Tuesday, June 21, 2011

Tanggang Leste: CINDY LAUPAR akhirnya kabur...!

Salam
Isnin, 20-06-2011
*Entri ini mungkin akan sangat panjang (bagi yang belum tahu, ini adalah entri bersiri. Entri-entri sebelum ini, sila klik label “Tanggang Leste”).


Pagi-pagi belum sempat buka pintu studio, aku dipanggil ‘bersidang’ di meja oleh 2 orang manager aku.

“Cindy Laupar (CL) dah lari...!” aku dikejutkan dengan berita itu. Aduhhh... dan aku ditunjukkan 3 helai kertas di atas meja.

Mengikut kisah yang diceritakan sendiri oleh Mummy, CL keluar dari rumah kira-kira jam 3 petang Ahad semalam, tanpa disedari Mummy yang menyangka dia hilang kerana pergi buang sampah.

Selepas tunggu lebih sejam, baru dia sedar CL memang sebenarnya lari. Periksa bilik dia sedar banyak barang termasuk baju-baju yang mahal-mahal dan kosmetik berjenama hebat pun dah tak da. Baju-baju yang murah skit sahaja yang tinggal. Memang dasar memilih!

Sebelum itu, Mummy sedar sejak pagi hanfon dia tak berenti-renti asyik berbunyi sahaja. Sampai dia tegur, “U ada mesorat apa, non-stop ringing?” Dia tak jawab, tapi mungkin itulah call dari saudaranya yang nak pastikan time sesuai untuk cabut lari! Pakatan yang dibuat sejak bila ntah...

Laporan polis pun dibuat dan pagi tadi Mummy ke Putrajaya, batalkan permit. Walaupun semua dokumen termasuk passport masih di tangan Mummy, CL tetap nekad ‘berani mati’ pergi kosong macam tuh.

Yang kelakarnya, ada 2 helai nota dan sekeping surat ‘istimewa’ yang ditemui. Nota-nota itu memberitahu dia pergi kerana ada orang panggil dia perempuan pelacur. (Sapa yang pernah kata gitu?). Dia juga beri nasihat kepada Mummy supaya jaga diri, jaga kesihatan dan jangan lupa makan ubat, minum Vitagen dan Spirulina. Hehehehe... Budak 18 tahun punya nasihat.

Dalam notanya, dia beritahu dia ikut saudaranya (yang ditulisnya sebagai ‘ANKEL’ (uncle) dan isterinya) dan akan bekerja di kedai baju bersama isteri saudaranya. Ntah betul ntah tidak, tak ada siapa berminat nak tahu pun.

Selain itu dia juga memuji Mummy dan Sir (Boss lelaki) yang disifatkannya sangat baik dan melayan dia seperti keluarga (tapi ko blah jugak!). Kalu nak blah, tak perlulah nak buat cerita konon ada orang mengata dia.

Selain 2 helai nota yang bertulisan pensil dan tulisan berterabur huruf besar kecil dan bahasa Melayu yang sepah-sepah, ada satu lagu surat istimewa untuk orang istimewa. Siapa? hahahahaha part ni buat kami gelak bahak-bahak! (kat belakang Mummy laaa...)

Tajuk surat tu: ‘Pantung Sayang ***’ (pantun sayang *** nama bos lelaki).

Isi surat itu adalah luahan hati seorang gadis berusia 18 tahun yang merantau jauh.. jawoooooohhhh dari negara Timur Leste, yang serba kekurangan, terhadap seorang lelaki yang berusia lebih 60 tahun. Lelaki yang menjadi Bos di sini. Lelaki yang selama ini melayan dia seperti anak sendiri (cucu pun mungkin boleh kot...).

Lelaki yang selama ini banyak membela dia jika dia ada konflik atau masalah dengan Mummy. Malah soal belikan hanfon pun pernah jadi isu balah antara Mummy dan Boss, kerana Boss terlalu manjakan dia sehingga belikan hanfon. Mummy tak setuju, tapi CL dapat jugak hanfon masa mereka melancung ke China dulu.

Membaca surat cinta budak hingusan yang tidak pernah diberikan masa bersendirian keluar, selain melihat ofis dan rumah, rasa macam nak muntah dan geli-geleman. Luahan seperti:

I love U forever. Sayang walaupun sehingga putih rambut. Missed U. Rasa cinta menyesak dada. blaaa.. blaaa...blaaa! Mak aiii....! (panjang jugak, penuh satu A4 paper)

Kalu sayang kenapa blah? Memang dasar biadap. Sudah diambil secara baik (hampir 3 tahun bersama Mummy) tapi akhirnya blah macam tu saja. Sepanjang bersama, tidak pernah didera, kerja pun ringan sahaja. Tiada orang tua untuk dibela, tiada anak kecil nak dibancuh susu (Mummy tidak berkahwin), kain baju hantar dobi, makan banyak beli di kedai, kerja pejabat tidak berat seperti orang yang kena kerja di kedai makan atau pembantu rumah yang ada anak majikan 5,6 orang...

Tak tahu bersyukur. Jenis manusia angkuh bodoh tak kenang budi. Dia ingat kalu dah dilayan sebegitu baik, dia berhak untuk tinggi suara dengan Mummy. Dia perasan seolah-olah dia begitu hebat (ini bukan soal nak hina pekerjaan), tapi dengan penampilan macam bintang kelab dangdut, dia sudah jauh lebih baik dari ramai lagi rakan senegara yang kena pegi kerja naik bas turun bas, balik malam-malam. Kadang2 makan pun tapau sisa lebihan majikan. CL beruntung sebab dia dibawa makan semeja dengan Mummy dan Boss serta ke mana-mana dengan Mercedesz. Menyandar jer kat belakang!

Bulan lepas, dia teringin nak buat rebonding, so satu pagi tu kami tengok dia berambut baru. Rebonding! Sampai dia takut nak keluar bimbang kena hujan nanti rambut rosak. Selang 2 minggu dengar citer, dia merengek nak warnakan rambut. So, dibawa oleh Mummy sampai depan pintu saloon, lalu sudah 2 minggu rambutnya bertukar warna karat!

Kalu tempat baru dia boleh dapat layanan lebih baik dari sebelum ini, baguslah. Jangan nanti tak sampai sebulan, datang melutut menyembah Mummy mintak ampun mintak kerja balik!

Sebenarnya ada banyak lagi kisah-kisah belakang tabir yang terkeluar sebelum ini dan juga pagi tadi. Tak larat nak tulis kat sini.

Bagi kami, tiada beza CL ada atau takda, kerana kami tidak berkaitan dari segi apa pun. Mungkin ada hikmahnya ketiadaan ini. Pengajaran kepada kedua-dua pihak. Dalam menangani manusia bergelar pendatang dan pekerja, pasti ada batas-batas yang perlu dipatuhi. Bukan boleh di“bagi muka“ begitu sahaja. Walau baik macamana sekalipun, jangan sekali-kali melebihi batas antara majikan dan pekerja. Sedangkan kita pekerja pun tahu batas sehingga tidak berani meminta-minta apatah lagi seorang pendatang asing yang bekerja secara kontrak!


Selingan:

Hari ini gumbira, sebab menang salah satu contest di majalah (ACP Magazines) bulan lalu.

Gift (worth RM269) ini diambilkan oleh seorang kawan yang baik hati, kebetulan pejabatnya dekat dengan syarikat tersebut. Thanks.



~...bila melihat begitu ramai anak dara Kampung Separuh Desa meminati dan menggilai seorang lelaki bernama HISYAM seolah-olah tiada jantan lain lagi, SERI BULAN pernah merasa geram sehingga terfikir hendak lari malam...!~









23 comments:

  1. yes!!!!!!! akhirnya..
    terlopong ayu bab rebonding tu...
    hehehe.. macam2.. mujur dah lari..

    lega!!

    kak.. tahniah ya, bak sini sikit!! hulur2

    ReplyDelete
  2. tergelak sungguh baca pesanan si cindy laupar tu pada mummy, kehkehkeh!

    sampai ber i love you bagai ka dengan bos lelaki tu, lasat tuh!

    bertuah la dia nak jumpa lagi bos baik macam mummy tu.

    ReplyDelete
  3. euw..memang geli geleman baca pesanan tu. Elok lah dah pi...toksah mai balik kata kat dia..

    congrats kak azie..menang hadiah mahai tuu..best nya....

    ReplyDelete
  4. hah...! Biar kan dia rasa, langit tinggi atau rendah. Cabaran dan dugaan dunia diluar sana. Tapi mungkin dia akan tetap naik Mesedis, tapi bas Mesedis.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,
    Huh! ini part paling ditunggu2 hu hu hu kompem dia datang balik la la la

    ReplyDelete
  6. Terasa kelakar bila baca kisah CL ni...

    ReplyDelete
  7. Bertuah CL punya mummy yg baik hati..ikut sgala khndaknya..tapi memang jenis yg tak kenang budi..mcm tulah..beri apapun, kalau nak blah...dia akan blah..Mp risau jugak ngan orng sberang ni..Mp pakai Pemb rmh dari sberang..takut blah mcam tu jer suatu hari nnti...

    ReplyDelete
  8. lawak la pulak bile bacenye kisah ni...
    ade gak mcm tu ye...

    ReplyDelete
  9. macam baca sebuah novel.. hehe

    ReplyDelete
  10. Elok juga dia pergi, agar Mummy pun dapat mengenali dan tersedar dari mimpi. Jangan pula kalau dia datang lagi, Mummy tu jadi lembut hati.

    Tahniah Azie kerana menang hadiah yang begitu bernilai. :)

    ReplyDelete
  11. Kakak dah dapat rasakan dari cerita AA dulu satu masa CL ini pasti akan lari. Betul pun. Itulah AA & kawan-kawan mesti nampak juga keterlampauan majikan menjaga hati pembantu yg begini.

    Baru terbuka mata majikan...

    ReplyDelete
  12. luahan rasa yg panjang...

    apapun kalau pendatang nih memang macam tu cepat lupa bumi yg di pijak. tak kiralah yg bekerja di dapur, mengelap tingkap bangunan, membuat bangunan sehinggalah golongan profesional mereka...

    * sebelah ceq ada sorg senior engineer...mak aiii...dia punya gaya. ada ka dia boleh peleceh malaysia...balik kg la woiiii...dah le baru masuk kerja sebulan, kembangnya lebey lak...

    ReplyDelete
  13. Kak Zai muak dengan perangai pendatang ni,lupa diri.

    ReplyDelete
  14. saya ni konon² tak nak prejudis, tapi dengar kisah² dia orang ni akhirnya memang akan ke konklusi yang sama- tak boleh diberi muka!

    ReplyDelete
  15. aitt, CL dah lari ... abih tu camna siri Tanggang Leste? belum season finale lagi pelakon utama dah cabut larik..?

    ReplyDelete
  16. haaaaa....

    lari jugak dia akhirnya.





    * lepas ni dah takde n3 pasal dia lagi..

    ReplyDelete
  17. baguslah dia dah lari. mengada-ngada! nyamfah ai!

    ReplyDelete
  18. mummy tu tau serik ker?
    boss tu saper pulak azie?...boss kpd mummy? or ayah kpd mummy? boss tu bujang lagi? eheeehee..kefosyi

    akhirnya sempurnalah modus operandi yang terus berulang dan akan berulang...

    ReplyDelete
  19. hehehe..Dah cukup beruntung dia dilayan sebegitu...tapi masih nak buat hal..

    ReplyDelete
  20. Salam, Che Mid dah puas berorang gaji... paling teruk, bil telefon sampai RM6000 sebab bergayut ke Indon!!

    ReplyDelete
  21. ada hikmah utk mummy sebenar nye

    ReplyDelete
  22. banyak hikmahnya dia blah
    kalo dak kang dengan 'ayang' dia hangkut skali

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails