Thursday, March 22, 2012

Tanpa Lirik, Bagaimana Mata Hendak Melirik Tertarik Kau Memang Debom!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JemAAt
22-02-2012


Dah mula kecoh sana-sini tentang lirik lagu ini. Lagu ni memang tengah top dan popular kerana agak “catchy”!.

Tapi bila diamati liriknya.... hmmm...? hmmmmm?

Lagu nyanyian Kaka (feat Zizan). Sapa Kaka nih? Penyanyi Malaysia ker Indon? Aku tak pernah dengar pun.

Lagu : Bawaku Pergi

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

*Yeti atau disebut juga Big Foot adalah binatang mitos yang dikatakan hidup di pergunungan Himalaya.


Tidak dapat dipastikan sejauh mana lagu ini diperbincangkan, atau tiada sebarang tindakan dari pihak yang sepatutnya. Sebab apa? Tentu ada sebab dan alasan. Setakat ini tak nampak kat mana-mana pun ada keputusan tentang lirik lagu ni. Sekadar blog-blog yang menulis... termasuk aku.

Lirik jadi penting kerana isi cerita di situ. Jika tidak takler dipanggil berdakwah melalui lagu jika tiada lirik yang berdakwah. Begitulah sebaliknya. Faham maksud aku?

Selingan:

Cupbon Bento
Lunch orang lapar, sebab pagi kalut sangat.




~...walau tiada sebarang rengekan atau rayuan ala merajuk dari SERI BULAN, dia sentiasa yakin walau ke mana pun HISYAM akan pergi atau mari, dia pasti ingin SERI BULAN sentiasa berada di sisi, samada sebagai pendorong motivasi atau sebagai si tukang masak nasi...~







10 comments:

  1. woiii...sedapnya lunch tu.. banyak tuuuu..

    ReplyDelete
  2. sedapnye...melantak ni huhuhuhuh ..singgahla blog s jgk...hehehehe

    ReplyDelete
  3. lagu tu tak minat sebab tak tau cerita ...

    lunch tu minat

    ReplyDelete
  4. Panjangnya lirik lagu! Ni cerita orang nak berseronok-seronok keluar negarakah, azieazah? (Ada kata nak bawa buku merah - pasport?). Apa pun, ada macam melencong-lenconglah isinya. Tak berapa sedap didengar. Atau saya tak faham?

    ReplyDelete
  5. As salam Kak AA,

    Ok, tgk portion mknan tu dah tau dah akak lapar... Sy tgk pun lapar ni... ;)

    Tulah kdg2 kite main nyanyi je... ntah ape2 maksudnye kite pun xtau... kdg2 lirik2 yg ade boleh memesongkan akidah tanpa kita sedari... Terima kasih kak... Rasanya smp maksud akak tu pd saya... Ke lain maksud akak ni...hehehee ;)

    ReplyDelete
  6. lagu tu tak tau...tapi tang makan2 tu nmpk sedap huhuuu... ◕‿◕

    ReplyDelete
  7. kena dengar lagu ni..hehe

    Banyaknya makanan tu kak.. habis ke?

    ReplyDelete
  8. AZIAN:
    Memang sedap. Tapi banyak sangat, sampai tak habis.



    FROGOS:
    Memang dah masuk kategori melantak dah ni. hehehehe

    ReplyDelete
  9. CHIK ATT:
    Kak Azie dah kecoh pasal lagu tu, baru perasankan lirik. Selama ni dengar gitu gitu jer.



    Bang TEMUK:
    Benar bang. Part “buku merah” tu memang lah pasport tu. Seolah-olah mendorong remaja lari pulak.

    ReplyDelete
  10. MARYA YUSOFF:
    Begitulah maksud Kak Azie. Ada ketikanya, lirik lagu boleh mendorong ke arah kebaikan. Begitulah juga sebaliknya.




    KARUKORD:
    Makanan tu memang sedap. Mahal pun ya jugak.



    NIDA:
    Memang tak habis pun. Sebab banyak sangat bahannya. Saja nak try, tapi pastu tapau bawak balik.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails