السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
21-03-2012
Rabu
21-03-2012
Kata orang, perkahwinan akan diuji pada 3 Fasa.
Fasa 1: pada usia perkahwinan di bawah 5 tahun.
Fasa 2: ketika melepasi 5 tahun menghampiri 9 tahun.
Fasa 3: perkahwinan sudah 15–20 tahun.
Betul ker? Itu yang aku dengar. Sekadar andaian berdasarkan beberapa contoh, barangkali.
Lain rumah lain tangga dan bumbungnya. Lain juga pinggan mangkuk dan periuk belanganya. Ada orang periuknya sampai bertingkat 2,3 dan 4. Bagi yang tak mampu, atau nak buktikan diri memang setia cukuplah dengan periuk nan satu. Biar sopek, biar kemek, itulah periuk kesayangan.
(*sampai hati Azie, samakan isteri macam periuk. Jangan risau, periuk itu adalah Azie sendiri. Periuk belanga tanah yang gempal. Hahahahaha....!)
Kenapa mesti nak bercerai? Banyak teka-teki. Jawab betul pun bukan ada hadiah. Silap-silap dapat dosa. Alasan tentulah banyak menjurus menyalahkan pasangan masing-masing.
Kenapa tidak melihat sejenak ke belakang, 5,6 tahun dulu or 10,12 tahun dulu. Zaman gumbira ria bahagia lagi ceria. Zaman sama-sama meraikan pelbagai agenda gembira anak-anak. Saat berpuasa bersama, saat gi terawih bersama mungkin, paling indah dikenang saat beraya bersama. Takkan lupa kot.
Sapa yang tak diuji. Sabar dan sabar. Macam mudah jer nak sebut. Tapi kenalah buat juga. Beratkan kepada yang positif dari nak ikut kata hati yang negatif. Pastu nak hukum laki dek beberapa kesilapan dan kekilafan. Diri kita sendiri pun belum tentu terbaik dan sempurna lagi.
Yang menjadi pihak ketiga — samada kawan menghasut atau si jantan yang masuk daun — tolong main jawoh-jawoh skit. Tak kesian ker orang tu dengan anak-anak dia? Fikirlah.
Andai terjadi juga, jangan tipu diri sendiri. Pasti akan ada kesal. Bak kata gangster sorang tu “baru kau tau erti penyesalan!”
Ramai lagi yang lebih tidak bernasib baik. Jangan kasi pening orang pejabat agama. Kes menimbun. Buat letih jer nak ke sana sini isi borang.

Orang yang tak mahu selesai masalah, tu orang yang ego.
Sampai suatu saat kita pasti akan tinggal bersendirian juga. Jadi jangan nak buat sebelum waktunya. Hargai hidup dan hargai orang sekeliling. InsyaAllah bahagia!
Cuma jika sudah ditakdirkan jodoh sampai situ, jangan bermusuh. Takdir jangan disalahkan.
Cuma jika sudah ditakdirkan jodoh sampai situ, jangan bermusuh. Takdir jangan disalahkan.
~...ramai rupanya masih tidak tahu HISYAM pernah beristeri suatu ketika semasa menetap lama di negara bermusim empat yang tiada parit tiada telaga, dan SERI BULAN terus kukuh menjaga rahsia kerana sentiasa mengingat kembali janji HISYAM untuk kembali menjengah musim yang empat itu samada untuk berbulan madu atau berbintang satu...~
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTak nak ingat saat manis bersama pun tak apa, ingatlah anak-anak. mereka sangat-sangat perlukan role model untuk jadi ikutan
Setlah mencuba segala...barulah boleh redha
takut apabila membaca entri sebegini....
ReplyDeleteSalam AA, walau pun diulas dengan bersahaja namun penuh dengan pengajaran terhadap menimbang-timbang ego terhadap diri sendiri...
ReplyDeleteFasa perkahwinan Ratna ialah yang ke-3 yakni sudah melewati 22 tahun jangkauannya... gimana pun amat setuju dengan ayat-ulasan AA yang berjaya menyeliuhkan lagi buah pandangan Ratna yaitu "lain rumah lain tangga dan bumbungnya, lain juga pinggan mangkuk dan periuk belanganya..." namun AA perkahwinan nan tulen lagi setia ialah bergantung kepada si sang suami yaitu pehak lelaki karena merekalah 98% punca-pusatnya yang pandai memandai mengubah suai sebuah perkahwinan itu... sudah terbukti dengan segala bagai contoh! dan dijaman moderan lagi canggih ini tipu menipu secara berbelit ada lah rutin biasa yang diamalkan seperti perkara enteng tanpa berasa bersalah lansong... bukan sahaja menipu dirinya sendiri juga sudah menipu perkahwinannya juga anak-anak zuriatnya yang dikatakan kesayangan...
Sori berlori AA, begitu panjang meleret ayatan Ratna.
Salam manis manis madu.
owh, sudah memasuki fasa kedua rupanya saya...
ReplyDeletebenar kak azie, pernah merasa 'gegar' di fasa pertama,
alhamdulillah, kita yang diduga ini adalah org yang terpilih sebenarnya.....untuk kita membina ke arah yang lebih baik.
lain rumah, lain bumbung, kalau bumbung bocor harus dibaiki..
**bukan beli rumah baru, eheheh.
wallahualam.
ANYSS:
ReplyDeleteRamai antara kita sendiri sering terlupa bila ditimpa ujian dan dugaan. Lupa diri sebagai ibuayah yang sentiasa diperlukan sebagai contoh kepada anak-anak. Sedih kan?
EELOBOR:
Ambil iktibar mana yang baik.
RATNA si BINTANG JAUH:
ReplyDeleteSaya sentiasa suka dan seronok baca ulasan RATNA. Walau panjang bagai seloka menghibur diri.
Pengalaman kita masing-masing pasti boleh dikongsi dan diharap menjadi teladan mana yang berpatutan.
NAJWA:
Setuju! Nak beli rumah baru pun kena banyak modalnya!
Alahai... kesiannya anak2,cubalah beralah diantara satu sama lain,sama2 rugi tak ada yang untung.
ReplyDeleteDah lebih fasa ketiga rupanya kak Zai hehehe...
KAK ZAITUN:
ReplyDeleteSama ler kita. Fasa ke-3 juga.
Dalam banyak hal, anak-anak adalah kunci yang menjadi pengikat. Jangan ikut hati, mati jadinya.
moga kita bahagia dengan pasangan masing2..
ReplyDeletedoakan y baik2 u kami ya kak..
AYU:
ReplyDeleteInsyaAllah.. aminnnn.
Sudah pasti bersama mendoakan.
kadang2 tak mahu fikir benda2 negatif macam ni.Moga kehidupan yus sekeluarga baik2 saja...amin
ReplyDeleteYUS:
ReplyDeleteAdakala kita tak fikir, tapi anasir negatif tu datang tanpa kita sedar.
Salam AA
ReplyDeleteMoga bahagia.
Agak2 kenapa AA timbulkan isu ni ya?
Bagus juga , utk renubgan.
Tadi ke Polpular dkt rumah, ya Allah byknya novel dan buku agama baru2, tak tau mana nak pilih!
Nampaknya penulis2 baru berbakat sekali, mcm2 nama ada.
isu menarik...renung2kan dan selamat beramal :)
ReplyDeleteMAMA JU:
ReplyDeleteBuat renungan bersama, kebetulan saya baru baca kisah orang nak bercerai.
Sekarang ni banyak sekali tulisan dan hasil karya penulis generasi baru yang sangat bagus.
KARUKORD:
yea Pro Izzi. hehehe
bagi yg baru nak meneroka alam rumahtangga.. pasti fobia bile membaca kisah perceraian.. huhuhuhu...
ReplyDeleteKakak dah masuk fasa tiga yg AA listkan. Bila baca N3 ini terjentik juga hati kakak. Mengharap yg terbaik sebelum nyawa dijemput Izrael..
ReplyDeletePerceraian itu dibenarkan olehNya tetapi bergoyang tiang arasy setiap kali talaq dilafazkan...
dalam rumah tangga. ujian pasti datang.. tak dtg selalu, sekali sekala pastinya ada.. tp seboleh mungkin, perceraian cuba dielak sejauh mungkin.. semoga Allah sentiasa menyelamatkan rumahtangga kita2 semua sehingga ke akhirnya..
ReplyDeletemg Allah memberkati dan melindungi rumahtangga yang dibina ,moga jodoh kita2 semua hingga hjg nyawa..
ReplyDeletegegar sana gegar sini tu adat la kan kak azie... setiap kali gegar, kenang balik, niat masa nak bernikah dulu..
ReplyDeletetapi kalao sokmo gegar, lama2 punoh jugok..
mintah Allah pelihara rumahtangga kita semua hingga akhir hayat...
sudah merasa ujian maha hebat di fasa ke 2. alhamdulillah berjaya mengharunginya...
ReplyDeletehmmm...
ReplyDeletebuat saya takut nak kawin~
LADYBIRD:
ReplyDeleteTiada apa yg nak ditakutkan jika kita menyiapkan diri kita secara betul dan keyakinan yang kukuh. Semangat dan matlamat kena tetap dan pasti. Jangan mudah goyah.
KAK ZAKIE:
Benar Kak. Saya pun dah masuk Fasa 3 juga kak. Kita sama-sama tahu apa yang kita hadapi, dan tetap sabar dgn apa yang kita lalui. Semua tu menguatkan diri kita.
HANIS AZLA:
ReplyDeleteAda banyak cara yg kita boleh buat untuk kekal bahagia dan bersedia dgn setiap ujian. Kita sama-sama tahu.
IZAN MAMA MIA:
Aminnnn.. Begitulah juga kita semua mengharapkan.
ANAA:
Betullah tu. Kalu dah hari-hari bertekak tak boleh selesai, eloklah berpisah setelah segala usaha tidak lagi memberikan hasil.
KAKNGAH:
ReplyDeleteTahniah. Begitulah adat orang ada rumah dan ada tangga.
GADISBUNGA:
Jangan begitu dear. Setiap orang itu sudah ditentukan jodohnya.