Monday, March 26, 2012

Lunch yang tak alone ~ Open TANGLING...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
26-03-2012


Tekanan kerja berada di bawah kawalan. Walaupun terpaksa handle sendiri hampir semua projek di department, itu bukan sebab untuk merungut atau menyerah kalah. Pasti akan ada kekuatan demi kekuatan untuk cabaran ini. Kerja tetap kerja.

Mujur juga kerja-kerja luar semakin menyusut dan aku rasa happy sebab sekarang ni Sabtu Ahad, masa lebih banyak yang terluang. Lepak kat rumah or jalan-jalan pun dah boleh lebih kerap. So sekarang, seronok jer rasa nak plan itu ini untuk budak-budak. Kepala dah malas nak fikir pasal kerja luar sangat. Sekarang adalah masa untuk “menuai hasil”. Ngeh! Ngeh! Ngeh!

Bak kata Faizal Tahir tadi: “Its a good sign”.

Sejak dulu aku “lone ranger” di tempat kerja. Dah tinggal sorang ni, lagilah “alone”. Walaupun kawasan kami lunch tu kawasan yang sama, bila ronda-ronda dalam JJ tu selalulah terjemuh dengan kengkawan sekerja, tapi aku memang tak join. Depa pun dah faham.

Ada masa, tak alone juga bila ada kawan-kawan datang area sini ajak lunch sama. Samada depa memang rajin, atau kekadang ada urusan di kawasan sekitar, kami lunch together-gether.


Pari sebesar 2 tapak tangan. Tak habis pun, aku yang tapau bawak balik.


Aku order Mihun Sup + Ayam Goreng.

Tiap kali ada makan beramai ni, aku selalu teringat port lama makan ikan bakar; TANGLING. Dah lama tak pekena ikan bakar dan Cucur Jagung PakDin TANGLING. Tempat kenangan. Walau semakin jarang berimpun, tapi aku tetap suka nak pegi lagi.

Tempat tak eksklusif sebab tak macam restoren ada aircond, tapi aku berani kata, kena banyak duit juga untuk makan di situ. Memang mahal sebab sudah ada nama dan terkenal. Sentimental value bagi orang yang sudah “membesar” dengan ikan bakar dan Cucur Jagungnya sejak bertahun dulu.

Jom geng! Dengar khabar ada plan terbaru nak gathering di sana. Kena tuntut janji kawan kita yang tangguh plan Open Table bulan lepas. Yang tak tahan panas, simpan duit dan makan kat tempat bersalji. Ahaks!




~...HISYAM memang nakal lalu mengapa mengajak SERI BULAN sama...?~








9 comments:

  1. AZAM:
    Sekali sekala syok juga layan makan over. :)



    QHAIFA NUR:
    Pari bakar kena pandai pilih. Ada kedai yang jual pari yang dibakar terlalu lama, ianya keras!

    ReplyDelete
  2. MUNNAFENDY:
    Dekat area Masjid Negara, belakang Polis Bukit Aman. Berdepan dengan Klinik Tangling, ada suatu kawasan luas tempat makan bawah pokok saja. Tapi memang istimewa buat kami.

    ReplyDelete
  3. DERU OMBAK:
    Kenapa kak?

    ...sangat menggoda?
    ...sangat mengujakan?

    hehehehe

    ReplyDelete
  4. hah dekat ngan masjid negara...?
    bole pegi ni hohohoohooo...

    ReplyDelete
  5. KARUKORD JAGAU’S:
    Yup. Di Jalan Tangling. Berdepan dgn Klinik Tangling. Silakan. Jika jumpa Pak Din, sebut nama saya (Azie KLfm). hehehehe

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails