السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
07-03-2012
Rabu
07-03-2012
Terimakasih atas kata semangat dan dorongan di entri sebelum. Adakah entri itu agak riak dan angkuh? Aku harap tidak, kerana itu jauh terlintas di fikiran. Bukan semua tulisan kita difahami tepat, tak mustahil disalah ertikan. Tidak mengapa.
Sori Berlori, sudah 4,5 hari saya tidak dapat BW ke banyak blog kengkawan. Segalanya tak sempat. Ada saja kerja luar dan dalam.
Sori Berlori, sudah 4,5 hari saya tidak dapat BW ke banyak blog kengkawan. Segalanya tak sempat. Ada saja kerja luar dan dalam.
Plan terkini, this coming Friday kami plan nak balik ke PB. Balik semua rakyat dan naik bas. Aku dah beli tiket untuk semua orang (semua sekali 12 tickets). Rakyat lain balik pada petang Jumaat dan aku balik lewat beberapa jam kerana siang ada urusan nikah anak kawan aku. Jadi tiket aku berjadual malam hari dan dijangka tiba di PB awal pagi Sabtu. Itu sahaja masa terbaik yang aku boleh berikan untuk menyokong majlis kawan aku di BTHO. Kerana pada hari langsungnya, aku akan berada di majlis MyAnak Menakan pula.
Tapi sehari lepas beli, baru perasan tiket aku hilang. Tak jumpa cari. So petang tadi, aku tak lengah lagi pegi semula ke Pudu Sentral dgn hajat nak beli tiket baru. Lagipun aku boleh ambik seat yang sama. Rupanya... alhamdulillah tiket yang hilang tu rupanya ada di kaunter. Tercicir di Pudu Sentral hari tu. Someone jumpa dan return pada kaunter bas yang berkenaan.
Dialog:
AKU: “Alhamdulillah, jumpa balik. Tak perlu lah saya beli tiket semula. Baiknya hati orang yang jumpa ni.”
GADIS KAUNTER: “Tak la Kak. Orang tu nak jual tiket ni pada kami. Dia minta duit.”
AKU (What? Cisss tarik balik pujian): “Laaa..!”
GADIS KAUNTER: “Tak la Kak. Orang tu nak jual tiket ni pada kami. Dia minta duit.”
AKU (What? Cisss tarik balik pujian): “Laaa..!”
Tapi kerana prosedur syarikat bas tu tak beri duit sembarangan begitu, tiket itu selamat disimpan (4 hari) oleh mereka kerana biasanya, pelanggan akan datang tuntut atau beli baru. Lagipun tiket tu masih valid.
Selesai bab nak balik kampung. Baju jer yang malas nak pack. Adehhh!
Jom sambung layan gambar. Ini gambar lawatan kami ke PETROSAINS, KLCC selepas kami keluar dari pameran Street Smart hari Ahad lalu.
****
Jom sambung layan gambar. Ini gambar lawatan kami ke PETROSAINS, KLCC selepas kami keluar dari pameran Street Smart hari Ahad lalu.
Dengan tiket RM5 untuk kanak-kanak, RM15 untuk dewasa, rasa tak cukup 2 jam berjalan dalam tuh. Memang best sangat! Patut pun bila cuti sekolah, PetroSains selalu habis tiket! Memang best dan berbaloi!
Untuk masuk ke dalam ruang pameran, kita akan naik kerusi gondola, melalui terowong gelap tetapi ditayangkan slide sekeliling, tentang petrolium dan sains sebagai asas kehidupan kita. Gelap terowong, tiada gambar dapat disnap.
Ada model “kapal korek bijih timah”. Boleh gerak dengan tangan sendiri. Bebudak cukup suka. Macam main pondok-pondok plak. CHAK main kapal korek ni nak dekat setengah jam.
Apa ntah nama terowong ni. Lupa plak. Tapi syok! Aku cuba 1 kali, ALIA masuk 2 kali. CHAK masuk 3 kali ulang. Seronok sangat! Kain biru tu adalah sarung, di mana kita kena masuk dlm kain sarung tu sebelum melongsor. Bertujuan melicinkan gelongsoran. Laju! Sapa pi, kena try terowong ni!
Ternyata lawatan ke PetroSains KLCC adalah suatu pengalaman yang sangat menakjubkan, hebat dan berinfomatif. Sangat sesuai untuk anak-anak kita menjelajah dunia sains yang mereka akan kagumi dan merangsang minda. Kena spend time 2 jam sekurang-kurangnya. Baru puas. Pakai kasut tapak rendah untuk keselesaan diri.
Bawak MyKad kerana ini WAJIB ditunjuk semasa membeli tiket. Foreigner lain harga kot. No food allowed. Dalam ada cafe tapi kami tak masuk pun.
Ada mini panggung (Teater Ungku Omar) yang tayangkan citer Dinasour secara 3D. Kira-kira 15 minit. Kami tengok dari mula sampai habis sebab best sangat!
Rasa nak pegi lagi. CHAK memang nak pegi lagi sebab dia nak masuk terowong tu lagi sekali! hehehehe... aku pun!
~...HISYAM tu semakin mengada-ngada sejak akhir-akhir ini kerana Mak Utih mengadu dia semakin pandai memilih antara Lempeng dengan Lepat, antara Kopi dengan Sarbat dan antara Ros dengan Kaktus, tetapi SERI BULAN masih setia dengan Baju Kurung Kedah berpoket di dada kiri...~
saya belum pernah sampai Petrosains tapi dah banyaki kali masuk Pusat Sains Negara kat Bukit Kiara. Rasanya lebih hebat Petrosiains.
ReplyDeleteNanti ajak kakcik pergi sama, ya? :)
ReplyDeletekak Azie,
ReplyDeletejangan tinggal tat tersohor kat KL pulak ye.. ;)
* 2 pek tau... hehe meleleh dah ayaq liuq ni...
saya ni pegi situ takat masuk galeri je. tu pun dah bertahun lepas. lamaaa tak jejak klcc.
ReplyDeleteTeringin nak masuk sana. Bwk Aydin, mst die suke...
ReplyDeleteLa...nak ke mane pun mmg wajib bwk Mykad la kak. Kang dicopnye kite pendatang tanpa izin. naya!
Hoye Hoye ... sampai jugak akhirnyer. Petrosains memang best sangat. Yang dah tua ni pun rasa macam tak puas.
ReplyDeleteTerkilan tak dapat jumpa akak kat Majlis Datok Fadhil nanti :(
acu belum pernah masuk lagi ke Petrosains nie...nampak best
ReplyDeletecam nak kena try je
nak pegi jugak petrosains ni
ReplyDeletehari tu pegi, dah tutup.. hahaha
sape suh datang pukul 6.30 ptg kan?? ;p
sudah lama tak berblog walking di sini, alhamdulillah hajat tercapai sudah.
ReplyDeletehahahaha....sempat gak tukang jumpa tu nak jual balik eh? kelakar betul lah
ReplyDeletedh dekat ngan opis saya tu....awat tak bagitau awai nk pi KLCC...hihihii
ReplyDeleteBang HAMZAH:
ReplyDeletePusat Sains Negara? Saya pernah lalu tengok jer. Haruslah lebih hebat dari Petrosains.
KAKCIK:
InsyaAllah. Boleh juga. Kita pakat ler nanti.
EJA:
ReplyDeleteInsyaAllah. Kita jumpa Sabtu nanti di Dewan Merdeka. Hang jangan tak mai plak. Makan kenduri.
GADISBUNGA:
Sekali sekala, ajak ler kawan2 melawat Petrosains. Best tau.
POK AMAI AMAI:
ReplyDeleteYeaaa elok sangat bawak Aydin. Dia mesti suka. Tak jemu pun. Sebab dalam tu berwarna warni dan menakjubkan.
ACIK:
Jangan ler gitu. Sedih tau. Kiter pun tingin sangat nak jumpa kengkawan lama. Si BADANG tu dah sibuk nak amik gambar kita ramai-ramai macam reunion.
ACU:
ReplyDeleteNanti cuti sekolah, kalu ada anak2 buah mai sini, elok juga bawak melawat PetroSains ni ACU. Mesti depa suka.
HANI:
Tak pasti plak tutup kul berapa. Tapi kalu dah 6.30 memang tutup la tu. Next time pegi awai skit.
ZUWAIDAH:
ReplyDeleteSama le kita. Kak Azie pun lately tak berapa sempat nak BW. Thanks Zue.
EELOBOR:
Orang yang jumpa tu tak ikhlas sepenuhnya. Ambil kesempatan.
KARUKORD:
Kak Azie pegi hari Ahad. Awak keja jugak ker hari Ahad?
lama dah x gi nih...hehee
ReplyDeleteSaya tak pernah pergi pun Petrosains tu... rugi3x :(
ReplyDelete