Monday, March 19, 2012

“Bukit tu merah sebab tanahnya memang merah...”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin 19-03-2012


Sehari lepas majlis di dewan, kami mengisi hari Ahad dengan menghadiri majlis kenduri di mana MyKak Yang mendapat 5 jemputan pada hari yang sama.

Tapi dari 5 jemputan, kami berjaya pergi hanya 4 jemputan sahaja. Itupun hanya di satu rumah sahaja kami makan nasi, selebihnya kami makan menu sampingan seperti laksa, kerepek dan minum sahaja. Rumah terakhir, kami cuma dihidang air kerana khemah sedang dikemaskan. hehehe

Sudah seperti tradisi keluarga, bila selesai majlis besar begini kami akan pergi jalan-jalan sebagai “berehat”.


Bukit Merah Lake Town Resort kali ini. Tapi kerana cuaca mendung dan hujan renyai, selepas habis jemputan ke-4 baru kami dapat masuk resort tu, maka peluang untuk mandi-manda memang takda laaa. Cukup sekadar jalan-jalan (selepas tukar baju kenduri).



Senarai harga bagi setiap pakej hiburan yang disediakan. Dengar khabar, jika alamat dalam MyKad dalam daerah Krian, dapat potongan harga menarik.




Jeti untuk ke Pulau Orang Utan. Dah lewat petang, baru lepas hujan, memang tiada aktiviti dapat dibuat selain dari jalan-jalan jamu mata. Ada juga pakej sewa basikal (RM5 per hour) tapi jalan yang licin dan masa dah nak senja, tak sesuai. Lain kali la nampaknya.


Fridgemagnet. Ada yang 4 = RM10, ada juga yang 3 = RM10.



Ini saja hasil buruan yang sempat dirembat.


Tapi CHAK dapat jamtangan AngryBird. Huhhh...




~...menatap jeti kukuh yang baru menggantikan jambatan yang dibakar kerana hasad dengki insan yang tidak dikenali, SERI BULAN sering teringat saat pertama kali tiba ke Kampung Separuh Desa, dan jeti sedikit reput lagi bergoyang sehingga mencuakkan hati terus menjadi kenangan...~









5 comments:

  1. Assalam AA..acik pernah jugak kesana..tidur semalam diresortnya tu.
    tapi acik takk nampak pulak tanah yang berwarna merah tu.

    ReplyDelete
  2. kalau cuaca elok agak2 nampak sunset tak situ? :D

    ReplyDelete
  3. Ceria nampaknya semua wajah yg bercuti di situ :)

    ReplyDelete
  4. masa kami tinggal di Penang sering jugak ke Bukit Merah...
    dah duduk KL ni, dah tak pergi lagi...
    Jauh bebenor rasenyer....

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails