Saturday, September 18, 2010

Alfatihah: perginya seorang seniman...

Bila sudah tiba masa. Pelakon veteren berusia 65 tahun, M Rajoli (nama sebenarnya, Mohd Rajoli Mohd Zain) menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Ampang pada pukul 10.45 malam (17 Sept 2010) di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak bongsunya, Mohd. Arif.

Allayarham mengidap kanser di kelenjar otak (lymphoma) sejak tiga tahun lalu akan dikebumikan sebelum Zuhur ini di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat.

Pelakon ini sering membawakan watak ustaz, M. Rajoli sudah sekian lama mengalami masalah kesihatan.

Aku pun suka dengan watak-wataknya, malah baru-baru ini bulan puasa haritu, aku tonton drama dia sampai 2 kali (tahun lepas pun 2 kali gak), arahan Rashid Sibir, kisah pasal dia boleh berinteraksi dengan roh orang yang sudah mati dan mohon didoakan. Kebanyakan drama lakonannya sungguh berkesan. (Aku lebih suka dia di drama berbanding di filem)

Semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aminnnn..

Salam takziah buat seluruh keluarga allayarham.




10 comments:

  1. Salam,
    Alfatihah. Moga rohnya dirahmati Allah.

    Saya pun suka watak2nya sebagai orang alim...sangat berkesan.

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Alfatihah. Moga rohnya dirahmati Allah.

    Saya pun suka watak2nya sebagai orang alim...sangat berkesan.

    ReplyDelete
  3. gaya uztaz dan kadang2 rock yang sangat berkesan...
    al fatihah untuk arwah..

    ReplyDelete
  4. Al-fatihah utk allahyarham yg telah byk menabur jasa dalam industri perfileman negara…

    ReplyDelete
  5. allahyarham seorang yang versatile. malah rasanya tak ada lagi yang mampu menandingi lakonannya sebagai ustaz yang sangat bagus bacaan doanya.

    al-Fatihah...

    ReplyDelete
  6. Salam Azie,

    mudah2an roh nya dirahmati ALLAH..

    ReplyDelete
  7. Al-Fatihah, minat dengan watak2 yang di mainkan Allahyarham kerana memang "hidup" setiap watak yang di bawanya

    ReplyDelete
  8. Salam.
    Al-Fatihah buat Allahyarham.
    Jarang tengok drama melayu tapi beliau salah seorang pelakon yang betul-betul bersandarkan bakat.

    ReplyDelete
  9. Al Fatihah - seorang seniman serba boleh yang sukar dicari ganti

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails