Friday, June 24, 2011

Kotaraya Sudah Tak Meriah Lagi, kan?

Salam.
23-06-2011
...dah Khamissssssss...


Masih ingat Kompleks Kotaraya? Bangunan Cahaya Suria? Petaling Street? Jalan Sultan yang ada panggung wayang? (panggung apa, Rex eh?)

Semakin lama semakin kurang menyerlah tempat itu, kan? Paling-paling pun pelancung luar yang kepingin nak lihat China Town di Malaysia. Yang lain-lain tu bagai tidak lagi disebut orang. Padahal dulu, Kotaraya tu macam pusat orang tunggu bas untuk merata tempat di Lembah Klang. Masa zaman gemilang Bas Sri Jaya dulu.

Sejak pusat hentian bas dalam bandar banyak bertumpu di depan Menara Maybank, Bus Stand Klang (bawah Putra Stesen), dan lain-lain tempat sekitar, bangunan Kotaraya bukan lagi tumpuan ratusan orang berdiri menanti bas.

Panggung wayang kat Jalan Sultan dah takda. Petaling Street pun dah macam tak berapa “China Town” pun, sebab penjual banyak pendatang asing yang meniaga (tokey duduk diam-diam, tak jerit macam dulu lagi). Macam agak sunyi kawasan itu. Bukan sunyi tak berbunyi tapi sunyi dari menjadi sebutan ramai.

Orang sekarang banyak sebut KLCC, Pavilion, MidValley, Bukit Bintang... paling cekai pun sebut Times Square! Am I right?

Zaman dulu, aku kerja area Jalan Loke Yew jarang menghala ke Kotaraya. Tak tempuh town, tapi sekali sekala haruslah ke tengah kota jugak kan? — teringat lagu Tengah Kota by Alleycats!

Dulu, sungguh meriah area Puduraya sana. Masih ingat aku pernah sekali makan kat Kenny Rogers dalam Kotaraya tuh. Ada lagi tak? Dulu sebelum Mydin, adalah Metrojaya di situ.


Seorang lelaki muda, warga asing (tak pasti, Myanmar kah?) sedang buka meja, jual sireh. Kerana tak reti nak baca tulisan tuh, apa lagi nak tanya AA tak tau berapa harga sireh tuh. Hehehehe.. (tapi sempat mintak izin nak snap pic, “can I take photo?”)

Last Sabtuday, aku nampak McD di hadapan Pasar Seni dah tak ada! Aduhai... Dah berganti dengan restoren segera (ayam jugak) tapi tak ingat jenama apa sebab jenama tempatan, baru.

Walaupun perubahan demi kemajuan itu penting dan diperlukan, tetapi perkara lama sering menjadi ingatan dan kenangan...

Itu belum lagi jengah ke Jalan TAR atau Chow Kit. Pasti ada lagi yang sudah “hilang” dari pandangan mata...


Sejak bila gerai ini wujud pun aku tak tau. Mestilah sudah lama. Lorong tepi Kotaraya.


Peniaga Melayu, bukan Indon. Peramah makcik tuh! (macam aku). Semua meja penuh tak kosong. Pelanggan tetap yang ramai, katanya.


Beli untuk rasa dan juga ambil hati makcik tu, Bubur Caca (sebungkuih RM1.30). Sedap dan lemak juga. Tapi anak-anak kata, “Mak masak lagi sedap.”

Sekali-sekala singgah di tempat sebegitu, menyusur jalan kenangan banyak rentak kehidupan yang dapat dilihat, sambil mengimbas kehidupan terdahulu. Mensyukuri apa yang ada dengan menaruh harapan, akan datang generasi kita akan mendapat kehidupan yang jauh lebih baik dari yang pernah kita semua lalui... kan?


~...bagai digamit memori silam, berebut buaian di dahan kekabu pinggir telaga buruk sebelah baruh Kampung Separuh Desa, SERI BULAN sentiasa teringin hendak menolak HISYAM terjunam ke telaga, biar bila timbul nanti kepalanya penuh dengan kiambang dan telipuk...!~










39 comments:

  1. KOTARAYA...hampir lupa dah nama nih..heheheh

    ReplyDelete
  2. Nak komen.
    tapi tak pernah ke kotaraja KL..

    hanya berani komen tang bubur caca..
    sebungkus rm 1.30.. murah tu..
    di citarasa rinduan..ku jual rm1.50 dibulan puasa..

    ReplyDelete
  3. sya ni lagi pulak memang dahhhhh laaammmmaaaaaaa..tak jejak di sana.

    ReplyDelete
  4. Salam, di tahun 90an, kota raya mmg terkenal, tempat meeting point, tempat menunggu bus SJ, bus stand klang pulak memang sibuk di waktu itu, teringat lagi saya menunggu bus no 222 ke shah alam! Skrg ni Kota Raya penuh dgn pendatang asing. Setiap kali ke KL, saya akan cuba mengelak dari pergi ke Kota Raya, tak sanggup rasanya tgk pendatang2 asing yg lebih ramai dari penduduk tempatan. Ya, pemuda yg bukak meja jual sireh tu adalah dari Myanmar, saya ramai kawan sepejabat dari negara itu. Heran ya, di mana penguatkuasa dari DBKL? Sah2, mereka ni berniaga tanpa lesen. Kalau di Spura ni, awal2 lagi org2 mcm ni ditangkap dan dihantar pulang ke negara masing2, sebab itu mereka tak berani berniaga sesuka hati, tapi di Msia? Memang syurga bagi mereka.

    Nash-Singapura

    ReplyDelete
  5. saya pun rindu untuk menyusur jalan dari puduraya ke bas stand kelang.. melalui petaling street...
    lama sungguh tak jalan-jalan begitu.. dulu gagah sungguh mengguna kaki... menjelajah jalan-jalan di sini... ooo muda lagi masa tu..

    ReplyDelete
  6. salam perkenalan...sebut kotaraya teringat jugak kenangan saya menunggu bas nak ke TTDI..haha kena ngorat dgn seseorg ni..dia tny pukul brp dan lps tu dia minta nk berkenalan..trus sy bgtau dh kawin..haha cerita dgn suami saya pulak yg kena marah..haii jd peramah pun salah..

    ReplyDelete
  7. dah lama tak kesana kak, ramai warga asing dah kan,,,takut lerr

    ReplyDelete
  8. wah 'selipar' baru...gambar pun baru :) terbayekkk...hehe

    ReplyDelete
  9. AA
    Jln Bukit Bintang, Sg Wang Plaza, Weld n Fitzpatrick Supermarket, Jln Conlay/Jalan Raja Chulan dan restoran Eden semua tu tersimpul mati dlm kenangan.

    Tak lupa juga, Bangkok Bank.

    p/s: baru katam baca your previous entries.

    ReplyDelete
  10. Hanya tinggal kenangan semua tempat2 tuh..

    ReplyDelete
  11. area ni adalah area 'lepak2' zaman persekolahan..hujung minggu naik bus dari kolej ke puduraya, pastu jln2 sekitar ni..tumit pun belum reti sakit2 lagi..bukan main lah tawaf kotaraya ni..

    ReplyDelete
  12. JMR:
    Jangan lah dilupa. Tu tempat kenangan lalu tu.



    AYU:
    Di pasar malam tempat Kak Azie, masih lagi dapat Bubur macam tu RM1.00.



    SYA:
    Sama la kita. Jejak sebab kebetulan pergi ada urusan. Lalu berjalan-jalan sekejap la.

    ReplyDelete
  13. NASH:
    Salam. Terimakasih. Sila.
    Banyak sungguh kenangan awak di KL ya. Dulu zaman mudo-mudo, situlah tempat kita nak shopping atau cari bas nak bergerak.
    Benar, ramai sekali pendatang asing yang berniaga di kaki lima. Filipina, berniaga krim muka dn barangan mekap dgn bakul2 sahaja di depan Kotaraya. Serbuan ada, tapi lepas tu depa tu datang berniaga balik.



    CIKGU ROSLAINI:
    Saya dulu pun rajin jugak macam tu, Cikgu. Sekarang ni jer, pergi kerana ada sebab. Nak saja-saja jalan, memang maaf laa.

    ReplyDelete
  14. SANIAH:
    Salam. Terimakasih, sila masuk.
    Zaman dulu kalu bertanya gitu, kita masih boleh lagi layan dan terima. Zaman sekarang? Takut kita nak jawab soklan dari orang yang kita tak kenal, kan? Takut kena pukau.



    KAK ZAM:
    Baru lagi tu. Kak Azie dah, 22 tahun berlalu.



    DR NAJWA:
    Betul. Sangat ramai warga asing menguasai kawasan itu. Dari perniagaan kaki lima sehingga tempat lepak. Ramai menjadi Kotaraya tempat depa berimpun jumpa kawan2.

    ReplyDelete
  15. NORASHIKIN:
    Gambar perasan tuh. :)



    SOM:
    Thanks.
    Restoren EDEN tu masih kukuh di situ, malah dah bukak satu yang yg lebih besar dan canggih kat area Chulan Plaza(?). I keja area Imbi tu 9 tahun youuu, sekali pun tak penah lagi masuk Eden.

    Thanks.

    ReplyDelete
  16. UNTIE MARINA:
    Betul. Sekali sekala menjengah kembali tempat kenangan, memang syok Untie.



    HANIE:
    Betul. Saya dulu pun macam tu. Maklum tempat tu saja yang mahir. Lain2 tak berani nak pegi jauh. Sekarang ni, kompleks shopping dlm Kotaraya pun orang asing jer yang shopping.

    ReplyDelete
  17. Semuanya nanti hanya akan tinggal sebagai kenangan dan perlahan-lahan akan dilupakan...

    ReplyDelete
  18. semua tempat akan mengalami perubahan dek pembagunan...kenangan simpan dalam ingatan je la. beruntung klu ada gambar untuk dizahirkan :)

    ReplyDelete
  19. SALAM,
    DAH LAMA SANGAT TAK PERGI KE KOMPLEKS KOTA RAYA NI ! DULU2 MEMANG JADI TEMPAT SINGGAHAN. DENGAR CERITA, TEMPAT NI DAH JADI DUNIA "ORANG ASING" .

    ReplyDelete
  20. zaman bercinta cintun dulu nilah tpt yang biasa dituju. makan..

    kedai bubur tu sudah lama sangat wujud..

    ReplyDelete
  21. Azie..
    teringat akak dulu2 sekitar 80an.. tingkat atas kotaraya ada food court... jual nasi ayam.. sedap... mcm style cina...
    selalu berkumpul di sana dgn kenkawan...

    ReplyDelete
  22. berkurun... laaaaaama dah x ketempat2 tu... apa lagi chow kit... jd takut nak pergi sbb terlalu ramai pendatang... haissshhhh.

    ReplyDelete
  23. salam kak AA

    hmm dah lama x turun kota ray zamn kolej selalu la ke situ cz naik bas kat situ...tp sekarang ni kotaraya dah penuh dengan org2 asing..sian Malaysia...

    oh ya...sy dah masukkan dah entry baru kt blog sy ttg apa itu quilling khas untuk kak AA..jomla pg tgok..nak join skali sgt dialu-alukan...

    ReplyDelete
  24. Di JB pun ada Kotaraya dan masih busy lagi sebab kedudukan di tengah bandar serta bersebelahan dgn Puteri Pan Pacific Hotel. Org S'pore suka ke sini.

    Kotaraya yg AA katakan kakak tak biasa. Tapi bubur caca tu mungkin betul kata anak AA... org berjual biasalah...

    ReplyDelete
  25. Bukan Kotaraya saja malah Chow Kit pun sunyi hanya pendatang yang ramai kat situ.Dulu masa kak Zai duduk kat Keramat bila malam meriah sangat sampai nak jalan pun berhimpit2 .

    ReplyDelete
  26. huhuhuhu....orang jati KL nih. KL dalam poket dia jer. Hahahaha, kebanyakkan tempat yang kak azie sebut tuh, saya sempat merasa kemeriahannya terutama sekitar kotaraya. first time datang KL secara bersendirian pada awal pertengahan 90-an, selepas abis exam. walaupun baru 16 tahun, sudah banyak yang berbeza berbanding sekarang. KL di zaman 80-an, memang saya tak ingat sgt sebab masih kecil & jika datang pun masa tuh bersama family masa cuti sekolah

    ReplyDelete
  27. Ate rindu suasana Chow Kit Road dan Jln TAR 20 tahun yang lalu..Batu Road supermarket, Hankyu..Semua telah tiada. Kotaraya??..Tetiba rasa diri dah tua..zaman berubah, pembangunan merucup di sana sini..adakah kita suatu ketika nanti akan terpinggir dan dilupakan jua...?? Seribu persoalan bersama kenangan.

    ReplyDelete
  28. Syantik AA dg warna purple..manis dan penuh kelembutan..Ate suka melihatnya. (bukan bodek mode:on)

    ReplyDelete
  29. ada gak lalu depan kotaraya tu sbb nak pegi puduraya.. :)

    tp kalau hari minggu kat area situ dah macam mini jakarta, tak pun mini hanoi

    ReplyDelete
  30. KAKCIK:
    Betul tu. Yang lama akan berganti dengan yang baru, dan semakin dilupakan. Sedih, kan?



    ANA:
    Ya. Kalu ada gambar-gambar lama, best juga dapat disimpan sebagai kenangan untuk renungan bersama anak cucu.



    MUSOLLAH EHSAN:
    Salam.
    Benar. Ramai sekali orang asing yang menjadikan sekitar Kotaraya sebagai bandar depa sendiri. Salah siapa agaknya...

    ReplyDelete
  31. YAN:
    Wahh.. mesti anak jati KL ni. Dulu Kotaraya memang menjadi kebanggaan dan tumpuan, kan?



    AKAK:
    Saya pun pernah juga masuk jalan-jalan dalam kompleks Kotaraya tu, cuma makan2 kat foodcourt tu jer yang tak pernah. Ntah ada lagi ke idak...



    KAK ROSE:
    Betul. Di dataran depan Puduraya tu, tempat orang2 asing yang homeless. Mereka tidur di atas tilam buruk dan berbumbungkan langit.

    ReplyDelete
  32. MARDHATILLAH:
    Oh ya? Terimakasih banyak ya. Memang Kak Azie nak sangat baca tentangnya. Thanks!



    KAK ZAKIE:
    Saya pun pernah dengar tentang Kotaraya di JB. Lebih kurang menjadi pusat tumpuan juga ya.



    KAK ZAITUN:
    Betullah. Tempat-tempat begitu, ramai sekali pendatang yang menguasai, sehingga kita orang tempatan pula yang takut untuk bergerak bebas di situ. Sedih kan?

    ReplyDelete
  33. EELOBOR:
    Kak Azie datang KL sekitar tahun 1986. Sempatlah merasa naik bas mini, Sri Jaya, bas Tong Fong..
    Dulu tempat itu memang menjadi tumpuan ramai untuk shopping, dating atau nak pegi keja.



    KAK ATE:
    Saya masih ingat lagi Batu Road, Hankyu Jaya di Chowkit dan dalam Ampang Park. Kenangan semua tu...

    ReplyDelete
  34. KAK ATE:
    Warna PURPLE tu yang cantik. Dah jadi kaler paberet saya sejak sekian lama. Thanks.



    MAK DARA:
    Betul. Mini Manila pun ya jugak. Sebab ramai orang Filipina jual krim muka dan macam2 kosmetik kat kaki lima Kotaraya.

    ReplyDelete
  35. Baru singgah butik Piece kat
    Kota Raya...sementara tunggu bas datang di Pudu Raya...

    ReplyDelete
  36. jalan2 sambil buat urban trail kat kotaraya dan kawasan sekitarnya best jugak kan akak? siyes dah bertahun2 tak jalan area tu. bawak kamera tu wajib. tapi takleh sorang2...tak berani. hihi~

    ReplyDelete
  37. CKLAH:
    Jika tanpa urusan, atau tanpa sebab kita cuak juga nak berlegar di kawasan tu, kan? Sebab ramai sangat warga asing.



    GADISBUNGA:
    Itulah yang Kak AA buat tuh. Sambil menyelam minum air. Sambil ada urusan, sempat lah sejam meronda situ sini melihat keliling, dan snap gambar!

    ReplyDelete
  38. Err....Pavilion tu tang mana? ada joi apa?

    Cek pi giant ja...plg kuat carrefour wangsa maju....plg hebat ikea ja....;)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails