Tuesday, March 6, 2012

Kerjaya: Walaupun Aku Memang Sudah Tua...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalata
06-03-2012


Sejak aku tinggal sorang di Lantai Dua, dan terpaksa takeover kerja orang yang telah pergi, tekanan sedikit tinggi, tapi masih dalam kawalan yang cukup baik dan tenang. Lebih teruk dari ini pun aku dah pernah rasa dulu.

Seperti yang dapat aku agak, pasti akan ada citer-citer di belakang timbul bila tiba masa. Samada lantai, dinding dan kerusi meja boleh bercakap, aku rasa mungkin juga blog aku sudah dapat dikesan oleh mereka. Sebab itu aku menulis selepas 29 Feb. Jika aku menulis segala perkara sebelum mereka pergi, pasti akan lebih kecoh lagi jika mereka terbaca. Hati kengkawan kena jaga. Soal mereka diarah berhenti adalah soal mereka dengan majikan. Aku tak tahu banyak, malah amatlah di luar bidang kuasa sesiapapun kecuali BOS sahaja.

Sejak 1 Mac sehingga semalam, macam-macam cerita timbul. Tentulah melalui sms dan calls. Pertanyaan kenapa aku yang masih dikira baru (paling tua plak tuh antara kami) yang dikekalkan “dipilih Bos” menjadi soalan popular. Tiada siapa mahu menjawab tepat. Jawapan tentu ada pada Bos sendiri.

Myself? Terus buat kerja atas nama seorang pekerja. Semua kerja mereka yang masih ada tertinggal, aku harus selesaikan sebaik mungkin. Aku terus menjadi diri aku. Kerja dengan cara tersendiri. Suatu hari nanti, jika ada pesaing atau orang lain yang jauh lebih baik, tak mustahil mungkin aku pulak diarah pergi. Ini adalah lumrah bagi majikan. Dia tak akan simpan pekerja yang tak produktif atau slow productionnya. Jadi jangan salahkan orang lain (dalam kes ini, AKU). Aku pun bukan muda lagi, dah tak kuat macam dulu pun...


******


Aku nak cerita pengalaman bawa bebudak berdua tu di KLCC Ahad kemarin. Memang kami menonton filem Melayu; Adnan Sempit 2. Boleh tahan. Silap tak pilih filem Cinta Kura-Kura. Rupanya terbitan KRU ya? Ohh dengar citer filem ni best. Aku baca di beberapa blog pun memberikan kritikan positif tentang filem ni. Kura-Kura ada kuasa bleh bercakap ya?

Lepas tengok wayang, kami meronda dan singgah di pameran khas Street Smart, anjuran Petronas. Pameran tentang pelbagai perkara di jalanraya dan mendidik masyarakat (terutama kanak-kanak) tentang keselamatan jalanraya.

Gambar banyak sebagai selingan:







Pameran berlangsung sehingga Jun, 2012. Bersebelahan PetroSains, KLCC. Masuk percuma.




~...Pak Utih balik melibas kain cukin di bahu sambil melangkah laju pantas ke rumah ketara marah sehingga melempar batok di tepi tempayan lalu Mak Utih menepi dan menyepi kerana memahami pasti ada cerita buruk lagi dibawa mulut orang tentang anak angkat kesayangannya si SERI BULAN...~










15 comments:

  1. Kita kena ingat bahawa rezeki kita Allah yan tentukan. Jadi bagi mereka yang tidak berpuas hati itu, rezeki mereka mungkin tidak di situ. :)

    ReplyDelete
  2. mulut orang.. mana boleh tutup.. kot mana pun tetap akan 'berbunyi'..

    bersabar la wahai kakak....

    ReplyDelete
  3. alah azie...kalau i jd bos pun sure lah i nak staff yg boleh buat kerja dgn bagus..

    hemm usah dipedulikan cakap2 belakang tu..biasaaa la.
    anyway tahniah utk u..dan jgn laaa kata tua..uhukkk tersedak i..

    takecare u.. :)

    ReplyDelete
  4. street smart memang terbaik kan, kita masa first time masuk pun terus rasa kagum dibuatnya

    ReplyDelete
  5. rasanya cam nak bawak Muaz jugak ler bila dah ada masa terluang nanti....

    ReplyDelete
  6. Salam Azie ...

    Makin tua makin bernilai ok.. :)

    ---------

    Anak2 mmg patut di dedahkan dengan xtvt begini.. :)

    ReplyDelete
  7. layan keja je kak.. toksah lyn mrk2 ada mulut tuh.. smpi bila pun tak abis.. hahaha

    ReplyDelete
  8. Salam

    Tentu ada sbb kenapa bos pilih AA.
    AA hebat di matanya.

    ReplyDelete
  9. ada mamat sorg ni boleh ke dia kata kita org ni mesin tua yang tak laju lagi. eee geram nya klu x ada kita org sesuatu kerja tak akan jln tau.

    pengalaman itu yg penting.

    ReplyDelete
  10. Aging mean experiences. High Value!!!

    ReplyDelete
  11. Dah lama saya tak ke panggung, nak tgk cerita Melayu kat panggung lagilah dah lama tak buat..hahhaa

    Lama lagi rupanya Street Smart tu...boleh lah saya bawak anak saya ke sini

    ReplyDelete
  12. sendiri patut tahu keupayaan sendirila..

    ReplyDelete
  13. Assalam AA..seronnoknya tengok gambar2 dipetrosains..acik memang tak pernah pergi..KLCC pun tak pernah sampai..

    ReplyDelete
  14. Cayalah kak pilihan bos... Pasti ada keistimewaan akak yg tiada pd yg lain... Betul tu kak, the best always win! Pesaing dimana-mana... Kita tak tahu nasib kite kemudian harikan... Have a beautiful day ahead kak :)

    ReplyDelete
  15. sabor je kak ... stiap sesuatu ade hikmahnya....

    Artikel terbaru saya: Dapatkan maklumat berkenaan Jawatan Kosong Kerajaan Terkini disini.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails