Thursday, September 30, 2010

Syawal: Jemputan yang Mungkin Tidak Dijamu Jemput-Jemput....

Senarai jemputan memenuhi hujung minggu sepanjang Oktober. Ntah mana satu yang nak pegi dulu, mana satu yang terpaksa ditinggalkan...

Terbaru, ada program Perjumpaan Aidil Fitri yang dianjurkan oleh blogger SHAM OnDscene yang dulu juga merupakan penganjur Gathering Blogger di Rawang dulu.

Tarikh: 9 Ooktober 2010
Masa: 12.00 - 6.00 petang
Lokasi: Commonwealth Forest Park & Resort
Kompartment 3 Hutan Simpan Bukit Lagong
KM 23 Jalan Kuala Lumpur-Rawang
Rawang, Selangor
(Program dalam dewan)
*Tempat sama seperti gathering blogger dulu.

Jika nak lihat more photos Gathering Blogger, klik SINI dan SINI.


Info lengkap boleh baca di blog OnDscene SINI. Ada beberapa maklumat penting yang mungkin perlu kita ketahui.

Rasanya memang agak mengejut program ini sebab aku mungkin sudah berada di luar kawasan pada tarikh tersebut.



20 comments:

  1. cam best jer.. hihi.. salam ziarah..

    ReplyDelete
  2. Besar jamuan tu Azie...

    Sekarang ni jemputan jamuan raya dan jamuan doa selamat bakal haji semakin banyak.


    Saya lebih suka sebut jamuan raya dari rumah terbuka, kerana hakikatnya bukan terbuka, hanya yang dijemput saja...tak dijemput seganlah nak datang. Kan.

    ReplyDelete
  3. CIKGU MIZI > Salam ziarah. Terimakasih. Best ler kot. Join la.


    CKLAH > Setuju. Rumah terbuka rasmi biasanya yang dijemput saja yang datang. Yang tidak rasmi tu sesapa pun leh datang, biasanya sedara mara dan kawan rapat.

    ReplyDelete
  4. kak azie

    memang compom tak ada jemput-jemput akan dihidangkan

    syoknya kalau kak dapat join sekali lagi jamuan yang blogger sham adakan tu....pasti berbaloi-baloi

    (diluar kawasan?..nak ke johor eik?....heheheh)

    ReplyDelete
  5. AYU > Kalu ada yang jamu jemput-jemput cicah sardin, sedap gak tuh...

    Tidak, bukan ke selatan, tapi insyaAllah ke utara.

    ReplyDelete
  6. syokkan kalau sesekali pi dok kat tepi hutan tu kan...
    tapi..kot tak dan lah pulak nak sampai dari jauh2 ni..

    ReplyDelete
  7. Wah Azie ... adik manis dengan ular gitu, auwww. Apa rasanya bila pegang badan ulat tu? Sejuk n slimy kah??

    ReplyDelete
  8. Azie
    Sah I dah mengantuk, hehe. Dari ULAR dah ke ULAT plak, har3. Lebih baik I bitau sebelum you musykil nape I x tidur. I nak sahur, kekdahnya, hehe.

    ReplyDelete
  9. Salam tokeh kedai.

    Unfortunately, time is no longer a luxury to us maka tak dapatlah join you all masa ni. But bila tengok gambar lepas lepas, seronok and we both missed the time with everyone especially you!!

    Surely, Im gonna miss usik Azie Azah and the gang, Kujie, Kak Chik and everyone, but if time permits, I will drop by. Insya'allah. Tak janji.

    Apapun, please sampaikan salam pada gang gang semua, of course yang kenal saya lah. Tak kenal takyah sebab nanti depa terpinga pinga. Hahahah siapa pulak Hazrey?? kah kah kah kah. Ohh, make sure tak ada ular tau. Kesian ular tu. Hahahahahahah

    ReplyDelete
  10. Bang LANABULU > Syekali syekala, memang best. Nyaman gitu. Makan pun berselera, kalu bawa nasik sejuk pun konpom laku.



    SOM > Selamat bersahur (dah imsak dah ni pun).
    Kalu bagi ular I masih rela berbanding ulat.
    Yes, memang sejuk tapi part yang best bila dia meliuk liuk lentok memjalar... Auw!

    ReplyDelete
  11. HAZREY > Allo Bapak Gula-Gula, U bz, I tau so I malas kacau.
    Tapi bila tak kacau, U plak udah macam orang jiwa kacau.

    Missed me uh? Padan muka, sapa soh jadi kaki sakat yang tak berapa berbakat?

    By the way, I pun macam tak leh join gak this time. Macam mengejut jer program ni, schedule very tight.

    Apapun I tak fikir Bro SHAM nak bawak ular lagi. Tak rugged lar nanti pakai Baju Melayu + Samping, or Baju Kurung dgn tudung bling-bling tetiba ada bau ular! heeeeeeeeee...

    ReplyDelete
  12. Oh... 9 & 10/10 adalah tarikh yang padat dengan jemputan... tak mungkin rasanya dapat menghadirkan diri ke sana.. :(

    Hazrey... salammu kuterima. Terima kasih kerana masih mengingati. Salam kembali. :)

    ReplyDelete
  13. betul tu..banyak tul jemputan hujunh2 minggu bln syawal nie. pilih mana penting la dulu kot...

    ReplyDelete
  14. salam azie..hehe..baca tajuk tersenyum makcik..pandai pilih tajuk 'memikat'..

    ReplyDelete
  15. best tu ada buat gathering....

    ReplyDelete
  16. KAKCIK > sama lah kita. Jadual penuh.



    ANA > Ikutlah mana yang sempat. Harus pergi bila dah dijemput.

    ReplyDelete
  17. Salam MAKCIK YAM > Saya happy bila Makcik terpikat. Hehehehe



    CT > Gathering blogger baru 2 kali jer pergi..

    ReplyDelete
  18. acu pun macam tak dapat join
    dah tentu nye lah kena bertugas time konvo...tapi if free but kak azie tak join so, otomatik nye acu pun tak pegi la kot...

    ReplyDelete
  19. ACU > Tadi siang, BRO SHAM tepon mintak Kak AZIE jadi urusetia, tapi tetap takleh nak janji juga. Wpun takda jadual tetap, tapi terlalu awal nak confirm.

    ReplyDelete
  20. aminnn bin khalifff

    HAK HAK HAK HAK HAK sayaaa membenciiiiiiiii ularrrrr n

    lariiiiiiiiiiiiii

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails