Wednesday, March 28, 2012

“Cina Buta”: Timba kena masuk perigi, Bro...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
27-03-2012



Aku pernah terlintas hendak menulis tentang Cina Buta ni ketika terdengar perbualan 2 orang lelaki tentang kes ini. Kemudian tidak tertulis pun kerana tidak tahu bagaimana nak mulakan citer. Then terus terlupa pula.

Sehinggalah, TV9 menayangkan drama melalui siri Ratu bertajuk “Bukan Untukmu” yang mengisahkan sepasang suami isteri telah bercerai talak tiga (tak sengaja kata si suami). Walaupun masih kuat rasa kasih dan cinta, juga kerana anak-anak yang masih kecil, tiada jalan lagi untuk mereka kembali sebagai suami isteri kecuali Cina Buta.



Mula-mula malas betul nak tengok sebab ada si MEMEY nih. Tapi bila masuk episod 2, macam best plak.

Drama ini elok ditonton kerana ada mesej berguna — walaupun ada amaran untuk mereka yang berumur 13 tahun ke atas dan perlukan bimbingan orang tua. Drama terbitan Suhan Movies (Rosyam Noor).

Tidak tahu apa kesudahan kisah mereka kerana drama ni baru saja bermula beberapa episod. Seminggu 2 kali. Isnin dan Selasa, setiap 8.30 malam di TV9.

Apa yang aku dengar pula dari perbualan dua orang lelaki adalah lebih jelas lagi. Kelakar pun ada. Jika dalam drama itu, dipaparkan si suami lakunan AKO itu sangat jahil dan naif pasal hukum agama berkaitan perkahwinan, perbualan lelaki berdua itu lebih kurang begitu juga.

Cemana aku bleh dengar? Masa itu (bulan lepas) aku dalam bas ekspress tiket terakhir menuju Utara. Tengah malam. Memang suka amik seat depan sekali. So aku duduk betul-betul belakang driver. Single seat. Driver memandu ditemani seorang lelaki. Assistant dia ler kot, tapi tak pakai umiform pun.

Dari gaya sembang, depa berdua ni memang serasi dan nampak berkawan baik. Dan terbukalah citer pembantu dia — yang suka sembang gaya rock “lu–gua” — sudah bercerai dengan isterinya, bertalak tiga.

Si pemandu yang dipanggil “Bro” itu, kelihatan lebih dewasa dan bijak berkata-kata. Dalam gelap malam, tak nampak pun muka berdua ni. Dan depa pun tentu tak nampak muka aku.

Si lelaki mengadu kepada Bro, dia nak rujuk semula dengan isterinya walau apa pun terjadi. Banyaklah alasan dia. Terutama tentang tak sengaja cerai, masih sayang dan juga kerana anak. Tapi yang aku faham, anak pun dia tak pernah bela. Sehingga anak tu dah berusia 7 tahun baru dia pegi jengah. Sempat gak si Bro tu “tembak”: “Lu memang bapa yang bagus aarrr... Lu bleh tinggal anak bertahun macam tuh eh?”

Aku dengar, sengih saja. Pura-pura pejam, supaya tak kelihatan sebenarnya aku memang pasang telinga. Seronok lak dengar orang jantan sembang bab rumahtangga, cerai berai, anak-anak dan tanggungjawab.

Sembang berlarutan berjam lamanya. Dan isu Cina Buta timbul bila si lelaki nak cuba cari seorang lelaki untuk kahwin dengan janda dia.

Si Bro pun nasihatkan dia, cara tu tak baik. Paksa janda kahwin tapi pompuan tu lum tentu rela lagi (sama ler macam dalam drama tuh, siap nak upah budak despatch pejabat yang lurus bendul jadi Cina Buta).

Part yang aku nak tergelak bila si Bro cakap:
“Lu kena ingat bro, bila depa kahwin ‘timba kena masuk perigi’ Bro.” Aku terus dapat tangkap. Bahasa kiasan tu depa sama-sama faham.

Si lelaki — yg duduk di lantai bas, tepi driver, betul-betul tepi kaki aku — kelihatan terkejut. Siap tepuk dahi dan baling topi ke lantai. Hahahahaha!

“Mana bleh Bro! Gua tak bleh terima Bro!” bentaknya. Nampak benor jahil ayat dia tuh, kan?

“Betul. Ini hukum. Cemana pun, timba kena juga masuk perigi, Bro.” Tekan lagi si pemandu, serius.

“Ohhh tak bleh! Tak bleh Bro. Itu barang gua punya, Bro!” Part ayat ni memang aku tak bleh tahan. Tekup mulut sendiri takut terbabas plak gelak besau aku!

Kalu itu barang lu punya, apasal lu tak jaga betul-betul dulu? > ni ayat dalam hati aku jer. hikhikhik!

Ada lagi la yang depa sembang. Konon nak bawak nikah di Siam la, dah ada pak sanggup la... macam-macam. Tak ingat dah aku.

Moral of the story: perkahwinan memang suci, jangan dicemarkan dengan panas baran dan ego semata. Sebab bila dah jadi camni, menyesal.

Jika tak pasti sesuatu, bertanyalah pada yang arif. Ustaz ramai ada, tanya saja.

Aku sendiri tak bleh jawab bila anak aku tanya, kenapa Cina? kenapa buta? Nak relate kat mana tuh?


Gambar sekadar hiasan.
MyAnak Menakan; ZARUL HAZMAN ‘SER’ yang bernikah minggu lalu dengan pasangannya NORAIDAH.




~...SERI BULAN sudah lali dengan nakalnya lelaki, sepertimana mereka tidak pernah berhenti untuk menakal juga masak dengan perangai separuh masak sang lelaki seperti mana mereka yang tidak rajin memasak sehingga bertemu HISYAM yang berjaya mengubah rasa mengubah deria lalu mengubahnya menjadi asmara...~










29 comments:

  1. lelaki mahupun suami sepatutnya kena ada ilmu perkahwinan ni bukan suka2 nak kawin je kan..

    ReplyDelete
  2. HUDA:
    Sebab tu, wajib pegi kursus kahwin sebelum nak bernikah. Wajib lulus juga. Setuju, kena ada ilmu.

    ReplyDelete
  3. Haha...u tahan azie? Klau i mmg dh pecah gelak dahh...mcm2 manusia lelaki ni ya :)

    ReplyDelete
  4. Haha...sengih + gelak comei saya baca entry kak azie malam ni..adeh..habis imej innocent saya....

    tengok sat drama tu tadi..tapi takleh tahan lama la dengan si memey tu..*sama la ngan kak azie..

    diorang senang2 nak pakai 'cina buta'...kepala hotak betul kan..sapa suruh senang2 nak temper bagi ayat sakti tu...hmmm

    ReplyDelete
  5. SANIAH:
    Tahan tak tahan, seksa jugak la I menahannya. Keraih keraih perut I tau! hahahahaha




    AYU:
    Drama tu boleh jadi tauladan terutama kepada kaum lelaki. Jangan ikut nafsu, jangan ikut ego. Banyak rugi dari untung.

    ReplyDelete
  6. K.Azie, 18sx nih... Ha haa. Lawak!

    ReplyDelete
  7. JUMA:
    Lawak tapi itulah realitinya. Hahahaha!

    ReplyDelete
  8. Agaknya dulu2 depa guna Cina yang buta matanya untuk jadi pak sanggup. ;-)

    ReplyDelete
  9. KAKCIK:
    Lojik gak andaian Kakcik tu... hmmmm

    ReplyDelete
  10. betul tu Azie, apa relatenya cina dan buta dalam kes cerai cam ni kan...

    cina buta - menamatkan ego lelaki yg terlajak kata!

    ReplyDelete
  11. KAK ROSE:
    Alangkah bagus pula dalam kes sebegini, dapat suami baru yang jauh lebih baik dari yang pertama. Dan mereka hidup aman bahagia.

    ReplyDelete
  12. Kak Azie kita serupa ler.. tak suka kalau si Memey berlakon..hehehehe. Tapi sebab Kak Azie kata kena tengok, maka terpaksa ler Nida tengok..hehe.

    Laa ni Nida tengah layan cerita Dingin Lavenda (melalui youtube).... belum khatam lagi.

    ReplyDelete
  13. Hehehe

    China buta ni masyarakat melayu saja istilahkan..
    Dalam fekah di sebut muhallil, iaitu yang menghalalkan
    Nikah...

    Bukan senang bercina buta, betul la bro tu ckp..
    Timba kena masuk perigi baru sah. Hahaha.. Padan muka..

    ReplyDelete
  14. Salam,

    Curi dengar ek....tapi kalau dah buat dekat kita nak buat mcmmanakan!

    Tak seronoklah bila dia tak tenguk anakkan? alih2 nak lagi 'haknya'
    kan kan.

    ReplyDelete
  15. lucu pula baca entri nie..hehehee
    tp dalam lucu ada pengajaran nye :)

    ReplyDelete
  16. Saya baca kisah ni pun nak tergelak..;P

    Tapi kan, saya pun tak pasti, kalaulah betul2 org guna style Cina Buta ni, memang kena 'bersama' ke, baru sah hukum cina buta tu? Maksud saya, kalau just kawin aja, tanpa 'bersama', tak sah ke?

    ps: akak suka skodeng dengar org cakap yeerrrrrrrrrrrr dalam bas, purak2 tido! hahaha

    ReplyDelete
  17. Saya senyum2 sorang baca citer ni.

    Mesti lebih seronok dari menonton video di bas tu kalau pun ada video.

    ReplyDelete
  18. Itu pi kursus ka tidak tu masa nak kawin dulu, haisy..

    ReplyDelete
  19. drama tu memang best
    tapi yang buat sikit spoil tu sebab ada Memey

    ReplyDelete
  20. kihkihkih..
    kiasan tang timba kena masuk perigi tu yg takbley taan nak gelak tu

    ReplyDelete
  21. NIDA:
    Hehehe sorang lagi. Janganlah gitu yang. Kesian pelakun tuh.
    Kat Msia, drama Dingin Lavendar dah lama habis. Drama tu best.



    DERU OMBAK:
    Betul tu Kak. Dalam drama tu pun, istilah “muhallil” yang digunakan. Bab hukum itu memang jelas.

    ReplyDelete
  22. MAMA JU:
    Curi dengar dan curi salin cerita plak tu. hehehe
    Ini jenis jantan yang pentingkan diri sendiri, Mama.



    ACU:
    Kak Azie pun sampai keraih perut punya dok gelak.




    DADDY ZIYYAD:
    Apa yang Kak Azie faham, wajib bersama baru sah muhallilnya.
    Pada pendapat Kak Azie la, dgn hubungan itu mungkin akan mengekalkan rumahtangga itu dan bukanlah niat kahwin itu semata-mata untuk bercerai pula. Wallahualam.

    ReplyDelete
  23. YUNUS BADAWI:
    Bas express yang pakai tiket tiket ni, jarang ada video. Kecuali bas express persiaran untuk melancung.



    DINAS ALDI:
    Zaman dia mungkin tak wajib kot kursus kahwin ni. Dan mungkin dia tak pegi la gamaknya.

    ReplyDelete
  24. PB:
    Sorang lagi yang “anti Memey”. Heheheh calit sket!



    HANI:
    Saya tulis pun boleh ulang gelak lagi ni.

    ReplyDelete
  25. Hahahaha...:D ayat timba kena masuk perigi tu buat saya gelak guling2... Tau takut 'barang' dia kena amik...hehehe

    Cantiklah baju akak, sy klau warna macam tu panggil warna pink belacan...hikhikhik... sweeet sgt! Tudung pun cantik! sukalah :)

    ReplyDelete
  26. MARYA YUSOF:
    Kak Azie pun dah jenuh guling2 gelak. hehehehe

    Thanks. Baju tu baju raya lama.

    ReplyDelete
  27. Tak menjadi masalah kini..pak sanggup, yg nak disanggup pun boleh didapati di Cina Buta - http://www.cinabuta.com

    ReplyDelete
  28. Siapa memerluka perkhidmatan cina buta yg murah wassup ke 0166815851

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails