Wednesday, March 7, 2012

Ketagihan Lontong Ayam Goreng...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
07-03-2012



Petang tadi, aku uruskan satu masalah kecil lain pula. Selesai bab tiket, kali ini kad Touch-n-Go aku plak buat hal. Adehhh... aku topup di LRT Sabtu lepas. Bukan banyak pun, RM20 jer. Guna 1 trip balik ke rumah, tambang cuma RM2.40. Kemudian hantar AMOI ke SA, tol Bt Tiga, kena RM1.10 tapi baki kad shows, RM1.00++. Means, topup tak masuk.

So, aku kena pergi hub Touch-n-Go di KL Sentral. Buat report. Leceh gak sebab kena isi borang segala bagai. Memang dalam sistem, tiada rekod topup. Malah ditunjukkan, kali akhir topup adalah bulan Mei tahun lepas. Whattt?? Aku dok guna kad tu sepanjang masa. Berpuluh kali topup, system tak bleh trace? Pelik. Lantak pi lah! Malas nak fikir. Isi borang dan topup semula akan diuruskan dalam masa sebulan. Malas fikir. Letih layan.

Saja tulis, untuk berkongsi pengalaman.

Sebenarnya nak tayang menu sarapan pagi aku yang paling popular:

Lontong + Ayam Goreng: enak lazat sampai ketagih!
Jika Lontong saja, tak sedap mana pun.


Memang aku suka gini. Beli lontong dari the only one gerai yang jual. Dan tiap kali pegi, seminggu sekali, kekadang dua minggu sekali. Aku hanya akan beli lontong ini saja. Tak pernah beli benda lain.

Tokey gerai tu pun dah tahu, jika aku singgah aku hanya hendak beli itu saja. Pernah beberapa kali, ayam goreng dia habis, dan aku pun tak beli Lontong. My Lontong mesti pakej lengkap. Tak lengkap kalu, terus tarak beli.

Macam-macam perangai...




~...bagai tidak sabar menanti mentari di ufuk timur, bagai gelojoh menanti Gulai Daging masak di kawah, ibarat terlalu lama menunggu kain tutup tingkap warna kusam itu diselak lalu menyerlahkan wajah, HISYAM terus berdiri macam tiang bendera tempat tenggek si burung merpati di laman Teratak Nyatuh menanti SERI BULAN datang melayan...~








17 comments:

  1. tak pernah lagi cuba lontong ayam goreng.... menarik nampaknya...

    ReplyDelete
  2. EELOBOR:
    Hanya Lontong Kuah Lodeh yang biasa, tapi dimakan bersama Ayam Goreng. Rasanya jadi enak sekali. Kak Azie memang suka cuba mencuba. Orang lain mungkin tak pernah buat.

    ReplyDelete
  3. Oh mama tak pernah rasa mcm tu. Nanti nak cubalah!

    ReplyDelete
  4. nampak sedap.. yummy..
    part yg leh ketagih tuh yg susah skit tuh..heheee

    =)

    ReplyDelete
  5. Emmmm..so far tak perrnah kena cam ni.. Sebab sellau buat kat petrol pam..

    Jenuh lah nak tunggu claim.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    Waduhhhhhh tengah malam macam ni pun leh lapaQ la pulak nengok gambor enak tuh

    ReplyDelete
  7. kat mana lontong ni.. biasa kami lontong kg baru tu je hehe

    ReplyDelete
  8. MAMA JU:
    Sebenarnya Lontong biasa tu, saya boh ayam goreng.



    FATIN MRAZ:
    Bukan nampak lagi. Memang sedap pun.
    Kak Azie ketagih macam orang mengidam.

    ReplyDelete
  9. AZIAN:
    I pun tak sangka kena, sebab dah lama guna kad tu. Everywhere. Agaknya kad tu dah lama kot. Nak minta ganti la tu.




    ANYSS:
    Kalu dah sedap, takyah tunggu tengah malam. Bila-bila pun boleh lapaq. hehehehe



    ZINO:
    Kat area tempat kerja jer. Maluri. Lontong ni kat mana-mana pun sama jer.

    ReplyDelete
  10. Azie...
    ayamnya tak nampak macam ayam goreng.. nampak macam ayam rendang..
    mesti ayamnya yang sedap ni...
    psssttt kat kedai mana????

    ReplyDelete
  11. lontong ikan bilis, mmg feveret saya, setiap hujung minggu mesti mkn lontong

    ReplyDelete
  12. whoah, tengok rupa je pun dah kelas A

    ReplyDelete
  13. kak azie,

    pernah sekali terkena top up t&g x masuk... rm50 plak tu, sakit hati tp x pi komplen plak... nk komplen je punya jauh nak pergi.

    oh btw, lawa kasut purple baru tu ye... ada unsur 'sweet' n 'beware' (cupcake n tengkorak). maknanya tengok boleh, sentuh jangan kalau tak makan tapak kasut jawabnya ye? hehe

    ReplyDelete
  14. Akak pernah makan 'lontong kering'? Peerrghhhhhhh..pada saya la, lontong kering pun best jugak..kalau nak makan, sila ke Hutan Bandar, JB. keh keh keh

    ReplyDelete
  15. saya pekena lontong kat gerai sebelah ambank tu, mesti wajib ada sotong sambal yg part janggut sahaja. takde janggut, saya tak beli! kehkehkeh!

    ReplyDelete
  16. cara baru mkn lontong tu..kalau saya akn mkn ayam gireng n kuah lodeh je cz xmkn ketupat....

    ReplyDelete
  17. Ya Allah, lontong! Mmg serius terliur ni kak! Nak buat lontong lah... Esok nak pergi China Town! Bolehlah beli bahan2... Pergh, akak ni mmg tau saja buat sy jeles & meleleh air liur! huh :)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails