Wednesday, March 21, 2012

“Impikan Mentari”: Aku ingin lihat HANNI jadi ganas dan sadis...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
21-03-2012


Aku memang harus menulis sesuatu tentang novel ini. Aku tahu tentang novel ini sudah lama. Semasa di MPH Karnival dulu lagi. Malah sempat berbual panjang dengan novelisnya sekali.

Ini bukan novel pertama beliau, yang kedua atau ketiga? Lupa nak tanya. Kali ini bersama publisher Jemari Seni. Memang aku berhasrat mencari, tapi kesibukan yang berbulan-bulan selalu buat hasrat tu tenggelam timbul.

Kemudian di FB aku juga bertanya. Kemudian cari di MPH yang sepelaung dari tempat kerja. Takda juga. Semak dalam sistem, katanya ada 2 naskhah tapi bila cari di rak langsung tak kelih. So aku booking, jika jumpa call me. Pun takda.

Terjumpa novelis tu sendiri dalam JJ suatu hari, lalu dia terus mengusahakan sendiri belikan terus dari Jemari Seni, untuk aku dengan harga istimewa. Siap ada autograf!





Novel ni tak tebal, jika gigih aku boleh jer habiskan dalam masa sehari. Tapi tak jadi keja lain lak nanti. Kesibukan juga membuatkan novel ni agak lewat aku mula baca. Tapi aku selesai baca dalam masa 3 hari, kira lama tuuu...

Bahasa mudah difahami. Kesilapan ejaan hampir langsung tiada. Buku ini bersih dari “pen merah si proof reader”. Syabas kepada team Jemari Seni...!

Kisah tentang IZZATI yang serik bercinta kerana tunang berselingkuh dengan adiknya sendiri pada hari mereka sepatutnya bernikah. Lalu kecurangan itu sesuatu yang sangat menghina dirinya sehingga dia tidak pernah lagi percaya kepada lelaki sehingga muncul watak IKHMAN.

Ikhman begitu bersungguh — wpun aku kurang merasakan kesungguhan itu — dan berjaya membuka hati Izzati untuk menerimanya. Dalam keadaan keliru, pernikahan mereka berlangsung juga kerana masa sangat sesuai demi mengelak cemburu si adik yang prasangka suaminya masih menyimpan rasa terhadap bekas tunang.

Aku begitu mengharap kisah percintaan Ikhman–Izzati itu dipaparkan lebih panjang, lebih menyentuh perasaan, lebih mendayu atau lebih membuai perasaan, tetapi apa yang ada adalah jelas walaupun seorang aku merasa tidak puas mengenai watak Ikhman itu. Adakah aku terlalu terpengaruh dengan watak hero yang baik hensem lagi berkarisma??

Perkahwinan mereka terduga apabila Izzati disahkan mengidap leukemia sehingga ke tahap kritikal dan koma.

Betulkah, susah nak cari seorang suami yang begitu setia, berkorban demi isteri yang diyakini tidak dapat memberikan zuriat seperti Ikhman itu?

Cara penceritaan menggunakan watak “AKU” untuk Izzati dan Ikhman berselang-seli. Memang agak mengelirukan kerana novelis cuba meletak diri ke dalam dua watak pada masa yang sama. Agak berjaya. Aku pernah baca novelis buat watak AKU untuk 3 watak dalam satu novel. Namun aku lebih suka memilih hanya satu watak sahaja menjadi AKU. Dan perasaan orang lain dinyatakan melalui penilaian dan kaca mata “AKU” sahaja. *Sekadar pendapat.

Baca... tidak rugi membeli dan membaca kerana plot sangat jelas dan tidak rumit. Tapi seorang aku yang terbiasa dengan novel tema berat, novel tebal, tetap merasa tidak puas.

Apapun berbanding novelnya sebelum ini “Tiada Noktah Cinta”, novel ini lebih menyeronokkan. Novel ini diedit oleh editor Putri Nur Iman & Mohd Rosdi Mohd Zin (orang yang sama kah?) Peminat novel pasti tahu siapa editor tersebut, yang hasil edit di tangan mereka selalunya sangat hebat!

Pengakhiran cerita menepati sasaran. Happy ending walaupun masih ada kesedihan bersisa. Mungkinkah akan ada sambungan kisah cinta mereka ini? Bagaimana jika suatu hari nanti, bekas tunang (yang kini adik ipar) menagih kasih kembali? Mesti best jika ada konflik begitu. Dan watak adik yang cemburu itu dikembangkan menjadi lebih “ganas dan sadis” lagi.

Sekalung tahniah buat novelis Shahzy Hana....!




~...setiap kali ke baruh, menoleh pandang ke bawah menanti sejalur jingga menyusut turun memberikan suatu perasaan lalu bila mata tajam merenung ke arah mata coklat HISYAM, SERI BULAN tahu lelaki itu mengerti apa yang dia tunggu, tetapi HISYAM sengaja menggertak hendak pulang terus, sambil mengaku takutkan mambang kuning lembayung senja...~









6 comments:

  1. sign penulis tu yang amat berharga sekali...

    ReplyDelete
  2. siap order dgn penulis sendiri..mmg terbaekk lah kak AA....

    ReplyDelete
  3. saya lama tak baca novel..kalau baca memang tak leh buat keja lain dah sebab nk cepat abis jer..hehe

    ReplyDelete
  4. QHAIFA NUR:
    Dulu, Kak Azie pernah jadi promoter di PABKL dan novel beliau juga berada dlm promosi. So kami terus jadi friend sejak itu.



    MUNNA:
    Hubungan novelis dan peminat novel itu terjalin baik dan sama-sama mendapat faedah dan kepuasan.

    ReplyDelete
  5. NIEZA:
    Mujur juga pastu buku tu tak baca kita balik, kan? hehehehe

    ReplyDelete
  6. menarik ceritanya.. ada rezeki boleh cari novel ni nnt..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails