Thursday, September 16, 2010

Selamat Hari Malaysia...

SORI BERLORI, agak lewat dan sudah penghujung hari baru berkesempatan mengucapkan Hari Malaysia. (apa tema tahun ni?)

Syukur kita sebagai rakyat Malaysia yang aman damai (wpun masih ada jenayah di mana-mana) tetapi sekurang-kurangnya kita tiada perang.

Negara yang makmur, wpun masih ramai yang dikatakan miskin tegar. Negara yang jarang ditimpa bencana alam wpun sekali sekala ditimpa ribut taufan.

Negara yang bebas merdeka, wpun kadang-kadang pendapat kita jarang didengar. Negara yang murah rezeki sehinggakan begitu ramai orang asing datang berdagang, mencari rezeki wpun membawa sekali peribadi buruk dan jenayah seperti orang yang besar kepala lagi berani melawan tokey!

Sebuah tempat kita membina kehidupan sempurna, dari generasi ke generasi sehinggakan ada yang sanggup membuang generasi ke longkang dan tong sampah.

Sebuah negara yang bebas untuk kita menimba ilmu sehingga begitu banyak universiti pun masih ramai yang tidak mendapat tempat dan masih ramai yang terkandas tanpa sijil.

Sebuah persinggahan selesa untuk bercuti wpun masih ramai rakyat tempatan tetap suka berulang ke Bandung, Medan, Sydney, Haadyai, Phuket, London....etc etc.

Kita bebas belajar, bebas bekerja, bebas berjalan-jalan. Tetapi sejauh mana kebebasan itu terpelihara?

Kita rakyat Malaysia, hanya tahu berbangga sahajakah?


Selamat Hari Malaysia semua...!



10 comments:

  1. salam.

    soalan di hujung entri, membuat saya terkedu !

    ReplyDelete
  2. yaa persoalan nih x.x"
    huhu mmg slama nih sekadar berbangga je la

    ReplyDelete
  3. selamat hari malaysia

    soalan akhir tu..selain ayu bangga jadi anak malaysia..

    ayu elakkan dr kes2 jenayah atau yang merosakkan nama malaysia

    salam 1 malaysia

    ReplyDelete
  4. Salam Bang HAMZAH > terkedu kali pertama, bukan bermakna tidak memahami. Masa yang diambil untuk memahaminya pun sangat berbaloi.



    FAKHRUR RAZI > sekurang2nya tetap merasa bangga.

    ReplyDelete
  5. AYU > itu lebih baik dari menjadi rakyat yang tidak pernah mengenang negaranya sendiri.

    ReplyDelete
  6. Sebagai guru Sejarah...saya mengharapkan murid2 saya yg pelbagai bangsa memahamkan benar2 apakah itu kontrak sosial.....



    ...dan Perlembagaan 152-153.

    ReplyDelete
  7. CKLAH > Terimakasih cikgu. Nak tumpang semangat Cikgu juga.

    *Teringat zaman sekolah menengah dulu, tak pernah lulus Sejarah wpun abang saya pun guru Sejarah. Aduhhh.

    ReplyDelete
  8. hmm..entri yang membuat saya terfikir...nak gi jalan2 ke serata ceruk malaysia setiap bulan. bagus la azie!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails