Thursday, September 2, 2010

Ramadhan: Aku cuba nak jadi pekerja yang baik: Macam lawak jer...

Rata-rata minggu depan pasti semakin ramai yang dah mula bercuti panjang untuk menyambut Lebaran. Minggu ini aku tak fikir ramai yang dah mula bercuti. Kebanyakan minggu depan mesti mula bercuti selewat pun hari terakhir persekolahan sehingga cuti umum Hari Malaysia.

Aku? Borang cuti pun tak isi lagi. Dan aku cuma apply 1 hari sahaja. Ya, sehari sahaja, 30 Ramadhan, tapi dapat 4 hari. Cukup tak? Memanglah tak cukup. Isnin 13hb, aku sudah masuk kerja semula. Tak boleh amik banyak, sebab semua umat, semua yg berada di department aku dah booking sampai 19hb dan masing2 akan masuk pada 20hb. Perhhh lama tu. Nanti aku sensorang jer yang kerja (macam giler jerrr....).

Takper, biarlah aku beralah, lagipun aku cuma beraya di KL dan N9 sahaja. No big plan. Ada sesapa yang nak pelawa aku beraya? Sila jemput AA yerrr...

Terimakasih kepada semua rakan-rakan blogger yang sudah mula mengirim kad raya maya. Aku belum lagi, sebab yang testing dulu tu, aku tak edit pun lagi. Nanti belasah pos yang itu jelah... Yang penting ingatan.

Ini budak yang paling tak sabar nak berhari raya, sebab dia belum lagi pecah puasa. Penuh setakat hari ini...

Lagu-lagu raya yang berkumandang pagi petang siang malam, subuh senja; sungguh menggoda perasaan...!


~...menyayangi seorang SERI BULAN bukan susah, tetapi untuk menjadi sahabat baik lagi akrab tanpa sempadan, telus tanpa rahsia, tiada siapa boleh menandingi kemenangan HISYAM dalam menanda kertas ujian...~


27 comments:

  1. azie...
    rajin lah awak ni... orang ramai yang amik cuti lama-lama....
    tak per... nanti memang award pekerja rajin datang kerja...

    ReplyDelete
  2. saya pun masuk keje hari isnin tu. huhuhu~~~

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Saya dah balik Bangi selewat-lewatnya hari Selasa. Suasana memang masih lagi lengang minggu tu, jadi...saya akan terjah umah akak comel kita ni hu hu hu ;) Boleh ya?

    ReplyDelete
  4. yesss....cuti pn dah lama di luluskan. 20/9 baru start keja balik.

    ReplyDelete
  5. Salam Azie..

    sama2lah kita beraya di KL. Mungkin Hari Raya kedua kakcik akan ke Melaka dan NS ...

    ReplyDelete
  6. vah vah vah.. rajinnyerr akak AA tewww.. ehehe

    ReplyDelete
  7. BRUTALSOLO > HISYAM tak semestinya kawan Kak Azie, SERI BULAN tak semestinya Kak Azie. :)



    AKAK > rajin terpaksa KAK..

    ReplyDelete
  8. FIDDE > hehehe bekerjalah kiter, sekuatnyaaaaa...!



    ANYSS > Terjah-terjah ni kadang2 nasib baik ada tuan rumah. Kadang2 tuan rumah pun ntah merayap ke mana. hehehehe

    ReplyDelete
  9. CEMOMOI > Apa nak buattttt...


    EELOBOR > seronoklah balik kampung, beraya sakan.

    ReplyDelete
  10. KAK CIK > ya, sesamalah kita bergolek berjoget atas jalanraya nanti. hehehehehe



    EN_ME > rajin dibuat-buat...!

    ReplyDelete
  11. sis...pekerja contohnya,,,,,
    hebat2,,,kalau ayu?...menangis sudah..

    bab open house, raya ke 4 tau..(amik ko....ranc raya kat kl n n9...alih2 kn mai Johor pulak..hahahha) kalau sudi datang...apa salahnya?.....ayu alu-alukan..

    pandainya udak kenit tu....puasa penuhlah tu..betuah kalau anak ayu...ayu masak sodap2...heheh

    ReplyDelete
  12. Hello Azieazah, bila hari raya? I think banyak orang semua balek kampong.
    I really miss visiting my friends during hari raya....
    suak makan ketupat, rendang....admire the SYTs, ha ha, then makan lagi, ha ha.

    You got a great looking kid there. No need to ask where she dapat her very attractive looks.
    Ikut mak dia, *wink*.
    Selamat berpuasa, Azieazah, simpan satu lagu dalam hati, Lee.

    ReplyDelete
  13. alahai...

    berkorban apa saja eh kak..

    Raya ketiga @ keempat saya dah balik raya rumah mak kat sini..

    Nak datang rumah boleh ?

    hehe....

    ReplyDelete
  14. sila masak ketupat dan rendang dlm kuali beso ye...ramai tu request nak mai beraya kat rumah hang :D

    duit raya jgn buat-buat lupa eh :p

    ReplyDelete
  15. RAHAYU > amboiii jawoooh benornya nak pegi jumpa AYU tu. Tapi eh, sapa tahu yer tak? Tetiba jer jengoi.


    UNCLE LEE > Hello UNCLE. Raya, expected10 Sept Friday. Ya, raya memang best makan ketupat, rendang, sate, lemang.. bla bla bla..
    Attractive looks? ayoooo...! U notice that haaarrr...? hikhikhik!

    ReplyDelete
  16. AZRINA > boleh boleh... hehehehe. Takut tuan rumah jer yang tak lekat di rumah plak. Ahaks!



    ECHAH > Kuali aku cuma bleh masuk 3 ekor ayam jer. Tak leh nak besor lagi dahhh.
    Duit raya? Alamak!

    ReplyDelete
  17. salam kak azie, tak per gigih kerja nanti ujung tahun dapat bonus banyak..hihi..

    saya ni orang terpaksa cuti lama sebab kg hb jauhh.. kalau balik kejap rasa tak berbaloi perjalanan yang sari suntuk tuh..

    ReplyDelete
  18. masuk kerja tak semestinya buat kerja, heheh

    ReplyDelete
  19. AANAS > seronoknyer diaaaa... Balik ler lama-lama kasi puas hati. :)


    KUCING OREN yg tak GEMOK sangat pun > Pandaiiii...! Kiter serupaaa...! Ahaks!

    ReplyDelete
  20. Hmmm... kompeni vic memang tutup bermula 9 Sept sampai 16 Sept. 17 Sept 1 hari je kije ari Jumaat. Itu pun ramai yg ambik AL... tapi vic kena datang gak la buat gaji pertengahan bulan.

    Amboi adik tu, badan kecik puasa penuh. Bagus!.. ada abang2 tu dah tua2 pun poser tak penuh.. Shame on them!

    ReplyDelete
  21. VIC > Bestnya dapat cuti lama camtu.
    CHAK tu memang semangat tinggi nak puasa. Tahun lepas pecah 2 hari jer, tahun ni harap-harap 100%.

    ReplyDelete
  22. jom blk raya sama acu kt kedah sana..

    ReplyDelete
  23. AA> kesian awak kena kerja diwaktu orang masih lagi bersuka ria tak pa, kalau semua orang cuti sapa pulak nak bukak pejabat, kena ada orang berkorban. Saya boss paksa cuti start esok sampai khamis lepas raya. Panjang tuuuuuu tapi yang tak bestnya orang rumah tak leh cuti.......

    ReplyDelete
  24. AZMIROY > Takper, saya pun memang dah biasa. Dolu2 saya pernah kerja OT sampai pagi raya.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails