السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
19-03-2012
19-03-2012
Majlis akikah & cukur jambul, cucu ke-tiga MyAbang Long, berlangsung di rumahnya di Sg Kantan, Kajang pada Sabtu lalu. Ini merupakan cicit ke-4 MyBONDA.
MyBONDA cukur jambul dari atas kerusi di luar rumah sahaja, kerana tak upaya duduk di lantai. Terselit plak aku kat belakang tu.
*Sebahagian pic: kredit to CIKINTO.
Part tapau makan yang paling syok. Hehehe... maklum, lauk kambing 2 ekor youuuu!
Sebelum ke Sg Kantan, kami berdoyon-doyon singgah di BTHO, ambik Laksa Perelih yang dibelikan oleh keluarga pengantin yang bertandang ke rumah pihak lelaki di Alor Star pada 2,3 hari sebelum. Depa singgah Perlis dan tapaukan aku Laksa Perelih yang enak dari Restoren Kak Su yang popular di Kuala Perlis sana.
So, aku dan family MyKak Yang, pun apa lagi, bedak-bedak ler laksa yang 3 kilo tu > ada ke yang tak peham “bedak-bedak” tuh?
*Pic Google, tapi sebenarnya Laksa Perlis memang lain dari yang lain. Laksa beras yang sangat enak. Sapa biasa makan, dia tahu la. Kebanyakan orang Perlis, makan laksa dengan toyu @ kicap + pulut udang (pulut panggang). Cuba try, memang malatop!
Terimakasih keluarga pengantin!
~...sebenarnya antara ikan keli dan ikan pari, HISYAM tidak pernah peduli tentang sengat dan bisa tetapi bila SERI BULAN merengek hendak Rojak Pasembor, kenapa hanya di Utara bukan di Tenggara?...!
Salam AA, ya ampun... kok banyak sekali kebelakangan ini agenda acara kenduri majlis perkahwinan sehingga majlis akikah&cukur jambul, tumbang 2 ekor lauk kambing! Teruja serasanya Ratna juga terkilan begitu karena sudah berkurun lama tidak merasa apa sahaja acara majlis kenduri...
ReplyDeleteGimana pun, pasti ceria meriah pabila bertemu sua berkumpul dengan ahli keluarga sepusat sepusing.
Salam manis manis madu.
p/s: Ratna tidak makan ikan keli karena serasa geli... gitu!
Assalamualaikum,
ReplyDeleteBedak-bedak tu maknanya, lumurkan kuah ke muka ke? hu hu hu ya ampunnnnnnnnn!
BINTANG JAUH:
ReplyDeleteSori berlori juga Ratna. Saya pun lama tak sempat ada masa untuk jengah blog Ratna. Kebelakangan ni, saya terlalu sibuk plak.
Banyak jemputan kenduri.
ANYSS:
Dah agak akan ada yang jawab cenggitu. Heeeeeee
oh saya x bole mkn kambing...penin2 huhuhuu
ReplyDeleteKARUKORD:
ReplyDeleteRamai yang sangka makan kambing beri kesan, tapi jika dimakan dengan sederhana, orang yang ada sakit jantung pun boleh jer makan.
Makan tak ingat dunia, memang ler pening bang oiiii...
Teringat pulak Laksa Teluk Kechai (tapi Teluk Kechai tu di Kedah, kan? - konpius!) :)
ReplyDeleteKAKCIK:
ReplyDeleteSaya pun mula-mula ritu konpius gak. Pertama kali saya tau, Laksa Teluk Kechai di Bangi, gerai tepi jalan jer. Tapi tak rasa lagi, sebab masa pi ritu, tutup.
Then, baru saya tau Laksa Teluk Kechai tu laksa Kedah.
pakat bedak sorang sikit .....
ReplyDeleteyelah, cuti sekolah, banyak kenduri, banyak makan,ehehe....
ReplyDeletepergi perlis, tapi tak pulak merasa laksa kat sana *lain kali mesti singgah makan laksa pelih ni.
orang kata laksa perlis ni
ReplyDeletekuahnya depa letak belut ...betui ka?
As salam kak AA,
ReplyDeleteSedapnye laksa... Pernah mkn laksa Perlis, tp lepas tu depa habaq letak ikan belut...nasib baik dah kenyang...hehehe
Akak mmg comel sgt...sweeeet :)
Tgk khemah tu teringat kahwin dulu, tema purple..eheee ;)
saya orang kedah dan saya faham apa itu bedak bedak. heheh~
ReplyDeletekambing? laksa? wah.. sedapnya.. bab tapau yg paling best tu.. he..he..
ReplyDeleteLebih 20 tahun dulu, mungkin pertama kali sy pnh merase makan lauk kenduri org utara. Seronok! Lepas dari tu...takde lagi dah. Dulu kmpg sy kat Perlis. La ni da tuka Ganu. Experience utara dah tak bertambah g. Hehehe!
ReplyDelete=p
memang feveret acu mkn laksa dgn kicap :)
ReplyDeleteIshhh terliur la tgk laksa perlih tu...nk kena balik kmpg lah..i ni wajib mkn laksa dgn tongyu..ntah knp i panggil tongyu semua org pgl toyu...hihi
ReplyDeleteAnyway nice kenduri..nice canopy :)
CHIK ATT:
ReplyDeleteOrang Penang harus lah tau apa tu “bedak-bedak”. hehehehe
NAJWA:
Kalu pi Perlis, biasanya yang top, laksa di Kuala Perlis. Ada banyak restoran top antaranya Restoren Kak Su. Sila cuba.
ATI MASRIF:
ReplyDeleteDulu pernah kecoh sekejap pasal memang ada orang gunakan belut. Tapi tak semua la. Bukan senang nak dapatkan belut tu.
MARYA:
Kak Azie tak pernah la rasa yang guna belut. Tapi rasanya yang guna belut tu harus la lagi sedap kot. hehehe
GADISBUNGA:
ReplyDeleteJarang kita nak sebut bedak-bedak kan? Nanti kalu kita makan or dapat apa-apa, kita bedak-bedak yerrrr...
HANIS AZLA:
Tapau bila makanan memang berlebih. Seharian tak payah masak, gantung kuali jer.
POK AMAI-AMAI:
ReplyDeleteKalu ada masa cuti panjang, sila ke Perlis lagi. Jengah kampung yang lama dulu. Mesti banyak perubahan, kan?
ACU:
Tak ramai orang yang pandai makan laksa dengan kicap, kan? Orang sebelah Utara jer yang pandai.
SANIAH:
Wahhh ada gak yang panggey tongyu ya? I sebut “tokyu”, belajar dari oriang Perlih.