Monday, June 13, 2011

Ada Rendang Itik di Walimatulurus di Ulu Cuchoh...

Salam
12-06-2011
...lepak kat rumah setelah lebih sebulan takdapat peluang.



Mengembangkan citer semalam. Berkonvoi beramai-ramai ke Kg Ulu Cuchoh, Sg Pelek, Sepang. Bagi menghadiri walimatulurus seorang kawan, kakak sahabat yang menerima menantu. The only one. Sebab anaknya cuma seorang ini.

Bermula dengan pakatan beramai-ramai menanti di Tol Nilai, jam 11 pagi.


Bergerak serentak 7 buah kereta. Lagi 3,4 buah kereta menanti di tempat-tempat lain.

Tiba pada waktu yang tepat. Time makan.

Lauk pauk memang best. Yang tidak diduga, ada Itik Masak Rendang! Best sangat! Lama tak makan daging itik.




Makan sambil sembang dengan ramai para sahabat yang lama tidak bertemu. Kenal bertahun dalam komuniti Sahabat KgMMS KLfm, sejak 2005, tapi masing-masing hanya berharap pada majlis sebegini untuk bersua kembali.



Selain dari menu daging masak hitam, acar buah dan daging, tetamu juga dijamu Air Limau Asam Boi. Memang best!



Mempelai tidak bersanding (rasanya tidak sebab aku tak jengah pun dalam rumah ada pelamin ke tidak). Selepas pengantin lelaki tiba, terus sahaja duduk di meja makan beradap.


Si “minah jakun” ni posing bawah pokok yang dihiasi bunga-bunga dari kertas. Memang unik sekali.


Tuan rumah. Terimakasih Kak JAM AINI.

Kalut bergambar dan kami pun nak balik cepat, KAK JAM terlupa AA tak dapat “berkat”. Anak-anak pun tak dapat. Balik semua lenggang kangkung. (Mujur Kak Izan bagi goodie bag dia, cenderahati gelas yang klasik).

Majlis yang best (wpun sempat sekejap cuma), tetap best sebab dapat bertemu mesra dengan lebih 20 orang sahabat.

Terimakasih semua....



~...mencuba nasib menjadi penanggah bukan pelangah di majlis kahwin duda bertemu janda sebelah baruh Kampung Separuh Desa, bagai mahu tertanggal telinga HISYAM mendengar jolok-buah-mulut orang supaya dia segera bernikah pula dan kemudian menjadi pencuci periuk kawah...~








25 comments:

  1. Semalam saya pun menghadiri kenduri seorg sahabat lama ms sekolah...tapi cuma dapat berjuma 2 org saja....best tenguk AA dapat jumpa ramai teman2 dn sempat berposing tak mcm sy hanya dapat abadikan satu gambar sj sebab mak pengantin sibuk sgt2.

    ReplyDelete
  2. Oh AA sahabat kgMMSKLFM ek? Tentu ramai kawan. Saya pernah mendaftar menjadi sahabat KLFM dulu tapi lepas tu tak aktif sbb dengar saluran radio lain hehehe

    ReplyDelete
  3. Siapa yg suka itik mesti suka.

    Tapi saya tak lalu nak makan itik ni sebab tak biasa huhuhu

    ReplyDelete
  4. saya dah lama tertanya dalam hati. tapi jangan kak azie salah faham & anggap sensitif lak soalan nie. sebab kekadang saya perasan (dalam keluarga saya), apabila menghadiri majlis kenduri kahwin & x mendapat "door gift", boleh jadi suatu isu yang menjadi perbualan (tidak hangat cuma menjadi topik)

    ReplyDelete
  5. kak
    sya suka jugak rendang itik,
    kebanyakan kenduri di k.langata ni memang tak tinggal menu acar buah tu.

    ReplyDelete
  6. rugi juga tak dapat 'berkat'...tapi dah tak ada rezeki, nak buat camana.

    ReplyDelete
  7. 2 hari ayu pi majlis kawin.. mmg tak ada rezeki..
    tak apalah.. memahami tuan rumah mungkin susah kot

    janji kita dapat jumpa kawan2 dan saudara mara..


    kak... bab daging itik tu.. teringin nak rasa... hehehe

    ReplyDelete
  8. cam sedap je itik tapi bila teringat itik gantung kat kedai cina terus kegelian... huhu...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum.
    Seronoknya berkonvoi, menuju destinasi yang mengerat silaturrahim.

    Bukan sahaja dapat menatap wajah pengantin, makan-makan, bahkan juga menghubungkan kita dengan sahabat dan taulan yang lama terpisah...

    TQ

    ReplyDelete
  10. seronok bertemu kawan-kawan tulah yg menambah sedap makan-makan kan Azie?....

    ReplyDelete
  11. rendang itik... wah, best tu

    jumpa pulak kawan2 lama lagilah berselera makan

    ReplyDelete
  12. mak aiii..rendang itik tu yang mebeles laa:)

    ReplyDelete
  13. NYANYI SUNYI:
    Biasanya time gathering di majlis kenduri ler masa paling sesuai nak berjumpa teman2 lama.



    YUNUS BADAWI:
    Saya memang antara orang2 lama. Yang dlm gambar tu semua orang2 lama juga. No keahlian kami semua hanya 4 digit sahaja. Yang 3 digit pun ada tu. Sekarang ni ahli dah lebih 100 ribu.

    ReplyDelete
  14. YUNUS BADAWI:
    Saya makan itik masa kecik dulu. Kami ada bela banyak itik. Dan arwah AYAH masakkan Itik Masak Kicap! Perhhhh!



    EELOBOR:
    Pada Kak Azie, goodie bag tu menjadi kenangan antara kita dengan tuan rumah. Kalu ada makanan, itu berkat. Sedekah tuan rumah.

    ReplyDelete
  15. SYA:
    Kak Azie suka Acar Buah tu rasa macam nak ratah semua. hehehehe



    CIKGU NORMAH:
    Lain majlis, lain giftnya. Kalu dapat makanan, pun seronok juga.



    AYU:
    Antara yang best pegi kenduri, tentulah dapat jumpa saudaramara yang lama tidak bertemu, kan?

    ReplyDelete
  16. CIKGU MIZI:
    Kalu ingat yang itu, memang jadi lain. Kak Azie memang biasa makan itik masa kecik2 dulu. Kami bela banyak itik di kampung dulu.


    ADMIN @ CIKGU:
    Selamat kembali ke sekolah hari ini.

    Betul. Selain makan-makan. Borak2 dengan kengkawan lama.

    ReplyDelete
  17. QUEENIE:
    Betul KAK. Bukan senang nak dapat peluang macam ni.


    IBU INTAN:
    Saya pun biasa makan Itik Masak Kicap atau Kari Itik jer. Rendang memang tak pernah lagi. Bestttt!



    KAK ES:
    Marbeles!

    ReplyDelete
  18. SALAM,
    SEPANG TU TAK JAUH DARI BANDAR BARU BANGI ! LF SUKA MASAKAN ITIK

    ReplyDelete
  19. Kakak nak bagi tahu dulu di tempat kakak ada nama Ulu Choh...

    Melihat paparan kakak dah dapat bayangkan keseronokan dan cerita yg panjang berjumpa teman.

    ReplyDelete
  20. Tak pernah dengar lagi kenduri kawin makan Itik mesti Tuan rumah penggemar sejati Itik tak pun tokeh ternak Itik ;). Ate pun suka sangat mkn Itik. Pantang ke restoren Chinese Muslim. Mesti order Itik. Di kebanyakan rumah makan di Indonesia pun banyak resepi 'bebek' (itik).

    ReplyDelete
  21. selalu pose lentok je..kali nie menonggek lak ek...heheheee

    ReplyDelete
  22. LF:
    Kalu dari Bangi memang tak jauh bang...



    KAK ZAKIE:
    Saya pun pernah dengar nama tempat Ulu Choh. Hampir sama dgn Ulu Cuchoh. :)



    KAK ATE:
    Saya rasa kampung tu banyak itik dibela. Tuan rumah ni tokey lembu dan kambing. Dia memang penguasaha ternakan besar-besaran.

    ReplyDelete
  23. ACU:
    Tak sengaja tuuu.. hehehehehe



    BUJAL:
    Dah namanya pun kenduri. Tak meriah makan, tak tahu laaah.

    ReplyDelete
  24. sedih sbb tak dapat joint, mesti kakak aku tu kecik hati, tapi nak buat mcm mana udah dpt arahan dr kampung supaya pergi majlis yg satu lagi tu utk menjadi wakil..dan siap kena jadi kereta pengantin lagi...kalau setakat pegi makan udah tentu sempat lari kesana lagi....

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails