Monday, June 6, 2011

Pulut Kuning lagi: Cuba Menjadi Menantu yang Baik, Jika Tidak Pun yang Terbaik...

Salam.
06-06-2011
Hari ini Isnin, cuti skulah, tarikh cantik harus ramai yang nikah kahwin...



AA nak tulis entri tentang majlis akad nikah My Adik Ipar yang berlangsung pada Sabtu lalu,

Aku sudah bersidang di rumah My Mak Mertua seawal 8 malam hari Jumaat lagi. Kerana menjadi menantu (hantu) yang paling dekat sekali, harus lah datang paling awal lagi paling rajin (jika boleh) dan paling banyak melibatkan diri.

My Mak Mertua macam biasa, jika majlis or raya mesti nak buat Pulut Kuning. Dulu aku memang tak biasa dengan Pulut Kuning (kecuali jika ada majlis khas), tapi sekarang dah tak kisah kerana Pulut Kuning ni kekadang aku masak semata nak sarapan pagi or bila teringin.

Aku dah pernah buat entri pasal Pulut Kuning ini di dulu. DI SINI.

Aku banyak belajar cara buat pulut ni dari My Mak Mertua. Dia buat memang sedap, lemak berkilat. Dulu, mula-mula buat aku selalu failed, and My TOKLAKI selalu komplen. Pernah gak aku nangis 3,4 kali bila dia selalu benor komplen my Pulut Kuning manjang tak sama macam MAK dia buat. Sekarang? perhhh... dia makan senyapppp jer!

My Mak Mertua juga terror masak kuih-kuih tradisional, sebab sejak dolu-dolu dia berniaga (masa depa dok kuarters polis lagi).


Kuih Koci, guna pulut hitam. My Mak Mertua memang handal buat ni. Aku jer yang ntah bila nak belajar. Pandai makan jer.


Mula-mula dia buat dulu...

Tapi takkan si menantu hantu ni tengok saja, kan? Mesti nak tunjuk kekuatan tangan dan lengan jugak.

Kerana malam itu hujan, tiada siapa yang dijangka datang seawal itu. Hanya kami sekeluarga. Kemudian barulah beberapa orang biras “beras” ipar-lamai muncul mengambil alih beberapa kerja lain.

Especially Rendang Ayam + Kacang Panjang (resipi paling best My Mak Mertua), yang terlupa nak snap picnya.


“Mak, nak cuba... nak cuba!”: CHAK


Berkelahi nak lawan mengacau.



Hasilnya, memang kuning berkilat, lemak berkrim! Sambil kacau nak dekat sepinggan masuk mulut 3 beranak tuh.


My Mak Mertua juga handal masak kuih ini; Kosui.

Bila dah ramai yang datang, kami balik dulu sebab anak-anak tu tak tahan mata cepat mengantuk.

Lagipun aku nak balik awal (kul 11, awal ker?) sebab nak masak ini:

Ini je lah yang ko pandai Azie!

Mujur Karipap frozen dah buat 1 day before, sebab kerja takut tak sempat nanti.



~...SERI BULAN sentiasa tahu apa yang digemari HISYAM, sehingga anak dara Pak Imam tergamam, bila SERI BULAN selalu simpankan Pulut Panggang bila singgah di kedai Seman sehingga Seman merasa kuihnya itu seperti paling sedap dalam dunia..~











36 comments:

  1. Dah lama tak makan pulut kuning - sebab takut 'berangin' (Abg Mus kata, 'alaaaa.... tak makan pulut pun memang selalu naik angin!) hehehe...

    ReplyDelete
  2. sampai mak mentua meninggal, sayalah menantu perempuan kesayangan dia... sebab takde menantu perempuan yang lain, haha! (suka)

    ReplyDelete
  3. ana sempat ngan mak mertua 6 bln je..pastu dia dh meninggal, blm sempat nak belajar apa. walhal, dia la tukang masak hebat kat kg tu :(

    ReplyDelete
  4. Kakak suka kuih koci.

    Pulut kuning yg dipapar sungguh memang berkilat. Manalah tak habis sepinggan.

    ReplyDelete
  5. memang menantu pilihan saya ni... cik azie kita.

    ReplyDelete
  6. kak Azie, saya pun tahu buat dadih tu je...hihi.

    Kalau pulut kuning mmg kompem tak sedap saya buat...hahaha

    ReplyDelete
  7. AA (menantu contoh)

    I tak sempat nak buat jasa pada my MIL. I kawin 4 bulan dia terus pergi tak kembali. Anyway, I sker pulut kuning.

    ReplyDelete
  8. Bang Temuk alhamdulillah sihat. Terima kasih.

    Insya-Allah, berkat ilmu yg diwarisi itu. Nanti, dapat pula diperturunkan kemahiran itu kepada para menantu, tak kira lelaki atau perempuan, apabila azieazah sudah bergelar ibu mertua. Para cucu pun boleh memanfaatinya. Be happy & stay healthy, always.

    ReplyDelete
  9. Sallam,

    Syukur mak mertua Azie ada lagi, boleh gak belajar, Belajarlah sampai khatam, sok2 boleh ajar anak menantu plak.

    ReplyDelete
  10. kak azie..pulut tu nmpk begitu cantek sekali..enak tu mkn ngan rendang..

    bab kuih pun saya failed kak..tau mkn ajo...bukn kuih ajo..seme la..hanya tau sket2 ajo..

    ReplyDelete
  11. kesukaan saya tu kak, kuih koci, kosui, tapi reti makan aje tak reti nak membuat

    ReplyDelete
  12. pun x reti buat kuih2 lama ni..tau makan jerr..huhu!

    ReplyDelete
  13. zie sgt suka makan pulut kuning ngan gulai daging..peh..kecur air liur dibuatnya..

    harini, 6/6 tarikh akhirnya hayat salah seorg sepupu zie..pagi tadi..

    ReplyDelete
  14. owh...pulut kuning mu peberet...

    ReplyDelete
  15. pulut kuning mkn ngan kari telur pun besh!!
    akak, nak koci!!

    ReplyDelete
  16. Pulut kuning, koci ...tu semua makanan feveret saya!!

    Dah lama gila saya tak makan pulut kuning ni..cicah dgn sambal ikan bilis...best gile!

    ReplyDelete
  17. Belajar buat pelbagai jenis kuih dan masak roojak dari mak mertua juga, hehe.

    ReplyDelete
  18. Bab pulut kuning saya pun terror...terror makan! Kalau ada pulut kuning tak makan nasi pun tak per..suka sgh.

    ReplyDelete
  19. Aslmkm.
    Seronok rasanya ramai2 bergembira.
    Alhamdulillah. Bagus la Azie menjadi menantu kesayangan yang juga amat pandai mengambil hati.
    Mudah2an menjadi contoh yang baik kepada anak2 Azie.

    ReplyDelete
  20. sedap dan lazat.....bagilah orang kat sini sama

    ReplyDelete
  21. kak AA...

    ape citer seri bulan dan Hisyam..?
    saya tak faham... tolong fahamkan.. tertarik ni...

    ReplyDelete
  22. KAKCIK:
    Takpa, Abg MUS kan pandai jampi tolak angin? hikhikhik!




    KUCING OREN GEMOK:
    Ehhh.. dah kahwin eh? Sori, selama ni Kak Azie dok ingat awok bujang lagi. :)



    ANA:
    Takda rezeki nak belajar. Takpa, pasti kenangan bersama dia akan menjadi penguat semangat jadi pandai memasak lepas ni. :)

    ReplyDelete
  23. KAK ZAKIE:
    Ada petua tertentu tu, nak bagi pulut nampak berkilat. Bukan boleh polish gitu gitu jer. hehehehe



    CIKGU NORMAH:
    Ops! nak ambik saya jadi menantukah? Bolehhh.. boleh sangat. Hahahahaha



    YUS:
    Elok la. Buat dadih manyak2. Kita tukar-tukar. hehehehe

    ReplyDelete
  24. SOM (tukang masak contoh):
    Takpa, masa yang singkat pasti bermakna. Kalu selalu hadap Mak Mertua tapi asik tak sependapat pun, tak bermakna gak. kan?



    BANG TEMUK:
    Alhamdulillah.
    Tanpa sedar, perbuatan/perlakuan itu sudah cukup menjadi contoh melalui pemerhatian anak2 dan cucu kita.

    ReplyDelete
  25. peeh..
    nampak menyedapkan pulut kuning versi mak MIL kak AA.. tapikan, kami mmg tak pernah dapat buat sebab agak pantang bab pulut...
    (katanya, kalau ada sakit sendi, tak boleh makan.. telan jerlah air liur dalam)

    bab kuih kasoi tu.., orang demam nak sikit!!!!

    P; suka lihat chak kacau!! like umai....hahah

    ReplyDelete
  26. ANIES:
    Kedai apa agaknya eh? Jom kita try bukak cyber cafe yg jual kuih tradisional.



    LIPISLADY:
    Salam Kak.
    InsyaAllah, boleh lagi saya nak belajar. Tapi selalu beralasan saya takda masa. :)



    MEK SARAH:
    Pulut tu memang sedap dgn Sambal Bilis or Kari Ayam or Rendang!

    ReplyDelete
  27. MAMASYAZA:
    Sama ler kita. Bab makan memang laju. :)



    MAKDARA TERDIVA:
    Kita kalu sungguh2 belajar, harus kita pun boleh pandai, kan?



    ZIE:
    Gulai daging? Memang sesuwai.
    Takziah atas pemergian sepupu.

    ReplyDelete
  28. JUNAINA:
    Tapi tak sama dengan Pulut Sibaq...



    WAHIDA:
    Kari Telur? Wow! Kalu nak koci tu kena supply daun pisang banyak2.



    DADDY ZIYYAD:
    Amboiii doktor kita niii. Semua dia nak belasah. Tak pantang kah?

    ReplyDelete
  29. ZEZEBEL:
    Seronok, kan? Bila kita boleh belajar menu pelbagai dari Mak Mertua kita...



    HANI:
    hehehe... sorang lagi geng terror makan.



    DRFAUZIAH:
    Salam.
    InsyaAllah, jika boleh menjadi contoh. Saya buat seperti biasa saja.

    ReplyDelete
  30. AZAM:
    Salam kenal, sila masuk. Terimakasih.
    Orang kat sini tu, duduknya di manaaaaa...?



    EFFA:
    Hmmm... terharu ni.
    Cemana nak citer ya? Taktau nak citer cemana kisah SERi BULAN dan HISYAM ni. Nanti bila free Kak Azie bisik yaaaa...

    ReplyDelete
  31. AYU:
    Memang betul. Bagi setengah2 orang tak leh makan pulut banyak. Angin dan sakit sendi. Jika nak makan pun, rasa secubit dua saja lah.

    CHAK tu memang suka nak tru itu ini..

    ReplyDelete
  32. bab pulut2 ni mmg i tak tau nak buat. hubby suka makan... nanti leh belajar dari AA lah..

    ReplyDelete
  33. YAN:
    Boleh, takda masalah. Tapi pengerasnya ialah buah kelapa kulit keras. bleh? hehehehe

    ReplyDelete
  34. peberet saya ni!pulot kuning, rasan nak buat, mcm susah lak gayanayer

    ReplyDelete
  35. KEBAB2SEDAP:
    Wahhh suka juga yer. Kalu dah tahu cara buat, tak susah pun...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails