Tuesday, March 20, 2012

Cerita Tempat Kerja: Patut dan tak patut...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
20-03-2012


Sejak aku tinggal berseorangan di Lantai Dua, seluruh kerja bahagian ini, adalah di bawah seliaan dan tanggungjawab aku. Walaupun ada beberapa projek tidak upaya dibuat, memang tak boleh handle kerana bukan bidang kemahiran aku, tapi kerja tetap jadi berganda. Apatah lagi ada beberapa job yang masih “tangle”. Lalu seorang terpaksa handle job berganda. Nasib badan, tapi aku sangat happy, sebab dah lama tak bekerja di bawah tekanan. Dulu relax banyak sangat. Kadang-kadang buntu dan rasa bodoh.

Cuma amat dikesali, beberapa job didapati “hilang” dari external hardisk. Malah satu external hardisk didapati kosong terus! So banyak default job terdahulu lenyap begitu saja. Memang tidak menjadi masalah pada aku, tetapi management melihat ini sebagai hasil syarikat yang tidak patut sama sekali di copy keluar apalagi dipadam walaupun kita yang menghasilkan job itu.

Apa jua hasil rekaan, whatever design sekali pun, bila dah siap menjadi suatu hasil, adalah hak syarikat. Dalam hal ini, aku tak jangka sama sekali benda tu boleh hilang semua sekali dalam external hardisk.

Beberapa buku contoh dan rujukan yang dibeli beratus-ratus harganya juga banyak yang lenyap dari almari library di Lantai Dua. Aku memang tutup mata jer masa benda tu semua diangkut pergi sehari demi sehari. Sapa lah aku nak mengadu walau dalam hati aku pernah kata: “Sampai hati, tergamak korang nak angkut buku-buku mahal ni buat harta sendiri.”

Tapi semua itu disedari sendiri juga oleh pentadbiran.

Itu belum masuk bab ceroboh email syarikat sehingga aku terpaksa tukar password pada hari pertama 1 Mac dulu.

Kemudian timbul pula isu, “kacau” client syarikat. Samada hendak ambik job untuk buat freelance, atau dengan niat supaya client hilang keyakinan kerana mereka (yang memang mengiktiraf diri designer hebat) tidak lagi berkidmat di sini. Sedangkan soal kuar masuk staf bukan soal client. Depa tak perlu tahu pun. Jika kita rasa boleh handle projek tu, kita ambil. Jika tak, kita reject. Not a big deal, kan?

Aku sedar aku memang jauh nak banding dengan depa, tapi di sudut skill yang lain aku masih mampu untuk memberikan sumbangan terbaik (mungkin lebih baik) untuk syarikat. Dan atas kepercayaan dan keyakinan company lah aku terus berada di sini. Salah akukah?

Sebenarnya memang banyak perkara yang aku lihat sangat tidak patut dulu. Pengalaman bekerja selama 9 tahun di bawah pengurus dari UK yang sangat berdisiplin dan bermotivasi, aku melihat budaya kerja yang sangat berbeza. Bukan aku tidak “dihasut” untuk menjadi beberapa langkah ke belakang, tapi aku tak biasa. Buat 1 job yang hanya 2,3 keping A4 menarik masa sehingga sehari bukan cara aku kerana job sebegitu boleh settle dalam masa sejam dua saja.

Betul kata “kawan jahat” aku: “Suatu hari bos akan percaya cara kerja kau tu sebenarnya yang lebih produktif.”

Aku bukan yang terbaik, tapi sentiasa cuba nak jadi lebih baik dari sebelumnya.

Selingan:

Lambang kasihkah?

Bangle dari Taiwan, cenderahati dari Lady Bos yang baru balik bercuti ke sana minggu lepas.


Lunch. Sushi bukan paberet aku, tapi percaya tak aku boleh habiskan semua ni? heheheheh dasar kuat makan!




~...dalam segala bidang fizik dan fizikal, mental dan mentaliti, sains dan saintifik SERI BULAN masih banyak gagal dari lulus, tetapi HISYAM sentiasa cuba menjadi pengajar dan pendidik terbaik kerana setiap kegagalan temannya itu memberikan banyak kedukaan kepada dirinya sendiri lalu menolong mengira Satu Campur Satu menjadi Tiga bukanlah kerja yang mudah lagi payah...~







12 comments:

  1. Fuh! Philosophy yg bwh tu. Sgt cool.

    Kak Azie nie librarian ke?

    ReplyDelete
  2. Di tempat keja memang terlalu banyak benda2 yang patut dan tak patut untuk jadi bahan cerita....

    ada yg patut didiamkan dan ada juga yg patut dihebahkan..

    ReplyDelete
  3. bila ada orang yg berhenti atau syarikat buat pengubahsuaian management atau sesuatu yang sewaktu dengnnya, pasti ada isu2 macam ni akan timbul. sepatutnya sesiapa pun tahu pasal hak milik syarikat walau kerja tu dia yg buat. nak amik buaat portfolio, amik lah. tapi kosongkan hard disk? keji lagi dengki!


    *panas nih. kene makan sushi nampaknya. heheh~

    ReplyDelete
  4. hmmm.. siapalah kita nak menilai kerja kita sendiri..:)

    ReplyDelete
  5. POK AMAI-AMAI:
    Tidak. Kak Azie bukan librarian, tapi department memang ada 2,3 almari buku rujukan macam library.




    NYANYI SUNYI:
    Apatah lagi sebagai orang yang masih baru, memang tak berani nak bersuara banyak. Ada mata pandang, ada mulut diam.

    ReplyDelete
  6. GADISBUNGA:
    Entahlah, susah nak tuduh. Tiada bukti jelas tetapi itulah yang berlaku. Sangat kesal, tapi siapalah kita nak komen. Biar management sendiri yang decide.



    MAMA YANA:
    Betul tu. Biarlah orang yang lebih arif dan berhak menilai dan mengiktirafnya.

    ReplyDelete
  7. sabarlah u..orang yang curi harta syarikat dan cari makan mengunakan sumber yg bukan hak dia..satu hari nanti akan terima padah jugak..i dah tengok sendiri apa yg jadi kat x staff husband i yg curi harta syarikat ...hemm...bkn mendoakan tapi Allah maha adil..
    menarik bangle tu...sure lah tanda kasih..:)

    ReplyDelete
  8. Mungkin orang yang mengambil harta syrikat tu selamat didunia tapi tidak disana.

    Cantik bangle tu.

    ReplyDelete
  9. SANIAH:
    I pun sentiasa berharap dan doa agar mereka itu mendapat kerja yang lebih baik dan terus cemerlang. Tapi tindakan sebegitu, amatlah tidak patut. Pasti akan balasan nanti. Geleng kepala.




    KAK ZAITUN:
    Begitulah. Buat masa ini memang tiada tindakan dari pihak company. Apapun, semoga depa semua akan sedar nanti.

    ReplyDelete
  10. hehehe...nak komen bab makanan jer. tang gambar sushi tuh. dulu2 masa keja kat pasaraya selalu makan benda nih. malam2 sblm nak closing.... sushi yang tak abis akan di buang. masa tuh ambik kesempatan la pegi ke setiap bahagian.... cari makanan free... hihihi

    ReplyDelete
  11. EELOBOR:
    Wahhh bestnya bleh dapat sushi free selalu...!

    ReplyDelete
  12. pada saya mereka yg buat begitu terlalu pentingkan diri sendiri.. selalu rasa tak best dgn perkara2 mcm tu.. tp sellau juga takde keberanian utk menegur.. semoga akak terus bermotivasi menyiapkan kerja dalam keadaan lone ranger skrg ni..

    off topic jap : kak.. manuskrip yg 600 lebih tu hantarlah ke publisher.. sayangnya klu diperam saja.. saya tahu bukannya mudah nak siapkan.. hantarlah.. nnt boleh saya baca karya akak pula.. selama ni pun dah jatuh hati dgn tulisan akak dan kisah seri bulan dan hisyam tu..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails