Friday, March 15, 2013

Melayu: sanggup buat apa saja bila hati cemburu & dengki?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JumAAt
14-03-2013


Hari ini, seorang rakan sekerja yang lebih muda dari saya berurusan dengan saya. Bila selesai sedikit awal dari masa yang dia jangka, lalu dia berkata,

“Ini lah yang bagusnya kerja dengan orang pengalaman ni, mudah.” Samada kerana hormat, atau bodek atau memang sudah biasa dia kata-kata begitu, saya menerimanya sebagai penghargaan yang jujur. Mulanya begitu lah.

“Jangan cakap kuat-kuat, nanti orang lain dengar, marah pula.” Saya sekadar gurau tidak memaksudkan sesiapa pun.

“Betul Kak Azie. Orang Melayu kita ni, bukan boleh tengok orang lain lebih baik or lebih pandai. Ada saja dengkinya. Sanggup buat apa saja.” Lalu saya tersedar. Takkanlah?

“Huh... ada kes kah?” Sengih.

“Hmmm.. biasalah Kak Azie. Ada orang sanggup buat apa saja (dia ulang ayat ‘gerun’ tu). Sebab tu sini tak boleh tunjuk pandai.”

Sejak dulu, saya cukup KELIRU dengan istilah ‘tunjuk pandai’. Ramai sungguh yang salah faham dengan istilah tu. Saya rasa dalam keadaan tertentu, kena juga tunjuk pandai supaya orang yakin dengan kebolehan kita, kemampuan kita, dan keyakinan mereka untuk memberikan tugasan tertentu.

Di satu sudut lain pula, ‘tunjuk pandai’ selalunya makan diri. Samada kena dera @ buli kena buat kerja lebih, atau jadi bahan cemburu rakan sekerja. Lalu akan ada lah usaha jatuh-menjatuhkan. Larat ker depa nak jatuhkan saya yang berat lebih 80kg nih?

Sejarah juga turut membuktikan, hasad dengki orang Melayu ni, memang hebat lah!

Kadang-kadang, cakap-cakap biasa pun boleh dianggap dengki. Kesalahfahaman itu diburukkan lagi dengan kata emosi sebagai perencah sehingga menghukum dengan pelbagai kategori penghinaan.

Contoh satu kes: seorang penjual barang (produk) pinggan mangkuk. Bila ada pelanggan yang kata pinggan tu tak menepati citarasa dia, kenapa penjual nak marah dan kata pelanggan tu yang sengkek tak mampu beli. Kenapa tak improve produk supaya pelanggan tu akhirnya tertarik akan beli juga suatu hari nanti? Kenapa mesti nak cari kesalahan pihak pelanggan?



Satu lagi pic kiambang yang saya snap sama hari dan sama tempat (Kuala Selangor) hari itu. Ini kiambang di dalam parit tepi jalan. Sayang, sampah itu mencacatkan kehijauan.






 ~...ibarat rimbun bak serai, ibarat junjung bak sirih dan seperti akar membelit dahan begitulah dapat diumpamakan rasa percaya juga saling serasi atau mungkin juga rasa kasih antara HISYAM & SERI BULAN sepanjang berada di Kampung Separuh Desa lalu peluang untuk orang lain berada di tengah pun sukar dan anak dara Pak Imam sering bermuram durja dan Jalil sering pula ingin berbuat durjana...~




46 comments:

  1. orang melayu memang tak suka bila orang lain tunjuk pandai..actually bukannya tunjuk pandai pun.udah itu kemampuan dia..ala jeles la tu senang cerita!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam beberapa keadaan pula, kita tersepit antara hendak maju dengan kelebihan sendiri, atau menjaga reputasi dan diri agar tidak dijadikan kebencian orang.

      Payah sungguh laaaa....

      Delete
  2. AsSalam AA,

    Perasaan malu pada Allah, hasad dengki, cemburu dan sbgnya pasti tiada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Auntie Nani. Sesungguhnya, bila perasaan dengki menguasai pemikiran, sanggup buat saja tu, sehingga mengenepikan larangan. Penyakit hati la tu namanya, kan?

      Delete
  3. biduk berlalu kiambang bertaut..

    Orang melayu sajakah yang ada perasaan hasad dengki dan habola...rasa nya bangsa lain juga ada kan..cuma tak keterlaluan sangat kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman saya, memang ada bangsa lain yang juga berhasad dengki dgn rakan sekerja lain. Jenis yang tak boleh tengok orang lain lebih dari dia...

      Delete
  4. setuju gak bak seperti akak ckp... pandai atau capat buat kerja.. maka kenal buli.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena la bersedia dan bertenang nak hadapi semua tu.

      Delete
  5. kadang2 bagus juga kerja kat ofis 1 malaysia. semua bangsa ada...hasad dengki mungkin ada tapi tak ketara. bangsa apapun ada je phd ni...cuma terasa atau tak je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara mudah saya, buat bodoh. Tutup mata sebelah, tutup telinga sebelah.

      Delete
  6. Sekali pandang, kakcik ingatkan kiambang itu dalah emping! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emping kaler hijau? Padi muda ler tu ya Kakcik? hehehe

      Delete
  7. Salam AA,

    Kemampuan/kebolehan ada + ingin maju lantas usaha dipertinggikan + ada kelebihan sebab ada pengalaman yang luas lagi terpuji yaitu bertauliah keatas pekerjaan yang dipegang, malangnya mengapa disalah artikan atau disalah faham kan? hairan ya AA, secara lazimnya sesama kita semestinya berlapang hati menerima "kelebihan" yang kita ada tanpa sesetengah orang yang ter...merasa tergugat terhadap kedudukannya ditempat kerja atau ada juga sesetengah orang yang dianggap jujur sanggup menggunakan cara halus yaitu membuli didalam pujian tidak ikhlas yang bercampur dengan prasangka yang bukan-bukan ! sesungguhnya orang kita Melayu tidak pemurah dengan apa sahaja akan tetapi masih mengaku pemurah walhal lokek berkongsi gumbira keatas kelebihan seseorang itu... sampai bila kita harus bermuka-muka sengal berbuat baik kononnya namun dihati penuh berisi dengan kedengkian yang tiada akhirnya...

    salam mesra semanis madu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah kita manusia biasa kan Kak?
      Walaupun ramai orang Melayu kita yang hebat-hebat dan berkebolehan, sering pula berhadapan dengan cabaran orang lain yang nak menjatuhkan kita.

      Salam mesra manis juga...

      Delete
  8. sama je cina pun kak azie..lagi la depa tak suka kita lebih pandai dari depa..saya dok kat negeri yang ramai cina ni saya tau sangt la...bagi saya kalau dah busuk hati memang tak boleh tengok orang lebih sikit la dari dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul pun. Bangsa tu pun tak kurang juga berasa hasad dengki. Malah depa pun jenis kuat ampu bodek bos juga.

      Delete
  9. lapan puluh berapa kilo kak azie?

    hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa tak percaya ker? Nak kene budak niiii

      Delete
  10. ingatkan gambar rumput karpet tadi ahaksss

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,
    Banyak yg nak taip...tapi tak tertaip.

    Semoga kita tidak tergolong dlm golongan orang-orang yang TERCEDERA hatinya sebegitu. aminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah.

      Aaaminnnn.... semoga yang telah tercedera dapat dirawat dan dipulihkan pula.

      Delete
  12. melayu memang macam tu kot.. ibu saye meninggal sebab dengki la.. :(

    ReplyDelete
  13. Lagi satu penyakit...kedekut ilmu.Takut orang lain lebih,sembunyi apa apa yang dia tahu.Biar orang lain cari sendiri.Biar orang lain buat salah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Ramai jer orang yang sangat kedekut ilmu dia. Sedangkan berkongsi ilmu tu pahala lah ganjarannya, kan?

      Delete
  14. kalo nk disenaraikan peel org kita ni mcm2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu belum lagi yang jenis suka ambil kesempatan atas kebaikan orang lain..

      Delete
  15. Kak Azie ini adalah antara sebab mengapa Aina bila masuk sesuatu tempat jadi 'YES SIR'. Mengikut sahaja arahan dan menganggukkan sahaja apa juga yang mereka buat. Sebaiknya cari kepercayaan dari bos di atas kita yang bakal menilai prestasi kita kelak, kalau setakat kwn2 yg makan gaji dan level kuli cam kita jugak kena hati2. Pendapat kita kadang2 jadi memandai pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai pula yang sering sengaja buat buat salah faham. Disangkanya pula kita ni kaki membodek. Serba tak kena.

      Delete
  16. Azie, masa saya brtukar sekolah ni saya pun buat2 bodoh.seolah tak tau apa.tk mau tonjol diri,tapi keadaan memaksa, trpaksa juga keluarkan taring yg dah lama trsimpan..demi murid2 ku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengorbanan yang tinggi tu biarlah kita saja yang tahu akan kejujurannya. Lama lama orang akan nampak dan menghargai juga.

      Delete
  17. Itulah sifat yang banyak ada pada bangsa kita.Susah nak tengok orang lain lebih.

    Kak Zai tanam pokok bukan ditanah mereka pun dijadikan isu...sampai nak langgar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada spesis manusia yang, bila dia tak buat dia pun taknak orang lain buat. Bila orang buat, dia anggap itu salah besar pula di mata dia....

      Delete
  18. org yg pandai dan tunjuk pandai disukai,org yg buat2 pandai,tunjuk2 pandai..tu yg berbulu dihati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunjuk pandai dengan niat untuk memajukan diri dan memberikan keyakinan di pihak yang menilai, adalah wajar. Itu yang saya anggap suatu perjuangan yang kena berani buat.

      Menunjuk pandai tapi tak la sepandai mana pun, itu yang kita meluat nak tengok tu.

      Delete
  19. Salam Madam Azie.. selalu orang yang pandai tunjuk tunjuk tu yang naik mendadak dalam apa jua jawatan yang dia pegang. Terbukti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunjuk pandai, dan pandai tunjuk memberikan dua makna yang berbeza juga. Tunjuk pandai jika kena pada tempatnya, memang boleh maju. Itupun kalu berurusan dengan pihak yang pandai pula menilai.

      Delete
  20. Ermmm...lumrah kak, keje mana2 pun ada org dengki. Saya yg buat blog ni pun ada yang dengki. aduhaiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya yang rasa dengki ni, adalah saingan dalam bidang yang sama ler jugak.

      Blogger dengki blogger.
      Artis dengki artis.

      and so on...

      Delete
  21. Saya pun keliru dengan 'tunjuk pandai' nie. Kalau mebantu bersungguh2 hingga berjaya, tunjuk pandai kah? Tapi kalau di utilisekan oleh pihak lain, kira makan diri kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena la kita bijak meletak diri kita dalam keadaan yang macamana. Risiko ada di mana-mana.

      Delete
  22. Bila dah sanggup buat apa saja tu, memang menyusahkan hidup orang yg depa tak suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang itulah tujuannya pun. Dia tak mahu orang lain hidup senang.

      Delete
  23. Dalam apa2 jua perkara..berkongsi lah ilmu yang kita ada...jika kita tak lokek ilmu...orang akan hargai kita..akan ingat pada kita...rasanya kalau selepas kita berkongsi ilmu yg kita ada dengan orang lain...mesti akan rasa puas..x tau la org lain...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails