mulia, dari bergelar org bandar tapi akal dangkal...membanding darjat, harta dan keturunan sedangkan itu bukan ukuran di akhirat kelak...semoga hati dan akal kita tidak buta menjalani hidup yang sementara ini...Aminnn...
ReplyDeleteAzie
ReplyDeleteI belajar sesuatu dari cerita you tu..
.
.
tapi LUNA the pencil color tu mmg nostalgia taw. Pantang naik sekolah, mesti nak beli baru, hehe.
NAA > Pengalaman sendiri atau orang lain, tetap menjadi suatu tauladan dan pengajaran.
ReplyDeleteBenar, harta memang mudah saja nak cari. Tapi ikatan keluarga, sekali retak, payah sungguh untuk disambung kembali.
SOM > Naik sekolah menengah ke sekolah rendah? hehehe..
ReplyDeleteDulu kalu dapat pensil kaler jenama LUNA ni, kira dah kaya dah. Tapi dolu2, jenama ni jer yang ada. Jaga sungguh2... sayang ler sangat, kan?
Salam,
ReplyDeleteSaya masih orang kampung walaupun dok bandar baru bagi dah 15 tahun. Sebab dok kat kampung lagi lama dari itu kot hu hu hu
Tak rugi apapun merendah diri, malah akan lebih disayangi. Banyak ruginya meninggi diri, bukan sahaja kena cemuh...orang buat tak heran dan bermuka-muka je depan kita...
Azie
ReplyDelete... Luna dibeli (perlu ganti) almost setiap kali naik darjah...
ANYSS > Bagi MOKYANG, susah nak cari orang bandar yg sombong, sbb orang jati town, biasanya tak heran pun pasal town.
ReplyDeleteYang selalu angkuh tu yg lupa diri dia orang kampung tp perasan bila dah dok town.
SOM > Tu mesti kes doh asah asah sampai pensel kaler jadi kontot.! hahahahaha
ReplyDelete