السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
12-12-2012
Berapa ramai yang bernikah hari ini? Memilih tarikh cantik. Diharapkan jodoh berkekalan, rukun aman damai dan sejahtera selalu.
Memilih tarikh yang baik (selain cantik) bukan keutamaan tetapi ada perkara lain yang lebih penting dari itu, untuk sebuah rumahtangga.
Bila sudah serasi, memahami (dalam ertikata menerima seadanya), harus diingat apabila 2 orang dari kelompok akar umbi yang berbeza dipertemukan, bukan hanya melibatkan 2 hati tetapi juga seluruh ahli keluarga jika pun tidak semuanya.
Bagi orang yang sudah lama kahwin, sudah melihat pelbagai karenah dan bertemu ragam dengan lain-lain ahli keluarga di sebelah sana akan memahami apa yang saya maksudkan.
Hubungan baik dengan keluarga sebelah bukan cukup dengan senyum mesra atau tahu nama tetapi melibatkan diri dan penglibatan di bawah nama insitusi keluarga tanpa melebihi had > itu juga penting.
Maksud saya, bukan semua orang sebelah sana akan suka kita, dan bukan semua karakter orang di sana akan disukai oleh kita.
Bersabar dan pandai-pandailah membawa diri.
*saya masih bercuti dan sibuk dengan urusan kenduri tahlil di rumah arwah mertua.
*saya masih bercuti dan sibuk dengan urusan kenduri tahlil di rumah arwah mertua.
~...sudah sering HISYAM menyebut walaupun dia tidak berapa suka dengan beberapa insiden terutama kes mengendap bilik tidur SERI BULAN tetapi kerana pernah berjanji untuk terus SB dan SB, mereka harus terus berganding sepertimana kali pertama menjejak jeti ke Kampung Separuh Desa...~
Setelah sekian lama berumahtangga (26 tahun pada 27/12 ini), kakcik mengambil sikap 'kau tak suka aku, ada aku kisah?'. Tapi bila 'aku tak suka kau, jangan pula kau mencari helah'...
ReplyDeleteAir itu tetap ada riaknya walau hanya dalam cawan yang kecil...
Alhamdulillah, ada hikmahnya berjauhan dari keluarga mertua dan ipar duai, bertemu setahun hanya sekali dua, bak kata orang tua, jauh bau bunga...
ReplyDeleteInsyaAllah.. pesanan ini akan saya ingat bila tiba masanya diri ini melangkah tembok pemisah status~
ReplyDeleteAina menerima seadanya kerana kita tidak sempurna dan kita juga tak akan dapat memuaskan hati semua orang. Apa yang mampu berusaha yang terbaik.
ReplyDeletepandai-pandailah bawa diri..betul, tak semua orang suka kita.malah nak mengambil hati pun bukannya senang..
ReplyDeleteMcm2 peel kta jmpa kn....ada masa diam tu lbi baik...tp ada masa nya wlu pn diam...riak muka x bole tipu....cara pling mudah kna bg gap...duk jauh2 jmpa skli skala...baru la manis selalu..bruntung la if ada org yg dpt sebati sprti tepung d adun bila 2 kluarga brcantum....ltr bkg idup yg x sm mmbuat kn ada ms hati kita brgoncang2...tp pling pnting kna pndai bw diri....jd la mcm lalang...kna tiup kiri lentok ke kiri....tp jgn smpi d pijak2....kna tunjuk jg yg kta ada prinsip...hormat mnghormati....baru kawin 11 thn...hihi
ReplyDeletesure ramai ambil kesempatan utk nikah dgn tarikh cantik nih...
ReplyDeleteterpulang pada diri utk sesuaikan dgn keadaan masa tuh...
insyaAllah...terima kasih
ReplyDeleteAl Fatihah buat bonda mertua kak Azie..
ReplyDeleteTarikh, grand macam mana pun majlis kawin, kalau bahtera perkahwinan tak di kemudi berlandaskan agama, maka hanyut la dia...
Setelah 18 tahun kahwin... prinsip utama Amie ialah 'jaga keluarga sendiri' yang lain itu pejamkan mata pekakkan telinga, tak payah masuk campur kecuali kalau di'diperlukan....
ReplyDeletesaya watsap dia pagi tadi. 12.12.12.
ReplyDeletedan dia reply.
13.
mamai kot.
jeles dengan mereka yang cepat berjodoh..
ReplyDeleteFaham sangat maksud akak tu.. keadaan yg perlu kita hadapi bila mempunyai keluarga baru.. saya membawa pendirian, walau di mana2 pun kena pandai membawa diri.. org tak suka tak apa.. tapi tetap cuba untuk tidak buat orang jadi benci.. semoga perkahwinan yang dibina pada tarikh yg cantik akan dipenuhi dgn keindahan juga..
ReplyDelete