Semakin lama aku semakin merasa tertekan kerana terpaksa bekerja di hari Sabtu.
Walaupun setengah hari, tapi kerana diri dan otak sudah dilatih bertahun-tahun cuma bekerja 5 hari, sungguh seksa melakunkan diri bersedia bekerja separuh hari.
Nak cari baju (dah tentu nak kena gosok dengan tudung sekali), nak kuar rumah, kadang-kadang tu tak sibuk pun, kul 1 dah balik. Macam buang masa jerrr.. (Buang karan pun ya jugak!)
Di tempat lama dulu, 10 tahun dulu, kami pernah fight dengan management untuk dapatkan Sabtu off dengan menambah sedikit masa pada hari lain dan ternyata memang best sangat sebab ada banyak aktiviti boleh dibuat bermula petang Jumaat atau pagi Sabtu.
Walaupun setengah hari, tapi kerana diri dan otak sudah dilatih bertahun-tahun cuma bekerja 5 hari, sungguh seksa melakunkan diri bersedia bekerja separuh hari.
Nak cari baju (dah tentu nak kena gosok dengan tudung sekali), nak kuar rumah, kadang-kadang tu tak sibuk pun, kul 1 dah balik. Macam buang masa jerrr.. (Buang karan pun ya jugak!)
Di tempat lama dulu, 10 tahun dulu, kami pernah fight dengan management untuk dapatkan Sabtu off dengan menambah sedikit masa pada hari lain dan ternyata memang best sangat sebab ada banyak aktiviti boleh dibuat bermula petang Jumaat atau pagi Sabtu.
Contoh simple:
- boleh pegi pasar so Ahad leh rehat dan buat keja rumah yang lain
- boleh terus balik kampung sbb 2 hari off
- hadiri mesyuarat atau aktiviti sosial yang lain
Sekarang?
Aku masih tertekan sampai hilang mood nak buat aktiviti di hari Sabtu, kecuali terpaksa. Walaupun masih boleh mula sebelah petang, tapi tetap rasa terkejar. So aku banyak duduk rumah puaskan hati sendiri dan rehat.
Rutin aku jadi berterabur. Sungguh tidak suka..! Sungguh tidak suka..!
~...SERI BULAN juga tidak mengulang makan Rendang Raya kerana buluh lemang sudah menjadi kayu api buat memanggang ikan keli...~
betul tu kak, tp kitaorng lak walau hakikat cuti ari sabtu, tp kebanyakkan kena keja gak. katanya OT tp x pernah senang nk dpt claim. redha jer lah
ReplyDeleteEELOBOR > Kalu dikira OT ok la skit, ada gak masyuknya..:)
ReplyDeleteMemang rasa buang karan dan buang masa kerja hari Sabtu kan??? Setengah hari - macam tak buat apa2... :)
ReplyDeleteAhad ni... jadi tak???
suka muka! Kerja! Kerja! :P
ReplyDeleteAzie
ReplyDeleteI paham jeritan batin you berdasarkan pada pengalaman sendiri.
Semua tu makcik tinggalkan 3 tahun lalu.Sekarang boleh blog 24/7.Dunia rasa macam ana yang punya.
ReplyDeleteAA.. saya faham perasaan awak kerana kerja hari sabtu juga merupakan budaya kerja syarikat kami. Dulu saya pun tidak boleh terima kerja hari sabtu, tambahan pula kerja sepenuh hari sabtu. Rakan2 di jabatan lain pada hari Jumaat dah hilang melancung ,balik kampung dan sebagainya. Kami hari Sabtu sampai kesenja masih berada dipejabat. Tapi kami lama kelamaan budaya itu saya boleh terima.
ReplyDeleteJadi AA terimalah seadanya dan buat perbandingan dengan mereka yang teraksa kerja pada hari Ahad pula....he...
betul tu kak Azie..
ReplyDeletedulu kompeni Vic pun half day sabtu..
Tapi semasa kegawatan ekonomi tahun 2008, kami telah mencadangkan supaya sabtu off day manakala 1/2 jam ditambahkan setiap hari pada hari biasa... (klu sblm ni balik kul 5, skang balik 5.30).
Kesannya, dapat jimatkan bil letrik kompeni, sebab bahagian ofis yg kerja sabtu bukanlah kerja sgt pun. Hanya memenuhi kehendak kompeni je. Membazir letrik je kalau kerja sbb pakai aircond, lampu, microwave, boiler, water heater.....
Salam,
ReplyDeleteHanya ada 2 cara sahaja;
1. Terima: maknanya kena ubahsuai minda sendiri. Kena cari juga alasan untuk pujuk hati sendiri dan redhakan diri.
2. Tolak: maknanya, dah boleh start cari keja lain.
Kat mana-manapun kita keja, bukan 100% budaya, environment dan suasana sesuai dengan kita. Belum campur lagi perangai semua orang, boss termasuk tukang cuci...
Jadi cikgu sekarang pun...sabtu kena datang...walaupun cuti..ada saja aktiviti dan program..
ReplyDeleteDulu orang kata..kerja cikgu senang..sabtu pun cuti..tapi sekarang ..jabatan lain cuti, cikgu kena datang sekolah....
memang sakit hati bila cuti kena datang sekolah...
sob sob....kite dah nak dkt 2 tahun keje sabtu. mmg buang karan. tak suke! tak suke!
ReplyDeleteTerimakasih AA utk ucapan dan doa
ReplyDeletekalo tak suka, gi cari keje kat tempat lain..!!! ( dulu2 salu cakap macam ni kat staff... muahahahaa )
ReplyDeleteZureen pun tak suka kerja hari sabtu sbb sekerat hari jer..
ReplyDelete