Friday, June 3, 2011

Terimakasih duhai Bidan Piah...!

Salam.
02-06-2011
...kami sedang meraikan ulangtahun kelahiran seseorang yang penting dalam keluarga.



Tadi selesai buat Frozen Karipap lagi. Kali ini untuk majlis akad nikah adik ipar yang bakal berlangsung Sabtu. Nak buat esok dah tak sempat, sebab kerja dan malam hari mungkin kena turun dapur dengan My Mak Mertua, masak pulut.

Walaupun majlis katanya ringkas sahaja, tapi sikit sebanyak mestilah ada makan-minum dan jamu-hidangnya, kan?

Selesai buat tadi tersandar sekejap, sambil mulut terlepas: “Sebulan dah I langsung tak rehat ni... ada jer keja.”

My TOKLAKI replied, “Tahu pun U. Asyik ulang Kajang-karipap, Kajang-karipap.” Hahahahaha!

Mujurlah ada Bidah Piah ni. Semalam singgah ofis hantorkan ubat kuat makcik yang sorang tu.

Terimakasih. Masuk ni dah botol yang ke-3.
Harga mampu milik. Cewahhhh...!


Bukan senang nak dapat, yang ori macam ni. I don’t like yang kapsul/tablet. Maklum orang kampung macam aku ni, seboleh-boleh ndak yang ala-ala kampung gak. So, maajun “bulat taik kambing” ni paling sesuwai!

Telan hidup-hidup tau!

Tingat masa kecik-kecik dulu, bila malam jer My Arwah AYAH dan My BONDA makan maajun camtuh, kami mesti tadah tangan gak ndak telan sebijik. Rasa rempah tu yang best!

Yang benornya, bukan nak jadi lawa atau jadi solid molid macam body Rozita Che Wan, tapi nak jaga darah jer. Maklum darah macam dah tak pekat macam dulu. Asyik naik turun, naik turun jer tekanannya. Lama-lama makcik ni bleh pitam tengah jalan.

Cukup dulu cerita untuk malam ini duhai anak-anak. Kita sambung di lain kali, sebab makcik ni dah lengoh pinggang nak duduk menaip.



~...gara-gara berkubang dengan seluar berlubang, HISYAM menjadi bahan sengih SERI BULAN dan anak menantu Pak Utih sehingga dia merasa pelik kenapa boleh menjadi tumpuan aneh sebegitu, jika tidak ada yang membuka cerita tentu sampai senja HISYAM berjalan seperti tak pijak tanah...~







26 comments:

  1. Teringat jugak bila mak sendiri makan maajun 'bulat taik kambing' mcm ni waktu nak tdo... Kuatkan badan katanya..

    ReplyDelete
  2. tak panas ke kak makan makjun?

    ReplyDelete
  3. munna pun baru je bercadang nak consume mab ni...

    ReplyDelete
  4. Hi Azieah, saya pun suka frozen curry puffs, as well half frozen durians.
    I think cold curry puffs taste better, ha ha.
    Have a nice day.
    Lee.

    ReplyDelete
  5. boleh cuba ni .. sakit pinggang memanjang lah.. tak ada bibik hee...

    ReplyDelete
  6. patut la steady...ada ubat kuat hehe

    ReplyDelete
  7. Tak pernah telan makjun, x tahan bau nya.

    ReplyDelete
  8. belum penak makan makjun ni... tp penah tengok mak n ayah makan... betul bulat2 macam taik kambing kan... panas badan x?

    ReplyDelete
  9. CIKGU NORMAH:
    Memang orang tua-tua jer yang ramai minat maajun gini.



    GADISBUNGA:
    Telan sebiji jer sehari, tak panas lagi la setakat ni.



    MUNNA:
    Ada website MAB ni, juga blogspot. Dia boleh hantar sendiri. My ejen tu tinggal area my tempat kerja, so senang dia deliver.

    ReplyDelete
  10. UNCLE LEE:
    Ohhh my.. cold curry puffs? Never try. hehehehe
    Thanks Uncle.



    YAN:
    Dapat urut lagi sedap la YAN.

    ReplyDelete
  11. ZINO:
    Steady gaya orang lamaaaa.



    HANI:
    Masa nak suap, tutup hidung. hehehehe

    ReplyDelete
  12. boleh pinjam bidan mak piah kau zie? hehe.. sebona e tak goma makan majun ni. tak tahan bau.

    ReplyDelete
  13. teror akak wat karipap..:D

    btw jaga kesihatan kak...smg sihat selalu =)

    ReplyDelete
  14. apabila dah berusia ni..ubat penting..
    badan kita pun dah terkelel sana sini..
    moga makjunnnn mujarab dan kembali bertenaga semula..

    ReplyDelete
  15. makjun ni kalau nak lebih afdal,sebelum ditelan,dikunyah2 dulu~~

    *ayat pedajal~~

    makcik jangan cuba tahu~he~~

    ReplyDelete
  16. amalkan makjun ni..hee
    silap2 haribulan..mai sorang lagi kan3...haaa

    ReplyDelete
  17. hari pun saye ade beli maajun jugak dari kawan...
    ok lajugak baru nak try makan maajun kan..

    ReplyDelete
  18. amik cuti kak seminggu ka..
    pi honey moon ngan tok laki tu..hehhee

    majun akak tu ada di pasaran ka?
    igt gak majun taik kambing yg mak saya mkn..ehhee

    ReplyDelete
  19. sy jgn kata maajun, panadol pun susah nak telan.. hahaha..

    ReplyDelete
  20. kena cari maajun gak ni.....
    mau kuat maaa....

    ReplyDelete
  21. KAK ROSE:
    Kerana maajun ni ada rempah dll bahan, memang lah ada panas skit. Kena minum air banyak.



    KAK PAH:
    Pinjam boleh, kena bayar ikut jam. hehehehe
    Maajun ini takda ada bau sangat. Kunyah jer, telah.



    CIk ECAH:
    Terror tak terror mana pun. Mungkin sebab dah biasa buat kot.

    ReplyDelete
  22. SAL:
    InsyaAllah. Ikhtiar jer. Bukanlah kerana ada penyakit, tapi sekadar nak pulih mana yang patut.



    BUJAL X:
    Memang betullah tu. Kunyah2 sambil baca jampi serapah! hahaha



    LANABULU:
    Ohhh...hikhikhik!

    ReplyDelete
  23. AIN NORAINI:
    Kalu sudah biasa, ok jer makan.



    MEK SARAH:
    Maajun ni kena order dari dealer. Boleh tengok blogspot dia. Maajun Bistari.



    GC:
    Elok tu. Jangan amal makan ubat pil selalu kecuali terpaksa.

    ReplyDelete
  24. CHIK ATT:
    Cari jangan tak cariii...:)



    AMY:
    Hai Amy. Khabar baik jer. Terimakasih Amy.

    ReplyDelete
  25. Çok keyifli bir blogunuz var :)
    Her ne kadar dilinizi bilmesem de,resimlere bakmak bile çok güzel..
    Türkiye'den sevgilerimle..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails