Thursday, June 23, 2011

Goda Boleh Tapi Jangan Godam: tetap ada kaitan, kan?

Salam.
22-06-2011
Rabu, dah kan?


Mukadimah: Tadi terklik RTM2, nampak ada drama Biar Rindu Berlalu, adaptasi dari novel dgn tajuk sama. AA ada novel tu, baca 3 kali sampai bleh ingat semua plot dan nama watak. Tak sangka novel tu dah jadi drama. Ntah tadi episod ke berapa dah ntah.

Drama keluarga tu best. Tak ingat tahun bila beli. Agak lama dah. 3 kali baca, 3 kali nangis. NASRUL akhirnya kesal kerana menyebabkan Fatihah lumpuh dan menghabiskan usia remaja di atas kerusi roda. Walapun ibu dan bapa mereka berkahwin juga (janda & duda) tapi mereka berdua, selaku anak sukar serasi sehingga menimbulkan konflik. Kenapa? Kerana rasa kasih dan sayang yang tidak berbelah bahagi terhadap keluarga masing-masing. Bukan salah mereka pun.

Sapa yang sempat, elok juga tengok drama tu. Pengakhiran dia sedih sangat, bila hati keras batu waja seorang lelaki bernama Nasrul tu cair kerana seorang gadis bernama Fatihah. Walaupun mereka bukan bercinta (menjadi adik beradik tiri) tetapi hubungan mereka sungguh rumit.

Cerita sebenarnya yang hendak ditulis:

Terimakasih kepada teman blogger yang sudi berkongsi info ini. Thanks!

Blog ‘nothing special’ ni pun tersenarai jugak? Ohhh... janganlah buang masa sendiri nak godam blog ni. Leave me alone, ok?



Juga buat teman yang bukan (belum) blogger tapi sudah menjadi kenalan AA sejak 4 tahun lalu. Terimakasih atas sokongan.

Sapa lagi nak sokong blogger jika bukan blogger? (dan rakan kepada blogger)

*profile photo juga sudah ditukar baru. Tiada sebarang alasan, selain jemu dengan yang lama.



~...dalam apa keadaan sekalipun, HISYAM sedia faham sedia tahu malah sangat mengerti siapa yang sangat dipercayai, yang sentiasa menjadi penyokong dalam senget sendeng hampir rebah atau nyaris reput bila SERI BULAN sering berlagu “Beribu Sesalan”...~











32 comments:

  1. Ada juga dengar blog biasa yang digodam, tapi ratanya yang menjadi ahli gengblogger kan... Mmm, harap2 nya itu propaganda sahaja...

    ReplyDelete
  2. CIKGU NORMAH:
    Belum tidor cikgu?
    Saya rasa blog saya tersenarai (secara randomly jer tu), sebab saya pun daftar juga sebagai GengBlogger dulu. Tapi tak aktif pun. Tak sempat.

    ReplyDelete
  3. dari buku ke drama.. memang sedap..

    ReplyDelete
  4. salam kak
    kering idea la tu nobel jadi derama

    ReplyDelete
  5. YAN:
    Bukan semua buku boleh didramakan. Itu jelas dan terbukti.



    BRUTAL SOLO:
    Bukan kering kot. Tapi dah macam trend pula. Yang kering cuma cerita. Tapi skrip kena olah. Tak mudah. Ada juga novel yang gagal menjadi drama yang baik.

    ReplyDelete
  6. memang betul azie, sekarang ni dah jadi trend pulak dramakan cerita dr novel....memang banyak novel yang meletup tapi kalau didramakan belum tentu meletup juga.

    ReplyDelete
  7. KAK AYA:
    Seluruh dunia, mana negara pun memang buat begitu juga. Memilemkan or mendramakan buku. Buku yang bagus, novel yang baik belum tentu menjamin filem/drama menjadi baik juga, kan?

    ReplyDelete
  8. Apala pekdahnye keje yang depa buat tu, ya?

    ReplyDelete
  9. KAKCIK:
    Ya lah kan? Baik goda penulis blog tu terus, kan?
    hahahahahaha

    ReplyDelete
  10. gambar profime baru ni cun...
    minat perpel ek..

    ReplyDelete
  11. sya ni jenis tak baca novel, rugi lah pulak
    tp bila tahu cerita drama tu dari novel, barulah terkulat2 mencari novel sbb nak tahu jalan ceritanya

    ReplyDelete
  12. Di Kota London penggodamnya dah tertangkap baru 19 tahun. Pelajar Universiti yg bijak. M'sia bila nak tangkap lagi penggodam nie?...

    ReplyDelete
  13. nasib baik blog merapu kita tak tersenarai..

    ReplyDelete
  14. Kak Zai pun ada novel ni tapi tak tengok drama.

    Sweet colournya.

    ReplyDelete
  15. skrg byk drama2 adptasi dr novel..
    tgh folo citer dewa cinta hehehe

    ReplyDelete
  16. bagusnya akak minat baca novel..ehhe

    pasal blog yg tersenarai tu..hrp2 xbetul sb list dia mmg byk..

    ReplyDelete
  17. minat kita sama..
    perasaan kita juga selalu sama

    bila kita nak bersua wahai kak AA ku sayang.....?

    PS: ayu pun risau andai blog CR digondam..
    adeh.. macam2 hal mereka yng suka cari masalah...tak suka damai dan tenteram ker??
    hehehe.. bab damai tenteram tu, senyum pula sorang2.. hahahha..

    ReplyDelete
  18. sekarang ni musim adaptasi novel ke drama agaknya...

    blog munna pun tersenarai...tapi setakat ni takde apa2 terjadi..harap2 takdelah yg terjadi...

    ReplyDelete
  19. x kan blog saya yg picisan pun org nak godam kot!!!haishhh!

    ReplyDelete
  20. azie...komen akak mana ghaibnya...?
    adeh...kena godam jugak ker?
    mende ler.....

    ReplyDelete
  21. zie pun pasang lagu Beribu Sesalan kat blog zie skrg..zie pernah baca cite novel tu..beberapa tahun lepas..yg ayah dia nk kawen lagi tu kan kak Azie..hehe..

    ReplyDelete
  22. saya tak tgk la citer ni..tapi dari gaya akak tulis, dgr mcm best lak citer ni...

    ReplyDelete
  23. gambar profile baru tu nampak makin muda la :)

    ReplyDelete
  24. IBUNDO:
    Saya memang peminat tegar kaler PURPLE!



    SYA:
    Tak apa kalu tak minat novel. Sebab nanti bila tengok drama, takder la nak banding2 pula.



    KAK ZAKIE:
    Agaknya dah dapat kesan, tapi tangkapan saja yang belum...kot.

    ReplyDelete
  25. AZRINA:
    Syukur. Tapi rasanya mereka random pilih saja tu. Harap2 selamat.



    KAK ZAITUN:
    Saya pun baru tengok semalam. 1 episod jer. Akan datang lum tahu sempat ker tidak.



    NOOR:
    Dewa Cinta tu pun rupanya dari novel juga, kan? Semalam baru saya tahu. Tapi macam tak berapa sangat nak follow. Sebab Fasha dgn Iqram tu macam tak “in” laaa.. hehehehe

    ReplyDelete
  26. MEK SARAH:
    Memang minat novel sejak belajar Sastera di sekolah menengah dulu. Sebab tu minat menulis juga.



    AYUUUUUUUUU...!
    Kenapa pula bila tang damai tenteram tu bleh senyum sensorang? Ada apa apa kah? Ahaks!



    MUNNA:
    Ya.. macam trend plak kan? Banyak novel diangkat menjadi drama. Mudah juga tu, sebab plot dah ready.

    ReplyDelete
  27. MAK DARA:
    Harap-harap senarai itu tidak diteliti sangat dan penggodam tak minat nak godam blog kita kan? Doa banyak2. :)



    Kak QUEENIE:
    Eh.. ada komen sebelum ni ya? Tak nampak pulak kak. Nyorok balik pintu dapur kot. heheheh

    ReplyDelete
  28. ZIE:
    Yeahhh.. lagu tu best walaupun sedih sayu jer bila dengar, kan?
    Yup. citer tu tentang ayah Fatihah nak kahwin dengan mak Nasrul. Memang best gak novel tu.



    WAHIDA:
    Pada Kak Azie, novel biasanya lebih best dari drama. Jarang nak dapat drama adaptasi lebih best dari novel asal.



    ACU:
    Alaaa tu tengah pakai susuk tuh. Hahahahahaha!

    ReplyDelete
  29. Wahhh...bertukar kaler purple...mmng cantik...
    Mp mmng minat baca novel...tambah pulak S.A.S....novel2 nya semua best...

    ReplyDelete
  30. Nanti nak pi check jugaklah kot2 blog picisan saya pun ada tersenarai kat situ..huhu

    ReplyDelete
  31. MULUT PAYAU:
    Kaler PURPLE tu dah jadi trademark.
    Saya pun banyak beli novel Kak Sharifah.



    SITI MURNI:
    Sila semak. Tapi harap2 tidaklah digodam.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails