السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
18-03-2012
Ahad
18-03-2012
Aku ingin merakam majlis walimatulurus MyAnak Menakan yang berlangsung pada awal cuti sekolah, 10 Mac lalu. Berlangsung di Dewan Merdeka, Parit Buntar, merupakan kenduri kali kedua bagi keluarga MyKak Yang. Kali pertama dulu, memang dibuat di rumah dan kali kedua dibuat di dewan atas beberapa sebab bagi memudahkan semua pihak. Syukur, dewan dapat ditempah pada tarikh tersebut kerana kebetulan ada penempah lain menarik diri pada tarikh itu.
Dengan tema Songket & Melayu Lama, famili MyKak Yang memilih warna kuning sebagai warna tuan rumah. Aku sendiri mendapat sepasang kain dan menjadi orang pertama siap tempah sebab My Manager yang jahitkan untuk aku.
Jom layan gambar.
Pandangan dari sudut meja hidangan sampingan. Selain dari menu utama, tuan rumah juga menyediakan menu Laksa dan Rojak Buah yang kami sediakan sendiri secara bergotong-royong.
Selaku Mak Inang, aku dan sorang lagi MyKakak jadi ketua rombongan dayang-dayang mengiring ketibaan mempelai ke pentas pelamin.
Persembahan silat di hadapan mempelai, adalah pelajar sekolah rendah di mana bapa pengantin perempuan adalah gurubesarnya.
Selepas selesai majlis. Untungnya majlis di dewan, tuan rumah tidak perlu berpeluh-peluh nak kemas khemah dan kerusi meja, kerana semua urusan termasuk dalam pakej sewaan.
Shooting luar untuk mempelai. Inang-inang juga tumpang glamer. Lokasi di Ban Pecah yang cuma 5 minit dari rumah My Bonda tapi dari Parit Buntar kira-kira 30 minit.
Kami beruntung juga kerana pada hari majlis, cuaca terang benderang hingga muncul jalur jingga yang indah di garisan lautan, sedangkan sehari sebelum hujan lebat hingga ke malam.
Lagi gambar di FB aku dan juga FB MyAnak Menakan, blogger CIKINTO.
~...HISYAM sudah mula memasang hasrat untuk kembali menulis surat untuk dihantar ke bawah tempurung di hujung ampaian kerana sedar SERI BULAN juga kelihatan sudah tidak tentu arah makan-minum dan tidur-baringnya kerana tempurung bagai reput dimakan cuaca yang semakin tidak menentu...~
Salam AA
ReplyDeleteTahniah1
Cantik pakai baju kuning berselempang. sapa punya idea? jarang rakyat buat mcm tu.
Sangat indah pandangan berlatar belakang laut itu.
ReplyDeleteMAMA JU:
ReplyDeleteSemua idea dari keluarga My Kakak, esp pengantin tu sendiri. Memang nampak menarik, kan?
KAK CIK:
Jalur senja tu yang sangat menarik. Memang sengaja menanti senja indah tu.+
Kak AZie nampak sangat awesome dengan memakai baju kuning.... ni Nida puji ikhlas tau :)
ReplyDeletemeriah nye...macam perkahwinan Di Raja :)
ReplyDeletekak azie pakai songket cenggitu, macam dah redi nak joget zapin.. hehe.. lawaaa..
ReplyDeletecantiknya pemandangan. teringin nak pi pantai Parit Buntar pulak :)
ReplyDeletemama ju - idea saya..hehehehhehe :D
ReplyDeletekak, kat Ban Pecah tu tang mana? abang saya kat parit buntaq, tapi tak penah pulak dia habaq ada tempat yang cun macam tu??
ReplyDeleteZAKIYAH:
ReplyDeleteBan Pecah tu dekat area Sg Bharu, Bt 11 Tg Piandang. Dari Parit Buntar memang kira-kira 30-40 minit memandu. Ada sign board boleh nampak, mudah utk ke situ.
Parit Buntar Memang Best ..heeee...
ReplyDeletewww.hasrulhassan.com