Saturday, March 3, 2012

Perubahan Budaya Kerja: Jadi Diri Sendiri...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtu
03-03-2012


Agak lewat untuk respons dan BW, kerana kesibukan yang ntah apa-apa. Dicampur aduk dengan tekanan dari atas-bawah kiri-kanan dan depan-belakang. Alhamdulillah, segalanya beransur pulih dan boleh normal. Normal seorang “nothing special”.

Terasa macam banyak benda nak citer, tapi taktau nak mula dari mana. Bukan penting sangat pun.

Lihat atas. Perkara pertama, header baru untuk bulan Mac. Sekarang ni, aku cuba rajinkan diri untuk tukar header setiap bulan. Stok header baru kena ada bila ada mood dan ada masa nak buat. Setakat ni, utk April dah siap dah. Reka sendiri, belasah buat jer. Cantik tak cantik, takmo fikir. Asal tukar, tak ler jemu sangat.

Terimakasih ucapan di entri sebelum. Memang aku menyambung kerja di pejabat induk sekarang. Ada yang tanya, cemana kalu ada rakan sekerja yang baca blog ni? Yeahh... setakat yang aku tahu, takda sorang pun staf di tempat kerja yang tahu aku ada blog. FB pun aku tak penah bagi.

Andai ada yang terbaca, tiada apa yang dapat mengubah keadaan. Sebab itu aku berani menulis secara terangan selepas mereka pergi dan aku mula di pejabat induk. Walaupun aku tak rasa salah di mana-mana, tetapi sepanjang tempoh notis, aku cuba untuk menjaga hubungan kami sebagai rakan setugas. Tentulah ada yang terasa nanti, kerana aku yang baru berkhidmat belum sampai 2 tahun mendapat tawaran sedangkan depa dan servis 10 tahun semuanya diarah berhenti. Macam tak adil, kan? Tapi keputusan pihak atasan pasti ada sebabnya. Yang aku sendiri tak pasti. Cuma aku diberitahu, pemilihan adalah berdasarkan “performance & reputation” (cewahhh macam proud sendirik jer?)

Kepercayaan pihak majikan tentulah sesuatu yang harus dijaga berterusan dan berkekalan, kan? Lalu aku harus terus menjadi diri aku. Tiada isu politik atau bodek atau hipokrit. Lagipun aku bukan ada sorang Bos saja. Aku buat 3 kerja serentak sekarang, di 3 tempat berlainan, dan aku ada 3 orang Bos! (belum kira diri sendiri jadi Bos, sebab jual Tart Nenas & Kek Kukus). Tak susah jika kita kekal menjadi diri kita dalam menjalankan sesuatu tanggungjawab dan komitment.

Kepada kawan-kawan aku yang memulakan kerjaya di tempat lain, semoga terus sukses dan belajar sesuatu dari kejadian ini. Berhenti di sini bukan bermakna akhir sebuah kerjaya, tapi pasti akan memberikan motivasi untuk berusaha lebih gigih supaya tidak berulang lagi. Jangan diulang lagi budaya kerja yang lama.

Berbesar hati kami berpisah tanpa sebarang perbalahan atau bermasam muka. Semuanya seperti biasa (kecuali aku tidak pasti sekarang, andai mereka tahu perkara sebenar sekarang ini).

Terimakasih tidak terhingga kerana sudi mengajar aku banyak perkara sepanjang menjadi teman sekerja.

Juga, atas kenangan ini:

Sayu juga menerima hadiah kecil penuh makna ini dari salah seorang dari mereka.


Brooch PURPLE ini pasti menjadi kenangan manis...

Melihat segalanya sebagai positif, aku sangat berharap kami masing-masing akan terus maju dalam kerjaya walaupun bukan lagi menjadi satu team.




~...HISYAM tidak pernah merasa perlu memberikan kritikan selagi dia yakin SERI BULAN seorang wanita cekal gigih, kerana apa yang menjadi semangat jati dirinya adalah kerana dia memiliki seorang sahabat kamcing bukan kambing bernama HISYAM...~










5 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Alhamdulillah, Allah yang tentukan setiap rezeki hambaNya. Bila Dia yang beri rezeki, tiada tangan mampu menariknya...Bila Dia mengatakan bukan rezeki kita, tiada tangan lain mampu menghimpunnya untuk kita...

    Tahniah!

    ReplyDelete
  2. Tahniah dan selamat menjalankan tugas Azie. :)

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Selamat Maju Jaya drpd LF dan isteri

    ReplyDelete
  4. kompeni buat retrenchment ke kak azie? Yang produktif pasti terselamat. Tahniah Kak Azie.

    ReplyDelete
  5. sy juga pernah merasai sebagaimana kak azie rasa.. cam kak azie gak.. cuba sedaya yg mungkin menjadi diri sendiri... :)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails