Saturday, September 10, 2011

Sabtu yang Meletihkan...

Assalamualaikum
Sabtu 10-09
...yang meletihkan




Yeahhh memang letih. Tapi apa nak buat. Dulu lali, kini kena semakin kental dan kebal.

Walaupun bekerja separuh hari, tapi ada sahaja urusan di luar pejabat rasmi yang perlu dijengok-tengok, dipantau dan diteliti... kemudian diambil tindakan susulan. Macam PA Menteri ler konon!


Temujanji dengan pengusaha dalam bidang akademik, QuickMaths yang membuat taklimat berkaitan teknik terkini dan terpantas menjawab soalan-soalan Matematik, dilaksanakan di hadapan Penasihat dan Dato’ Pengerusi.



Beberapa tindakan susulan dan perjanjian kerjasama antara QuickMaths dan KOSIM akhirnya dipersetujui. Pasti saja kerja bertambah selepas ini.

Bersambung dengan beberapa lagi temujanji dengan penempah-penempah yang terus menunjukkan minat terhadap tanah lot PERSADA Heights yang mula dilancarkan pada April lalu. Fasa 1 dan Fasa 2 pernah AA tulis dalam blog dan beberapa pembeli rupanya ada yang membeli setelah membaca entri ringkas di blog “yang ingin kukongsi”!

Kini Fasa 3 dan Fasa 4 juga sudah habis ditempah! Ohhh betul-betul macam goreng pisang panas. Pernah beberapa orang membuat survey sehingga ke kawasan Bt 18, mencari harga yang lebih murah, tiada yang dapat mencari lot seluas 4,000 kaki persegi dengan harga serendah RM42,000 seperti PERSADA Heights.

Cerita lanjut dan gambar-gambar terkini PERSADA Heights, akan diceritakan bila-bila senang nanti.


Layan diri!
Lunch jam 5.00 petang, Kenny Rogers, Bukit Mahkota Cheras.

(ada orang kata “hanya orang gila jer pakai cincin Burung Hantu@owl macam tuh!) alaaaaa.....!

Bergegas pula mengambil stok Tart Nenas untuk tempahan terkini. Stok tidak boleh diambil terlalu awal, nanti tak fresh pulak!

Ohh letih menghayun badan walaupun melenggang tangan yang dah tak berapa GEBU... hahahahaha!


Sebentar tadi semak email terjumpa email ini:

Terimakasih atas sokongan...!

Okey, nak rehat dulu.

Sekejap lagi ada date dengan seorang blogger terkenal yang akan datang ke Pandan Jaya mengambil tempahan Tart Nenas!



~...bagai hendak tersembur ketawa besar SERI BULAN melihat HISYAM tetiba menjadi malu kesipuan kerana setelah lama tidak bersua dek cuti lama di hari Lebaran, sehingga lawak tidak lagi memberi gelak, jenaka tidak menjadi kelakar sebaliknya sengih menjadi kernyih...!~








12 comments:

  1. Harap ada masa untuk berehat buat seorang AzieAzah hujung minggu esok.

    Ada ke Azie?


    :D

    ReplyDelete
  2. kita sama..
    tetap sibuk dengan cara kita

    harap2 kita semakin tabah ya..

    PST: berjaya kakakku.. syukur...alhamdullilah

    ReplyDelete
  3. walau apapun kesihatan kena jaga yea AA

    ReplyDelete
  4. azieazah..
    sangat sibuk tu banyak urusan namak nya.... persada height tu kat mana ya?

    ReplyDelete
  5. tat tu mmg sedap kak...ketagihan saya!

    ReplyDelete
  6. Sabtu - kakcik letih membilang kenderaan di atas jalanraya!

    ReplyDelete
  7. Azie.. yang pasti memang sedapp...

    I dont care how people think about my appearance as long as i still can be seen as normal person.. Nak pakai cincin ulaq sekali pun suka hati kita lah..heee. tul tak..


    ( tak sesuai address me as terkenal.. Marah yang dah ada kelas tersendiri tu. Mau melompat nanti..hee)

    ReplyDelete
  8. Alaaaaaa, jari kita, suka hati kita la nak pakai cincin burung hantu ka, cincin rimau ka atau apa2 yg kita suka, haiyaaaa!

    ReplyDelete
  9. huhu..meletihkann.. nway, jalan nak ke pdn indah dari pandan jaya tu tutup agi ke..

    ReplyDelete
  10. Ambiklah masa rehat walau sesibuk mana pun.

    ReplyDelete
  11. Thanks semua.

    FATIN:
    Rasanya masih tutup. Tapi masih boleh ikut jalan bawah susur kiri. Jalan atas tu memang tutup.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails