Thursday, March 8, 2012

Azie Azah Bercuti Sehingga Minggu Hadapan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
08-03-2012



Petang ini, aku akan berada di rumah kawan baik family aku di BTHO untuk membantu urusan pernikahan anak sulungnya dijangka pada Jumaat, lepas Asar. So, lepas kerja nanti aku terus ke rumah dia. Ada banyak projek yang kami dah rancang bersama. Ini masa terbaik yang aku boleh berikan, dan masa terbaik untuk kami sekeluarga juga.

Selesai majlis nikah esok, aku akan terus balik ke PB dan bercuti sehingga Ahad. Blog mungkin tidak akan disentuh sepanjang tempoh itu. Harap maklum.



Tapi sembang-sembang di tapak geng Warga Kampung MMS KLfm tuh buat jiwa aku semakin lara!! Wuaaaaaaa....!



**********




Bukan hanya dalam percintaan sahaja, perlukan pengorbanan konon ibarat lilin membakar diri. Kita sebagai insan biasa pun, sering dituntut untuk ikhlas memberikan sedikit pengorbanan terhadap insan lain. Tapi jangan mengungkit ya.

Terimakasih kepada sekalian anda, yang sudi menjengah teratak ini, meninggalkan jejak di laman sehingga terpenyek rumput dipijak, tidak mengapa.

AA akan kembali memeriahkan blog bila segala urusan bersama keluarga selesai dan keadaan kembali tenang dan normal.

Salam buat semua. Kenang daku dalam doamu. Cewahhhh....! > macam ucapan tahun 70-an!




~...bagi yang melihat cinta bukan keutamaan untuk menghuraikan sebuah perhubungan melebihi rasa percaya, istilah asmara atau kasih mesra hampir tidak pernah mendapat tempat bila SERI BULAN berhadapan, atau HISYAM yang sering membelakangi...!~








12 comments:

  1. seronoknya teman awak tu dapat kawan macam u.

    selamat bercuti ye..

    ReplyDelete
  2. Sy pun cuti seminggu. Ade kawen kwn kat Besut. G cuti2 Ganu sekali. Huhuhuhu....napelah sy cuti time bdk2 skolah cuti?

    =(

    Selamat bercuti kak!

    ReplyDelete
  3. tahun 90 an pun saya masih dengar ucapan mcm tu kak! hehehh!

    ReplyDelete
  4. start cuti skolah ni mmg byk jemputan kawin. harap tak le hujan sgt

    ReplyDelete
  5. Selamat mngurusi majlis dan slamat brcuti ..ahaa rehat btl2...nnt balik msti cerita best2 ya..
    O i pun ada ucapan 70an..."daku setia menanti"......amacam? Ok dak? :)

    ReplyDelete
  6. selamat bercuti kak azie...saya pun cuti jugak balik kangpung asben jer..

    ReplyDelete
  7. selamat bercuti kak.. akan ku kenang dirimu dalam doaku.. he..he..

    ReplyDelete
  8. selamat berhibur berlibur bersama keluarga
    saat yang paling seronok kan?

    ReplyDelete
  9. ada taburan bedak tak dekat ucapan kak zie tu..hehehehehe terkonang zaman sekolah ;p

    ReplyDelete
  10. As salam kak zie,

    Selamat bercuti & berjimba-jimba! :)

    Rasanya tahun 90 an saya pernah lg ucapan kenang daku dalam doamu tu...hikhik

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails