Tuesday, June 7, 2011

Biar Majlis Ringkas, tapi Bermakna...

Salam
06-07-2011
........... waktu yang tidak menentu.


AA sebenarnya nak tulis kisah kenduri akad nikah My Adik Ipar secara menyeluruh semalam, tapi bila dah masuk bab Pulut Kuning jer dah panjang berjela, tajuk ditukar menjadi kisah sang pulut yang kuning menyerlah!

Lagipun gambar pengantin tidak dapat diambil dari mana-mana, kerana belum ada yang upload (huhh.. harap kamera jer besau).

Lalu terpaksa juga AA gunakan gambar yang mana ada dari “kamera tikam” aku nih. Blogger ketegaq, memang lagu nih.

Sekadar untuk makluman, majlis akad nikah ini memang ringkas sahaja. Bernikah di Masjid Al-Adzim, Pandan Indah mengikut jadual jam 10 pagi. Aku tak ikut ke masjid, kerana melantik diri sendiri menjadi Ketua Jaga Dapur dan Sinki (yang memang sejak awal berT-shirt dan slack sahaja sehingga akhir).

Kerana kami di pihak lelaki, tiada acara bersanding atau berarak kompang jauh sekali bersiram air mawar atau tabur bunga rampai or beras kunyit.

Keluarga sebelah perempuan pun datang jauh dari Kelantan dalam 3,4 kereta sahaja. Sepupu aku yang merupakan Imam di surau kami dijemput khas untuk doa selamat. Kemudian makan tengahari.

Majlis lebih menjurus kepada kenduri doa selamat dan gathering sanak-saudara, menantu-cucu sekitar KL serta beberapa orang jiran terdekat.

Majlis ringkas, tapi sangat bermakna. Bermakna kerana, selamatnya meraikan sebuah masjid didirikan dengan cara sederhana tapi restu semua kaum keluarga. Bermakna juga, kerana kami berkesempatan lagi berkumpul, bertemu sepupu-sepupu dan mak-mak menakan yang jarang kami jumpa.



Malah ada juga jiran dari kampung My Mak Mertua datang jauh dari Kuala Pilah. Penat ke depan ke belakang pun tak terasa kerana seronok!

Menu: selain Pulut Kuning yang menjadi tayangan semalam, juga ada Kari Ayam, Sambal Udang + Petai, Rendang Ayam dan 2 jenis rendang daging, Sambal Tumis Ikan Bilis, Asam Pedas Ikan Tenggiri, Karamel Gula Hangus, Kek sampai 4,5 jenis termasuk Kek Lapis, kuih muih...

Hanya Pulut Kuning, Sambal Bilis dan Rendang Ayam dari tuan rumah. Selebihnya semua ditaja anak-menantu (termasuk si hantu yang satu itu...)

Majlis berakhir kira-kira 3 petang tapi mengemas tu yang tak berkesudahan. AMOI bawa ALIA dan CHAK pegi tengok Kungfu Panda plak petang tu. Dan memberikan aku 2 jam masa terluang untuk tidor petang. Nikmat!

Malam berulang semula ke rumah My Mak Mertua, finishing. Kemas apa yang boleh lagi, adatlah. Orang dekat kena lah bagi nampak macam melekat...

Kesimpulan, tanpa restu keluarga tiada hati akan gembira untuk meraikan apa pun yang disebut kebahagiaan. Tanpa sokongan kuat dari ahli keluarga — walaupun hanya sekadar kuat makan — belum tentu majlis menjadi meriah. Saiz majlis bukan soal, yang penting setiap ahli keluarga terlibat meraikan dan dirasakan “keberadaannya/kehadirannya”.



Beberapa goodie bags yang caca marba berisi gula-gula dan Bahulu. Bunga telur ada, tak sempat nak snap pun. Tema PURPLE youuuuu...!



*Psssstttt... My Adik Ipar yang kahwin ni sebenornya, age dia sama dengan age AA!


~...SERI BULAN tidak pernah gundah andai jodohnya dengan HISYAM langsung tidak diizinNya, kerana sedari awal mereka sudah berjanji platonik tidak mungkin menjadi tonik yang kelak memberi ketagihan yang merosakkan seluruh warga Kampung Separuh Desa...





21 comments:

  1. moga berkat juga perkahwinan itu dengan bahagia hingga ke syurga

    ReplyDelete
  2. Selamat pengantin baru buat adik ipar azie semoga berbahagia dan kekal selamanya.

    ReplyDelete
  3. semoga berkekalan hingga keakhir hayat dan bahagia hendaknye...

    ReplyDelete
  4. best nya ada makan2.. gebang2..

    paling best bila dapat tidur nyenyak tanpa gangguan lepas bertungkuih lumuih hingga belemoih.. kan? kan?

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. bertambah jumlah masjid atas muka bumi ni.. :)

    ReplyDelete
  7. majlis ringkas atau "grande" tak penting. yg penting, meraikan hari berbahagia bersama yang tersayang..

    ReplyDelete
  8. Selamat pengantin baru buat kedua mempelai..

    Nida ni pun baru menerima adik ipar baru minggu lepas, bulan 7 ni sorang lagi yg akan kahwin... tapi yang sedihnya..uwaaaaaa, kakaknya ini tak dapat balik..:(

    ReplyDelete
  9. Semoga berpanjangan jodoh mereka ke akhir hayat dan hidup dalam bersefahaman serta berkasih sayang sentiasa. Amin.

    ReplyDelete
  10. Slmt pengantin baru, moga kekal dan bahagia selalu hendakNya..

    ReplyDelete
  11. selamat pengantin baru!

    kamera tikam, kihkihkih! ni first time dengar :D

    ReplyDelete
  12. semoga mereka kekal bahagia selamanya..

    menantu hantu tu jugak yg terbaik dan rajin ..kan

    ReplyDelete
  13. kamera tikam pun janji berfungsi AA. hehehehe

    ReplyDelete
  14. semoga bahagia ke dua nya...
    kak apa khabar?

    ReplyDelete
  15. cik kak, insyaallah i will be in kl this thursday, somewhere dekat setapak. will call u ok. sediakan pulut pls.

    ReplyDelete
  16. buat majlis ni..xkira besar kecik
    hak pentingnya berjalan dgn lancar aje..jika ada sangkut2 tu yg takmo kan..

    alhamdulilah majlis kawin ni berjln lancar..

    penat kan buat majlis gini..saya akan rasa nati tu..tapi saya byk sambut menantu sb anak jate 3 oghe..hehhe..


    kak azie la yg akan buat majlis dulukan sb anak2 akak da besar2..

    ReplyDelete
  17. salam azie,

    ya, saiz majlis x penting, yang penting kemeriahan yang dirasai oleh semua yang hadir. majlis kecil lebih mengeratkan hubungan sesama keluarga kan

    ReplyDelete
  18. suka majlis macam ni, kita ada banyak masa untuk beramah mesra dengan saudara mara yang entah bila tahun boleh bertemu lagi...

    ReplyDelete
  19. Majlis grand 3 hari 3 malam, kalau bercerai tak sampai 3 tahun, tak guna juga :P

    Bersederhana dalam semua benda..

    ReplyDelete
  20. saya setuju para yang bertulisan italic tuh...setuju sangat. tanpa restu keluarga, semuanya tak bermakna.

    sedapnya menu....tahniah kat tukang jaga dapur & sinki juga selamat pengantin baru kat pasangan mempelai...:)

    ReplyDelete
  21. Cuti sekolah ramai yg akhiri zaman solo...kita seronok walaupun penat..dpt berkumpul sedara mara juah dekat best..tk terasa penat..mudah2an pasangan dikekalkan dalam bahagia hingga akhir hayat

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails