Tuesday, June 7, 2011

Kerjaya: “Lantak dialah, Azie oiiii...!”

Salam.
07-06-2011
...sementara menunggu nak makan berhidang.


Cuti skulah. Kami tiada perancangan khusus. Semuanya mengikut aliran yang datang dan yang mengalir pergi.

Aku kerja macam biasa. Dan kerja memang banyak. Khususnya sebelah pagi, dan kebetulan musim dah pertengahan tahun ni, banyak projek yang nak publish di hujung tahun. Kalut skit lar...

Sepagi tadi aku tension tak keruan!

Sebelum ni pun terasa gak macam tak selesa. Aku pernah sebut sorang kawan sekerja (perempuan) ni sangat suka tengok movie di skrin dia. Tidak kira dia buka internet secara curi-curi atau pasang CD, pun secara curik-curik gak!

Hampir setiap hari macam tu. Memanglah department kami tiada Manager nak naik meronda, tapi sendiri boleh fikirlah. Time kerja mestilah buat kerja, kecualilah memang takda kerja atau memang musim projek kurang. Aku pun bila time agak free, akan baca novel sakan-sakan!

Aku tidak pasti samada itu yang disebut “flexible hours”. Yang aku faham waktu bekerja adalah 8 jam sehari dan 1 jam lunch hour. Masuk ikut time, balik ikut time. Sapa yang kena jumpa clients, bleh claim elaun dan mileage. Prosedur biasa. Tiada undang-undang pelik. Semua job ada dateline. Bermakna, pandai-pandai manage time sendiri jika dalam tangan kena handle 3,4 projek serentak.

Mungkin aku terlalu fikir kot. Sedangkan empunya diri relax jerrrr.. Inilah agaknya yang dikatakan: environment mempengaruhi. Gerak laku dan cara bekerja rakan lain buatkan aku rasa terganggu. Padahal, aku boleh jer buat tak tahu atau dalam bahasa kasar; “lantak dia lah!”. Nanti bila job dah suntuk masa, printer pulak tetiba sengaja buat hal ker, janganlah hempas-hempas barang macam dia sorang jer yang rajin kerja!

So berani tulis kat blog saja. Perkara ini dah lama berlaku, sejak lebih 8 bulan lalu lagi. Dulu aku tidak peduli sangat, tapi kadang2 suara dari movie tu terlepas juga ke zon aku. Adakala dia gelak berdekah-dekah sensorang (udah macam orang tak betoi...) mungkin movie tengah tunjuk scene hero Korea tu jatuh longkang sampai terlondeh suar kot! Aku pulak yang rasa terganggu.

Janganlah blog aku diintai oleh mana-mana orang yang bekerja dengan aku. Ohhh.. mampuih aku!

“Lantak dialah Azie oiiii....!”


Tayang-tayang lunch bila ntah:

Meehoon + kuey teow Cantonese!


*Ada yang gelak pasal “kamera tikam” aku. Masih ingat? Kecik-kecik dulu, kalu boh duit 5 duit or sekupang, tikam kat papan untung nasib dapat hadiah. Paling grand, kamera plastik, yang bleh nampak gambaq, tapi tak leh kuar filem! hahahahahaha kenangan...




~...melihatkan anak dara Pak Imam melintas kawasan sekolah dengan lenggang lengkok macam pinggang bengkok, sudah cukup membuatkan HISYAM terganggu dan SERI BULAN rasa nak merapu tapi anak murid mereka lebih dulu rasa nak baling batu sambil boo...!~










30 comments:

  1. nak ditegur salah, tak ditegur pun salah juga ya...

    ReplyDelete
  2. kak AA. bestnya teman sekerja tak baca ur blog. privacy skit ek.. heheh

    ReplyDelete
  3. rajinnya kak azie.. huhu. kalau nakal sikit, nyorok kan jer kabel printer tu nanti, baru best tengok dorang gelabah.. kih3..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,
    Teman sekerja saya tak tahupun saya ada blog ;) kecuali blog rasmi untuk urusan rasmi juga...

    Selalunya, orang yang kerja sebegitu terlepas aje di dunia ini...namun, pastinya, tak akan terlepas kemudian hari. Bukan mudah pujuk hati sendiri sebenarnya, apalagi kalau dah sampai ganggu orang lain.

    ReplyDelete
  5. CIKGU NORMAH:
    Memang, serba salah kita dibuatnya. Nak tegur, kawan. Kang masam muka plak.



    EFFA:
    Seboleh boleh memang tak suka kawan sekerja intai masuk blog. Memang tak akan bagitau. Nanti susah nak kutuk. hahahahaha

    ReplyDelete
  6. dia ngulor time keje..

    kamera plastik tu zaman zie pun ade Kak Azie.skrg je budak2 x kenal dah..hehe

    ReplyDelete
  7. CIKGU MIZI:
    Tidak ler rajin. Buat ikut peraturan yang diberi, bukan susah pun. Langgar peraturan tu sebenarnya yg susah. Sebab nak kena berlakun dan berawas selalu. Maklum buat salah...



    ANYSS:
    Memang betul. Kita nak hurai panjang lebar, nanti orang ingat kita ni nak mengajar orang plak atau nak tunjuk pandai. So bebel dalam blog saja lahhh...

    ReplyDelete
  8. ZIE:
    Mengulor pun agak-agak jugak la.

    Kelakar bila ingat zaman kamera tikam!

    ReplyDelete
  9. walau penat, badan masih rada sakit2..
    tetap nak singgah ke blog kak AA..
    HAH!!

    pasal geram nielah yang buat kita bengang..
    lagilah melibatkan lari dari masa bekerja...
    tak, apa..
    tak selamat punyalah!!

    kak........... dia hari2 mmg suka bt pekara gitu eik???
    dah jatuh makan gaji buta, dan hukumnya HARAM!!

    subhanallah..

    PS: kamera plastik tu, dalamnya sure gambar bunga atau ikan??? kan!!

    ReplyDelete
  10. salam akak,

    kekadang kita pun tak sedar rupanya blog kita di baca oleh orang yang kita tak sangka

    ReplyDelete
  11. susah jugak kan kak
    xpa kak.selagi dia xganggu yg membabitkn keje kita..biarlah dia..

    lama2 nati bos akan tau kot..

    ReplyDelete
  12. AYU:
    Jangan paksa diri jika kesihatan tidak mengizinkan.
    Soal hukum tu, tak berani pula Kak Azie nak sebut. Masing-masing dah dewasa.
    *Kamera tu ada gambar2 macam2 termasuk bunga dan binatang. Lawa2. Sekali klik, gambar tu pusing2 tukar-tukar. Syok!

    ReplyDelete
  13. EELOBOR:
    Yang kita tak sangka tu kita tak kenal ok la. Kadang2 kita ada juga orang yang kita elak masuk blog kita dgn alasan2 tertentu. kan?



    MEK SARAH:
    Terimakasih atas kata-kata semangat itu.

    ReplyDelete
  14. sendiri mau igtlah kak azie..
    duit upah blnan msk perut jd darah dgg sdiri..

    ReplyDelete
  15. org mcm ni pun ada kat opis i. dah kena warning letter pun rilek. tak faham pun ada. tak fikir berkat dari duit gaji kot..

    ReplyDelete
  16. HAMIZAH:
    Kesedaran belum datang... agaknya.



    ERI-CHAN:
    Ramai ada. Samada mereka sedar atau tidak. Sekali cuba lama2 jadi amalan.

    ReplyDelete
  17. hoho..sy gak 1 sekolah tau blog sy..ni ank murid la punya pasal..adoiii

    ReplyDelete
  18. mcm-mcm kerenah manusia ni kan kak...sabar jer lah...:)

    ReplyDelete
  19. IBNU BABA_04:
    Biasanya ramai murid suka baca blog cikgu mereka. Kot-kot gambar depa ada dalam entri cikgu...



    NIEZA:
    Sabar tak kisah. Jangan sampai kita lak dikata subahat.. aduh



    MIECYBER:
    Nak kantoikan pun bolehhhh..

    ReplyDelete
  20. boleh pulak buat keja gitu naa? bila dah ada kebebasan gitu, terpulang pada diri sendiri untuk jaga etika & berdisiplin la kan. waktu kerja, kena la kerja, cari rezeki yg halal maa. saya pun idak la baik bebenor, hehe

    ReplyDelete
  21. serba salah kan....pening jugak nak deal dgn org tak faham bahasa nih :p

    ReplyDelete
  22. selagi awak tak terikut-ikut, lantak dia jer lah Azie oiii...
    sepandai2 tupai melompat kelak nanti tersungkur jua...dia buat dia jawab, tul dak?

    ReplyDelete
  23. salam kak Azie

    betul tu.. environment persekitaran memang mempengaruhi mood dan kadangkala terbawa2 ke rumah..

    p/s: Kak Azi bagi alamat boleh tak? nak bagi pen NZ ni (cenderahati kecil je kak) sebab dapat jawab soalan saya dulu...

    http://radinsah.blogspot.com/2011/01/awan-berarak-mendung-kelabu.html

    radinsah@gmail.com

    ReplyDelete
  24. kadang2 baru la kita rasa peripentingnya blog kita ni org opis tak tau. eceh!

    ReplyDelete
  25. lantak dia lah...tapi klu dh ganggu kita susah gak ye.

    ReplyDelete
  26. sy pun tak suka org yg kenal skodeng blog sy, especially laki sendiri. haha

    ReplyDelete
  27. DINAS ALDI:
    Saya pun idak ler baik bebenor. Sama ler. Tapi bukanlah setiap masa tengok movie jer waktu orang lain sedang buat kerja.



    NORASHIKIN:
    Dia faham bahasa JAMBU jer kot...



    QUEENIE:
    Saya pun kadang2 berharap pulak dia kantoi. hehehehe

    ReplyDelete
  28. NIDA:
    Salam.
    Ehh dapat hadiah? Bila masa ler Kak Azie pun lupa dah. Nanti Kak Azie email. Terimakasih.



    GADISBUNGA:
    Betul tu. Selesa bergerak dan bercakap, jika orang tak tau kita blogger.

    ReplyDelete
  29. ANA:
    Belum ganggu tidak bermakna suatu hari tidak mengganggu.



    GC:
    Sama ler kita. Tak privacy nanti. Mana la tahu nanti dia perli2 kita plak. hehehehe

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails