Wednesday, June 29, 2011

Entri Merapu Seorang Menantu (Hantu): Jangan Sekali-kali Bodek Mertua Mintak Pinggan Lawa...!

Salam
28-06-2011
Thalatha


Heyyy....! takkan lah si AA yang bagak tu bleh muat dalam buai yang cute tuh. Kalu pun muat, tahan ker tali buai tuh? Cer fikir! Cer fikir! hahahaha!


Jeng! Jeng! Jeng!


Mujur gambar berbuai ini disnap berkali-kali. Tak sangka ada lak yang dok sangka si Mak Tarzan yang mengeram dalam buai tuh... uishhhh!


Nak bercerita sedikit tentang sedikit perkara, yang mungkin remeh bagi setengah orang tapi mungkin penting bagi setengah orang lain pula.

Bila kita berkumpul sesama ahli keluarga, tidak kira keluarga sendiri or keluarga mertua, pertama sekali tentulah sikap dan cara kita membawa diri kita dalam kelompok keluarga.

Yang lelaki mungkin tidak memandang perkara sebegini kerana asyik ke depan ke belakang nak buat itu ini. Paku sana, ketuk sini. Tebas rumput, cantas dahan...

Yang pompuan? Terutama yang bernama menantu takkan nak duduk dalam bilik terperuk jer ngadap tv? Atau takkanlah tergamak telinga dengar orang lain bertingkah bersilat kat dapur basuh pinggan, masak dan kelentang kelentung tumbuk sambal untuk juadah sekeluarga?

Bukankah tujuan kita balik kampung berhimpun untuk melakukan sesuatu yang dipanggil kerjasama dan sikap prihatin kita kepada orang yang lebih tua. Secara peribadi, AA tidak begitu banyak peluang dan kesempatan untuk membuat sesuatu yang besar kepada MyBONDA kerana kami tinggal berjauhan (yeah.. ini bukan alasan), tetapi bila mempunyai kesempatan untuk berada dekat dengan My Mak Mertua, tentulah itu suatu yang tidak mahu dilepaskan. Bukan?

Tidak tergamak mata melihat orang lain “cunggang cungkit” (istilah MyBonda) buat kerja, tapi kita boleh duduk baca paper? Buat pekak telinga? Tiada orang ingin konon nak tayang dia paling rajin or paling baik, tetapi perkara spontan adalah lumrah datang dalam jiwa seorang wanita yang dah ada anak... yang tahu dia masih ada IBU yang perlu diberi perhatian, kan?

Mengisi masa yang ada berbuat sesuatu yang baik bukan dengan niat untuk membodek mertua untuk menjadi menantu paling disayangi, atau konon nak jadi paling popular... tetapi salah siapa jika asyik nama menantu yang sorang itu saja yang kerap dilaung mertua?

Nak angkat kain baju, keloi dia...
Nak angkat tong gas, pun laung dia... > mentang-mentang dia kuat macam Badang.
Nak angkat kotak pinggan-mangkuk pun jerit nama dia... > mujur tak mintak pinggan hat corak bunga Morning Glory hat lawo tuh.
Nak angkat baldi tadah air ujan kat ujung pancur pun, cari dia! Amboiiii....

Untuk menjadi anak/menantu yang baik, sangat subjektif. Ada orang sangat berusaha keras memenangi hati ibu mertua (bapa mertua jarang diperbincangkan) tetapi kurang bernasib baik. Ada orang sangat bernasib baik, dengan wajah cantik, ada ijazah sudah cukup untuk menjadi “menantu favourite” yang pasti diajak untuk ke mana-mana.

Kenapa AA bercakap pasal benda ini? Kerana ianya berlaku di depan mata, di sekeliling kita, berlaku dalam masyarakat kita.

Bagi seorang AA, jati diri sebagai orang kampung, membawa peribadi orang kampung yang tanpa sedar mendidik anak pun macam orang kampung, melihat sesuatu itu seperti cara orang kampung juga. Orang kampung, yang “gatal mata” kalu tengok ada anak perempuan yang malas nak buat kerja dapur, atau yang berat tulang nak tolong sapu sampah, dan sakit kepala tengok ada orang tergamak duduk dalam bilik tak kuar-kuar sedangkan orang lain dok pulun sakan macam tak cukup tangan....

Kenapa Azie? Ko mengungkit kah?

Tidak... Sekadar untuk renungan bersama. Jadikan pengalaman ini, sebagai panduan dan mungkin boleh dijadikan suatu perubahan. Jika selama ini, melihat sebagai remeh, tapi ingatlah... Hati seorang ibu mudah terasa. Dia akan melihat/merasa sesuatu yang kecil/remeh sebagai sesuatu yang besar pula, tanpa kita sedari.

Sesuatu yang manis pula adalah, bila di awal detik perkahwinan, hampir sepuluh tahun berada dalam situasi tidak menentu kerana bukan “menantu pilihan”, sering terpinggir dalam banyak hal, hari ini menjadi seorang yang sentiasa diperlukan. Setiap kali beliau dipeluk ibu mertua, tentulah sangat bersyukur dia diterima sepenuhnya, dengan penuh perhatian dan bagai terlupa dulu dia pernah sangka dia seperti tidak pernah punya mertua...

Masa mengubah segalanya. Mana mungkin melepaskan peluang dan kesempatan yang manis ini...!

***

SELINGAN:

Permainan sebegini, jarang dapat peluang main indoor games ini bila duduk di bandar.


Congkak.

Dulu AA pun terror main ni tau. Masa kat kampung dulu, kami gali lubang kat tanah untuk jadi rumah congkak. Guna kulit kerang. Sampai berpasir kuku dan kasar tapak tangan. Pastu bila ada duit skit, beli guli. Tak ingat berapa det ntah... Dua kupang kot.


Karom/Carrom.

Dulu kat kampung ada gak papan karom. My Arwah Abang PAKLE handal main ni. Sampai sakit-sakit jari menjentik buah karom tuh. Bila kesat skit, siap tabur bedak talkum kasi licin. Bila MAK bising, guna tepung plak.

Kalu lah aku ada gambar orang main baling selipar... ohhh.. best!


~...sangat besar hasrat anak dara Pak Imam untuk menjadi menantu angkat Pak Utih kerana HISYAM menetap di Teratak Nyatuh, tetapi bila diuji Mak Utih menumbuk sambal sampai habis si ibu garam dek mata pedih, terus membuatkan SERI BULAN tersayat hati kerana dia yang lulus pun tidak dipandang orang...~







34 comments:

  1. owh nampak jugak keadaan canggung ni bilamana ipar-duai balik kg mak saya..

    eh congkak tu favorite. karom tu sakit jarila...

    ReplyDelete
  2. kalau setakat AA yang naik buai tu, tak roboh lahh

    ReplyDelete
  3. azie... manisnya detik itu bila kehadiran kita amat dihargai

    akak pun tak pernah nak berebut untuk merebut hati mak mertua, tapi seperti kata Azie .. sikap dan pembawaan kita yg akan menentukan kita diterima atau sebaliknya

    syukur.. akak pulak tak perlu menunggu sehingga sepuluh tahun sbb akak terus diterima dgn seadanya

    ReplyDelete
  4. lepas kenduri, pinggan bertimbun....panggil nama diaaa....
    huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. Menjadi kesayangan kadangkala boleh juga menjadi beban. Namun kalau hati penuh keikhlasan, pasti segalanya menjadi ringan. Tak gitu, Azie. :)

    ReplyDelete
  6. AA
    Kalau you yg berbuai tu, hmmm... bukan aje tali malah tiang tu ........... ooops! *gurau sempena besday, hehe*

    I setuju hal menantu-mertua-ipar-biras nih semua. Apa yg you luahkan, memang benar belaka..

    p/s: I plak mmg DIL kesayangan, ahaks.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.... setakat nie nie adik beradik & ipar duai bila kampung tahu tanggungjawab masing2.

    mama saya pun ada perkataan peberet yang lebih kurang sama makna gak ngan "cunggang cungkit" tapi dalam istilah kelantan ler. dah lupa lak saya.... huhuhuhu

    ReplyDelete
  8. bagaimana pula kalau menantu saja yang berkelengkang kelengkung di dapur sedangkan anak2 perempuan ibu mertua sedap2 berbual dan main henpon. adei...

    ReplyDelete
  9. indanya zaman kanak-kanak .
    Dulu korek lubang congkak .... cari buah getah .... cari yang bulat2 comel2....

    main baling selipar .... best2.... rasa yang nak main lagi la...

    ReplyDelete
  10. mainan zaman kanak2 dulu lagi mencabar kan berbanding budak2 skrg...masuk hutan, masuk sungai, kejar2 keliling kg. bestnye klu dpt patah balik ke zaman kanak2...

    ReplyDelete
  11. risau pulak fikirkan, adakah bakal mak mentua saya nanti akan terima saya?

    *saya belum ada calon mak mentua...saje je terfikir. hihi~

    ReplyDelete
  12. as-salam..singgah..

    agak-agaknya mcm mana pandangan mak mertua pd sy ya..(sesaja terfikir lps bca entri ni)..

    ReplyDelete
  13. kita dapat pinggan lawa lepas mak mentua meninggal... deris yang mintak kat kakak dia nak buat kenang²an

    ReplyDelete
  14. Errr.....menantu2 semua ada anak kecik ;)

    Cemana pulak kaedahnya kalo ramai adik2 ipaq pompuan sampaikan nak sua kaki masuk dapoq pun tak celuih?

    Tapi cek sllu pi jgk la masuk. Tolong serba sikit pastu lari pi ke lain la buat menda lain. Tak pun tidoq....hehehehe........Aku pantang tgk org buat keja sepah2 ni satgi nak berleteaq. Org cemuih plak nanti.....hmmmmmmm.......

    Saya amatlah tidak suka ramai2 di dapur. Biar saya seorang dan kerja saya teratur. Ramai2 kalu mak pening

    ReplyDelete
  15. dulu2 main congkak korek lubang kat tanah ..teringat zmn tuh..main pulak dengan biji getah

    ReplyDelete
  16. Kakak salute kata-kata AA. Benar apa-apa pun kalau harap cantik dgn pendidikan tinggi tapi nurani wanita kosong tak guna juga. Kakak lagilah asal kampung dan org susah, sedar diri walau apa jua rasa masakan tetap tak akan duduk diam melhat org lain berpencak-silat di dapur.

    Moga anak-anak kita boleh ikut jejak kita. Pucuk pangkal didikan ibu-bapa juga.

    ReplyDelete
  17. emm...dalam keluarga acu pun ada yg macam tu walau pun semua menantu mak acu daripada kalangan orang kampung

    eh..acu dulu pun main congkak korek lubang gak...main dengan biji getah..lepas tu baru arwah ayah acu beli kan congkak kayu main dgn guli..sebab mak marah main tanah...hehehee

    ReplyDelete
  18. yg penting kita kene tahu sesuaikan diri...

    kalu rumah mentua mmg saya akan peka hal2 gini..kalu tgk mil kat dapur..kita ke dapurlah..jika mil dok borak2..kita join..pembawaan diri kita amat penting..

    ReplyDelete
  19. hahahahaaaa!!

    saya kah yang berburuk sangka itu!!??

    ReplyDelete
  20. Kak Zai juga bukan menantu kesayangan tapi setiap kali balik belikan segala keperluan.Masa sakit jaga sebulan dan tinggal bersama saya sebelum dia meninggal dunia.

    ReplyDelete
  21. adoi... saya bukan menantu pilihan, tapi menantu terpilih untuk tidak dipanggil buat kerja, sebab boleh kata setiap tahun kelek anak kecik.. abih camno... mak mentuah nyampah nengok.. heheh..

    ReplyDelete
  22. pernah naik buai dari tali yg kat tepi pantai tu..dah tido tu tak reti nak bangun..terkial kial, semua org tgok.

    ReplyDelete
  23. ERI-CHAN:
    Bila dah ramai berhimpun, macam-macam ragam yang kita boleh tengok.



    YAN:
    Amboiii.. tak roboh eh? Jangannn...



    IBU INTAN:
    Baguslah begitu. Kadang2 kita tidak sedar pun orang suka ke tidak. Kita buat apa yang terdaya, apa yang termampu. Ikhlas.

    ReplyDelete
  24. FAA:
    Amboiii.. kalu camtuh, bleh la buat kenduri selalu eh?
    Faaaaaa! oh Faaaaaa! basuh pinggan! :)



    KAKCIK:
    Betul tu Kak Cik. Kalu buat kerja ramai-ramai sambil borak gurau senda, cucuk-latah, lagi best!

    ReplyDelete
  25. SOM:
    Betul kata U. Tiang tu patah roboh tu idak ler. Tapi haruslah senget. I tahuuuuuu..
    *besday? besday sapa?
    Dalam ramai menantu, iparbiras lamai, macam-macam perangai dok ada.



    EELOBOR:
    Kerana adik beradik ipar duai ni dari keluarga yang lain, tentulah peribadi tidak sama. Kenalah terima mereka seadanya.

    ReplyDelete
  26. IBUNDO:
    Alamak Kak. Kalu jenis yg macam tuh, menantu kenalah sabar bebanyak. Buat pekak telinga, tutup mata sebelah. Saborrrr...



    CHIK ATT:
    Jom kita lawan main selipar jommmm!



    ANA:
    Panjat pokok pandai? Terjun tiruk kat sungai dari atas jambatan berani? Jommmmmm!

    ReplyDelete
  27. GADISBUNGA:
    Nak fikir dari sekarang pun boleh. Buat panduan dan persediaan. Yang penting ikhlas tidak kira dengan mertua atau ipar duai. InsyAllah, aman damai.



    RINA:
    Salam. InsyaAllah, ok jika kita yang memulakan sesuatu yang baik dengan mereka.

    ReplyDelete
  28. KUCING OREN GEMUK:
    Amboiiii berapa dozen yg Abg DERIS mintak? Periuk belanga telinga dua Abg Deris tak mintak sekali? hahaha



    CHE YAH:
    Lain orang lain cara. Saling kena terima. Kalu ada adik ipaq pompuan ramai pun, seronok gak. Depa rajin, kita tumpang tui saja laa..:)



    NOOR:
    wow! Bunyi biji getah dalam lubang congkak kayu, sangat best!

    ReplyDelete
  29. saya ambil sebagai renungan..belum ada pengalaman beripar duai..ber'mertua' nih..hehe...

    lama nya tak main congkak...papan nya ada kat umah..guli dah hilang tah kemana. lagi best kalau main dengan biji getah...sempoi!!!

    ReplyDelete
  30. KAK ZAKIE:
    Pada saya, jika kita tak pandai masak, kita masih boleh libatkan diri dengan tolong cuci pinggan atau kemas dapur. Lebih seronok dan dihargai pula, jika kita rajin tunjuk minat nak belajar masak.



    ACU:
    Main congkak dgn guli pun best! Bunyi dia sangat meriah dan menyeronokkan!



    MEK SARAH:
    Betul tu. Kalu MIL ajak pegi pasar malam, kita ikut, tapi kita bayor. Tak gitu? hahahaha

    ReplyDelete
  31. DrSINGA:
    Cemana ler orang tak bersangka buruk, memang gaya orang tua bagak duduk dalam buai camtuh, memang nampak buruk. Hahahaha!



    Kak ZAITUN:
    Beruntung Kak Zai berpeluang menjaga mertua, waktu susah senang dan sihat-sakitnya. Sungguh beruntung.

    ReplyDelete
  32. ANAA:
    Biasanya memang begitu. Mana-mana menantu yang ada anak kecik, terkecuali untuk buat kerja dapur. Tapi sekali sekala, tetap boleh libatkan diri. Ikut kesesuaian sendiri.



    KAK HANI:
    Itu mesti kes badan mendap dalam buai. Nak bangun tak boleh. Tergolek golek dalam buai kaki ke atas. hahahahahaha kelakar.

    ReplyDelete
  33. SITI MURNI:
    Betullah. Memang sempoi jer main congkak dgn biji getah. Bunyi dia yang best tuh!

    ReplyDelete
  34. saya dulu main congkak atas tanah jugak... lubang di gali pakai kulit kelemboi.... amacam ada biasa dengaq...... pakai biji getah maaa.....

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails