Wednesday, June 1, 2011

Novel: Rojak Bukan Sebarang Rojak...

Salam
31-05-2011
...sibuk dari pagi membawa ke malam.



Anak-anak dara aku, jarang baca novel Melayu, wpun si EMAK ni tiap tahun mesti nak borong buku novel sakan-sakan. Tapi cuma aku sorang sajalah yang baca, sebab AMOI dan IKA lebih rajin telaah Meyer’s series New Moon, Sophie Kinsella’s (Shopaholics series) dan beberapa tajuk yang aku eja pun tak berapa nak jadi bunyiknya... — macam Ramlee baca tak bunyik langsung!

Tapi bila depa dapat tahu ada novel Melayu best, nak juga pinjam (beli memang tak larrr). Contoh terbaru, AMOI dapat pinjam novel Melayu (penulis Melayu) dari kawannya yang rekmen buku ni best!

Novelis pun dah indie sekarang, bukan penggiat seni jer. Aku pernah singgah di booth penerbitan buku konsep urban ini, setelah terbaca dalam paper. Salah satu novel terbitan FIXI akan didramakan (filem? lupa). Lalu aku tertarik kerana konsep novel ini sungguh lain dari yang lain. Nak cerita pun tak reti. Ianya sesuatu yang berbeza kerana tidak dibungai dengan bahasa bunga dan cintan-cintan megi-cintan sampai menangis sesak dada.

Sasaran pembaca novel sekarang bercabang dengan pelbagai selera dan citarasa. FIXI mengenengahkan sesuatu yang berbeza dan pasti menarik minat golongan remaja.


carian: Google


Captured dari website FIXI.


AMOI pinjam dari kawan dia, pun versi English jugak.
Tak semak lak bila tahun terbitannya.


Mahal jugak. Tak ler tebal mana pun, tapi RM35.
Mungkin hard cover tu yang menjadi identiti dan value.



Salah satu cerita yang terdapat di dalam ROJAK. Cerita pendek, tapi memang menarik.

Aku baca tak abih pun lagi, sebab banyak mengeja dari membaca. Hahahahaha.. > mengaku pun ko Azie...!


Untitled? Ni bila nak siap nih? Kenapa ada watak HISYAM di situ? > garu dagu jap...


****

Belum sempat nak blogwalking, apa lagi nak blog-running, sebab terlalu sibuk dari pagi sampai ke malam. Sempat dah siapkan tempahan Karipap frozen untuk seorang kenalan.

Entri terdahulu tu kalu tak respons, tak apa, kan?

Good nite everyone!

*update: kerana Amir Muhammad ada komen di bawah (thanks Bro!), harus juga aku tambah cerita, Amir Muhammad adalah orang kuat FIXI, dan aku pernah jumpa beliau di booth FIXI masa Pesta Buku yang baru lalu.



~...kali pertama HISYAM mengajak SERI BULAN ke baruh bukan niat untuk bergeruh, tapi kerana Pak Utih tidak berteman di laman, ada baiknya mereka bertiga pergi walau janjinya tidak pulang bersekali...~








17 comments:

  1. tak payah respon.. teruskan lagi.. hehehhehe..
    ayu pun baru abiskan novel REM...
    yang pasti masing2 ada minta ke aliran sendiri..
    nak romantik, ngeri, atau apa2...
    suka hati..

    PS: puas hati dapat komen no 1

    ReplyDelete
  2. Mengekor rapat... Kak Azie menjadi pengomen nomot 2...!

    ReplyDelete
  3. hahaha... alaa saya nak no 2 tu

    ReplyDelete
  4. salam kenal.. rajin2, jemput singgah my blog (Aku Sebutir Pasir) kalau nak baca my experiences travelling ke 46 buah negara.. :)

    ReplyDelete
  5. Hmmm saya pun tak gemo sangat novel berbunga bunga ni....dah mmg bahasa pun ke laut...mana buatnya...

    nak g terjah web tu laaa...

    ReplyDelete
  6. serius dah lama sgt tak beli novel dan baca novel. zaman study dulu, balik je dari popular, terus abehkan novel yg baru beli tu. hehe

    ReplyDelete
  7. sya pun tak suka mengadap novel, kalau sya baca ambik mula, tengah dan akhir
    hehehehe..tp kalau buku buku berunsur sejarah sangat berhantu..dapat je boleh mengadap sampai habis

    ReplyDelete
  8. DAH LAMA TAK MELAYAN MEMBACA NOVEL KAK AA...

    ReplyDelete
  9. kak azie !

    baru teringat. saya tak PM lagi HP no. Dah lama tak jengok FB tu.

    InsyaAllah malam nanti.

    ReplyDelete
  10. Sekarang mood bernovel dah kurang lah pulak.

    Beli di PWTC hari tu pun tak mula baca pun lagi.

    Asyik tak sempat aje sekarang ni..

    huhu..

    ReplyDelete
  11. IBU INTAN:
    Saya rela bagi piala naib juara pada akak! :)



    JHAZKITARO:
    Salam kenal. Terimakasih, sila masuk.



    CIKGU NURIN:
    Terimakasih, sila masuk.
    Boleh terus klik kat nama AMIR MUHAMAD di atas sinun...

    ReplyDelete
  12. AMIR MUHAMMAD:
    Thanks BRO!


    GC:
    Zaman berubah-ubah. Ada ketika kita seperti suka, kemudian merudum kemudian minat semula.


    SYA:
    Minat sangat lain dari yang lain ya?

    ReplyDelete
  13. MUNNA:
    Boleh baca buku lain juga.




    AZRINA:
    Takpa RIN. Nanti kalu nak tempah, bagitau jer.

    ReplyDelete
  14. MIECYBER:
    Rojak Ayam? Pertama kali saya dengar..

    ReplyDelete
  15. Dah lama sangat tak baca novel, huhuhu

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails