Monday, June 27, 2011

Catatan Perjalanan (singkat): Alaaa... Seremban jer pon!

Salam
Ahad
26-06-2011


Ini cerita semalam, Sabtuday.

MyMakMertua akhirnya berpindah ke rumah kampung di Jemapoh, Kuala Pilah. Rumah kampung yang dulu kayu dan uzur, sudah berganti baru. Rumah batu setingkat yang lebih luas dan cantik, 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Selesa dengan laman yang luas dan tanah di belakang yang juga luas dan sudah kami tanam pelbagai pokok termasuk pokok petai! (Dah pernah cerita dah pun, kan?)

Mereka memulakan proses pindah dengan lori sebelah pagi, berduyun dengan kereta juga. AA bekerja pagi Sabtuday (inilah antara buat aku rasa menyampah bila keja Sabtu, sebab banyak urusan personal terpaksa dikemudiankan).

So bila My Toklaki dan anak-anak dah gerak dulu, AA akan bergerak sendiri dari ofis lepas kerja. Wuaaaaaaa best, sebab nak merasa pengalaman baru. Bagi setengah orang, alaaa apalah sangat setakat naik komuter dari KL ke Seremban. Tapi pertama buat aku. Sebab aku hanya pernah naik komuter sekali sahaja, beberapa tahun dulu masa nak pegi Sg Buluh. Naik ketapi balik kampung tu selalu la jugak. Tak beza pun, kan?


Seremban. Aku tak pernah pergi Seremban, setakat lalu saja. Dengan komuter dari Stesen Bandar Tasik Selatan. Mengambil masa tepat sejam. Siap tengok jam tuh. Dengan harga cuma RM5.40 seorang (sehala). Bila tiba di bandar Seremban, tak tau kat mana nak cari bas. Pun terpaksa tanya dengan pakcik-pakcik teksi yang ramai di sekitar stesen komuter. Rupanya untuk berjalan kaki ke terminal bas Seremban tu agak jauh, kira-kira 15 minit melalui laluan khas yang disediakan. Best jugak.


Laluan khas yang luas dan cantik untuk pejalan kaki ke terminal bas Seremban. Berpeluh jugak lah, tapi best.


Depan stesen komuter, berhampiran stesen teksi. Jangan tanya, sapa snap pic minah jakun tuh.



Mencari bas yang perlu dinaiki dan melihat jadual perjalanan terlebih dahulu, sebelum membuat program lain. Program singkat yang mengejut. Program meronda!

Bandar Seremban tiada beza dengan bandar lain yang aku biasa tengok. Sayang, terlupa nak snap gambar terminal bas secara keseluruhan. Hmmm... bila dah dapat pastikan bas apa nak naik nanti, aku pergi merayau sekeliling dulu. Macam orang jakun baru masuk bandor! Nak kata orang kampung, memang dah sejak azali aku ni orang kampung!


Hmmm apa nama kompleks tepi terminal bas tuh? Alahai...lupa. Seremban Centre eh? Ada jambatan dari tingkat 1 kompleks terus ke terminal bas.


Masuk sekejap untuk melihat-lihat mencari foodcourt. Lapar weyyy! Sorang diri, Sup Kuew Teow sama Air Tembikai memadai. Sedap gak.


Ada banyak pilihan bas untuk ke Kuala Pilah, samada bas ekpress atau bas biasa yang aku sebut “bas lompat-lompat” — My Mak Mertua gelak bila aku sebut, dia ajar, itu namanya “bas berenti-renti”. Sama la kan?

Untuk perjalanan singkat yang tidak memburu masa, dan bagi menikmati suasana “balik kampung” yang kampung buat seorang orang kampung macam aku, naik “bas lompat-lompat” la best, kan? So aku sengaja naik bas yang agak uzur, enjin menderum, tanpa aircond... oh sungguh mengimbas kenangan masa zaman aku di kampung dulu!

Dengan tambang cuma RM4, perjalanan agak lama (38km), kira-kira 45 minit.

Snap secara curi, kebetulan duduk di belakang.


Seat yang uzur dan keras ni, betul-betul macam bas yang aku selalu naik masa di kampung halaman aku sendiri dulu.


Snap dari atas bas.


Butang loceng yang sudah lama tidak kulihat. (ini pun ko snap, Azie?)


Antara pemandangan dari atas bas. Bukit Putus yang tidak lagi berbengkak-bengkok teruk seperti dulu. Jalan baru, jika ikut Lebuhraya LEKAS, lebih cepat sampai.


Kawasan rekresasi Ulu Bendul, nampak kurang meriah sejak kes kematian yang meragut nyawa kanak-kanak 3 beradik bulan lalu. Khabarnya, sebahagian kawasan ditutup kepada orang awam.



Pekan Kuala Pilah, sementara menanti dijemput dengan kereta. Bangunan lama yang nampaknya diperbaharui dengan ukiran dan warna cat yang sungguh unik.

Sebenarnya memang selalu balik ke Jemapoh, tapi untuk menikmati suasana sebegini memang takkan rasa jika berkereta.

Jika orang membaca or melihat, agak pelik dan menyusahkan apa yang AA lakukan, tapi dengan sedikit persediaan awal, tiada yang susah pun. Malah menyeronokkan. Yang penting, bawa beg (bagpack) yang sesuai dan tidak berat, sport shoes, topi jika perlu, kamera, (tunai dalam poket seluar lebih selamat), perjalanan ringkas sebegini sangat best!



~...semasa dipelawa untuk ikut berburu di hutan demi seekor kijang yang tidak pernah jinak, SERI BULAN kehilangan topi kesayangan yang basah kerana tidak sempat berlindung di balik banir, lalu HISYAM terpaksa mengganti topi dengan jaket kesayangannya pula...~











31 comments:

  1. Selamat datang ke seremban..:)

    Seronokkan kak sesekali kita jadi org yg x berkereta naik kenderaan awam mcm komuter dan bas... sy juga suka wat mcm ni sesekali bagi ank2 rasa mcm mana susah & seronoknya naik kenderaan awam.

    Sy plan nak ke kolompo lak dr seremban naik komuter rabu ni nanti bawak anak2 dah lama x ajak dyorang rasa pengalaman mcm ni.

    ReplyDelete
  2. macam tau tau ja nak tanya sapa yg tlg snap gambaq tuh..rasanya nama kompleks tu Terminal 1 kot.

    Tak sangka ur MIL duk Jemapoh, selalu duk dengar filem 'Dari Jemapoh ke Manchester' :p

    ReplyDelete
  3. Assalam AA..
    acik yang dah 5 tahun menetap diseremban pun belum berpeluang melalui laluan jalan kaki dari komuter ke terminal one tu..nasib baik AA letak gambar..dapat jugak tau macam mana rupanya.terima kasih AA.

    ReplyDelete
  4. CT NOARIZAH:
    Salam.
    Memang seronok, bila sekali sekala merasai keadaan macam tu. Kalu kerap sangat pun, jemu dan terasa letih pula.
    Apapun Seremban tetap best...!



    NORASHIKIN:
    Jemapoh lebih kurang macam Tanjung Piandang!



    ACIK ERNA:
    Saya memang pegi mana pun nak snap gambar. Saja suka simpan sebagai kenangan dan rujukan bersama.

    ReplyDelete
  5. laluan khas pejalan kaki tu dah siap eh, dulu time student, apah pun tarak!

    itu stesen bas terminal one ler kak AA.


    **saya bukan org somban, tapi dulu dok buat elektif kat hosp somban. berulang naik motor somban ke felda sendayan.

    ReplyDelete
  6. azie..mesti naik bas united tu kan, bas tu memang dah patut simpan kat muzium je..selalu semput dan rosak

    orang skarang lebih suka naik bas transnasional tu, lebih selesa dan berekon

    petang tadi akak nak ke seremban tapi terpaksa batal bila jalan jem teruk

    ReplyDelete
  7. eheheee...dah lama tak tekan butang loceng tu...

    ReplyDelete
  8. terima kasih kerana memilih negeri saya untuk entri aa kali ni.

    dari atas bukit putus itu, boleh nampak rumah saya.

    dulu kakcik pernah tulis pasal jakun tu di sini ..

    http://kakciknurseroja.blogspot.com/2010/12/jakun.html

    ReplyDelete
  9. ooo dah cantik dah tempat jalan kaki dari stesen komuter gi basten tu ye.

    Bas tu nampak antik sungguh. Teringat zaman naik bas dulu. kalau bas takde ekon, tingkap kena bukak. bila tingkap bukak mulalah mata luyu sebab kena angin. lepas tu tersengguk-sengguk dan gedegang kepala tersentap ke belakang terkena besi kerusi. adei..

    rumah jemapoh tu dekat dengan rumah yang berhormat ke. rumah kakpah masuk simpang kat surau tu..

    ReplyDelete
  10. nostalgia betul naik bas tu kan....loceng tu mmg unik, dan mmg patut pun AA snap gambarnya....saya kalau drive ke Kuala Pilah, boleh muntah..ekekeke..ya, saya mabuk jalan konar konar :P

    ReplyDelete
  11. azie...
    bestkan! adventure sikit....
    nak try buat....

    ReplyDelete
  12. AA
    Dekat Kampong Sawah Lebar tak??

    ReplyDelete
  13. mesti best jalan sorang2 kak AA kan.... mmg nostalgia bas tu....

    ReplyDelete
  14. kak azie, saya sungguh 'menikmati' perjalanan akak menaiki bas.. sungguh mengimbau kenangan dulu2, especially bile nengok gambo kusi ngan loceng bas tuh.. haha..

    ReplyDelete
  15. rasa mcm k.azie bwk saya travel sama-sama pulak :D

    ReplyDelete
  16. wah...masih ada lagi ek bas dgn kerusi & loceng macam tu dlm zaman serba moden sekarang nie....

    ReplyDelete
  17. NAJWA:
    Ohhh ya Terminal One ya. Lupa tengok betul-betul hari tu.



    IBU INTAN:
    Saya pun teringat kat AKAK yang dok di Kuala Pilah. Tapi takda nombor tefon pula nak bagitau saya nak datang. hehehehehe...



    KAK QUEENIE:
    Nanti kita beli loceng tu, main tekan-tekan, nak? hehehehe

    ReplyDelete
  18. Bang HAMZAH:
    Kerana bas terlalu laju, saya tak sempat nak snap papan tanda ke Taman Lavendari Heights tuh...



    IBUNDO:
    Kak PAH, rumah Mak Mertua saya kira-kira sepelaung sebelum RnR Jemapoh yang tak siap-siap tuh.

    Ya betul, kalu naik bas takda ekon tuh, berangin kuat, memang nak lena dibuatnya, kan? hehehehe

    ReplyDelete
  19. DADDY ZIYYAD:
    Kamu macam budak-budak. Tak tahan kona kona. Macam anak Kak Azie, pun mudah mabuk gak. Sampai kena tampal koyok plak kat pusat. hahahahaha!



    AKAK:
    Kalu Akak terdaya nak buat, boleh jer Kak. Jom kita try pi JB plak!



    SOM:
    Kampong Sawah Lebar? Tak jumpa pun kampung tu. Tapi ada lalu kat tempat nama Siamang Gagap! hahahahaha!

    ReplyDelete
  20. MUNNA:
    Kak Azie memang ada kala lebih selesa berjalan sensorang jer. Lebih adventure dan bebas. Cuma siang hari saja la. Malam2 takut juga.



    ANAA:
    Yeahh.. itulah tujuannya Kak Azie sengaja pilih bas yang uzur dan tanpa ekon tu. Nak menghayati kenangan silam, kekdahnya. hehehehe

    ReplyDelete
  21. MUN:
    Wahhh.. berangan ya. Nanti kita pegi travel sama-sama plak ya. Kita boleh try tempat yang dekat2 jer, asalkan tempat tu mudah walaupun kita belum pernah sampai.



    ACU:
    Tu la, mujur masih ada bas macam tu. Masih kekal unsur kampung. Macam kat kampung Kak Azie juga.

    ReplyDelete
  22. sapo snap gamba akak?

    *

    saya rasa teruja pulak nak buat trip macam ni ke mana2 wiken ni. tapi nak gi mana ek? dah la tak backpacking!

    ReplyDelete
  23. terimbau kenangan masa zaman muda muda...berkelana sorang sorang naik bas lompat lompat.Dari tg malim sampai Kulim...adventure

    ReplyDelete
  24. alahai kak azie, saya yang baca ni pulak yang penat...especially tang part kena baik bas lompat2...45min tu....letih woo..dulu masa study kat kolej..cenggini lah..meletihkan. pic butang loceng bas yang klasik tu memang terbaik lah! mengembalikan memori.....

    ReplyDelete
  25. salam perkenalan... dan ziarah...

    ReplyDelete
  26. Kak azie psl artikel tu asalkan story tu ada detail masa, tempat dan waktu dah ok dah. Copy paste dlm word doc kira2 2.5 page, langkau 1.5. Gambar 10 kpg dgn description sekali. Email kat sy naderiey@gmail.com

    http://mizzyn.blogspot.com/2011/06/nak-keluar-surat-khabar.html?m=1

    ReplyDelete
  27. GADISBUNGA:
    Orang dah kata, jangan tanya, dia tanya jugak. Heeeeeee....! :)
    *
    Jom...! bila-bila kita backpacking pergi Bukit Broga, nak tak?



    MAKCIK:
    Wow! Berkelana tu betul-betul ayat klasik tu Makcik.!

    ReplyDelete
  28. SITI MURNI:
    Kak Azie 2,3 tahu lepas pernah backpacking sensorang dari KL ke Penang, naik bas turun bas, naik feri turun feri. Best sangat! Penat tu kira kendian.



    NORLIE:
    Salam perkenalan. Sila masuk, terimakasih.

    ReplyDelete
  29. MIZZYN:
    Roger!
    Terimakasih sangat...InsyaAllah. Kak Azie nak cuba. Sebab Kak Azie nak berkongsi banyak info tentang catatan perjalanan.

    Thanks, sebab beri respons kat sini!

    ReplyDelete
  30. tekan locen tu bunyik kriiiinnnggggg! sekrg punye bunyi teeetttttttt... mcm bg jwpn salah dlm kuiz tuu.. hehe ;)

    ReplyDelete
  31. kak AA,

    best kan lama-lama sekali naik bas lompat2 tu.. dengan seat yang sempit.. sapa yg tinggi lutut ngam2 dengan seat.. lepas turun je soheh tak leh jalan.. sebab rasa nak cramp.. haha..

    lagi satu.. bas tu ada bunyik o-ek o-ek tak? macam bas merah kat kg kita tu?

    paling tak tahan, bila bas lama ni kona.. dah la bawak laju.. dia punya henjut boleh melambung ooo.. kalau dok kat bahagian belakang..


    memang nostalgia.. sangat sukeeee.....

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails