السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
18-12-2012
“Sebuah Piala Seekor Kambing ” – saya tidak pasti samada yang saya tonton semalam itu sudah disiar sebelum ini atau belum. Melihat ‘teaser’nya, sangat menarik, kerana saya sendiri sangat suka dengan Kelantan dan budayanya, tentu ternanti-nanti drama ini. Disiar ASTRO PRIMA 105.
Telemovie ini 100% dalam dialek Kelate. Kisah beberapa orang anak muda dari dua buah kampung; Kampung Bendang Kweng dan Pantai Cherang Nipah yang tidak berbaik-baik. Tiap kali berjumpa ada saja pasal untuk dijadikan bahan ‘bergocoh’. Pantang silap sikit.
Anak gadis Ketua Kampung Bendang Kweng bernama Shima sangat disukai oleh pemuda dari kampung Pantai Cherang Nipah bernama Jani (lakunan Syed Aiman). Kes ini juga menjadi bahan tidak puas hati kerana Jani dari kampung yang bermusuh dengan kampung Shima. Sepupu Shima, iaitu si Dollah Jin lah yang sangat marah akan hal itu.
Lalu seorang Penggawa yang menjaga kampung-kampung tersebut mencari jalan untuk menyatupadukan penduduk dua buah kampung tersebut terutama golongan muda. Cadangan untuk berlawan bola sepak dianggap cadangan yang paling baik. Sukan dilihat mampu menyatukan golongan yang berpecah.
Sebuah piala dan seekor kambing ditaja oleh Penggawa dan ideanya mendapat sokongan dari Ketua Kampung kedua kampung terbabit (Kamarol Yusof dan Sabri Yunus). Anak-anak muda dari kedua kampung pun mula berlatih untuk merebut piala nan sebutir dan kambing nan seekor tajaan Penggawa itu.
Dalam pada itu, pelbagai usaha untuk menggagalkan lawan telah dibuat termasuk sabotaj pemain, bomoh dan mendajalkan padang. Malangnya, apa yang diharapkan Penggawa dan Ketua Kampung kedua kampung tersebut tidak menjadi kerana sepanjang perlawanan bola sepak 7 sebelah itu, pergaduhan tetap juga berlaku.
Sejak dari awal, saya sudah mengagak perkahwinan Shima dan Jani lah yang akan menjadi kunci utama untuk menyatupadukan kedua kampung tersebut.
Apa yang best pada saya ialah dialek Kelantan itu sendiri. Seronok bila dengar mereka bersembang dan kerap pula diselang seli dengan lagu-lagu Kelantan, dikir barat yang memberikan semangat kepada pasukan bola sepak Kelantan. Bestnya dengar!
Setinggi tahniah kepada Sabri Yunus yang menulis dan mengarah drama ini. Saya melihat beliau seorang pejuang budaya dan sangat cintakan negerinya.
Setiap kali ada drama Kelantan juga, saya paling minat dengan seorang pelakun Kelantan yang bernama Khusairy Chua ini (dalam drama ini dia berlakun sebagai Dollah Jin). Banyak drama Kelantan, mesti ada wajah dia. Sapa pernah tonton filem Bunohan, pasti akan ingat dia ini. Dalam drama “Sorok Bau Budu” dia berlakun bersama Zulhuzaimy.
Lain-lain pelakun: Isey Fazliham (penyanyi lagu Legasi Mat Che Su – Dikir Warrior), Syed Aiman , Roy Kapilla, Mat Yie dan Sabri Yunus sendiri.
Kalu ada ulangan, saya pasti nak tengok lagi….!
~...SERI BULAN vs HISYAM, tidak pernah berakhir dalam seminggu...~
Assalamualaikum azie,
ReplyDeleteDah lama tak menjenguk blog kengkawan maupun blog sendiri. akak pun menonton malam tadi. dialeknya pekat kalau tanpa sarikata tentu azie susah nak faham....agaknya drama tu dizahirkan kerana demam bola....
Bagus juga ada kawan2 yg rajin review drama macam ni.KZ kadang2 malas nak menonton drama melayu/indon kerana jln cerita yg klise..KZ akan tunggu ulang tayang..itu bagusnya Astro!
ReplyDeleteMacam best..kalau ada, saya pun nak tgk...cuma hope ada susbtitle..sebab kalau pekat sgt bahasa kelantan nya, saya tak faham..hehehe
ReplyDeletehahaha.. saya baca review akak pon da mcm paham.. tp saya x tgk la citer neh~
ReplyDeleteSaya teruja tak bila dgr anak2 gelak...tgk pun dah dekat nak habis...mmg best...
ReplyDeleteSalah taip...teruja tengok....hehehe
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteKak azie, dah ada di youtube, siang tadi saya tengok.
cer cari kat FB Eelobor, dia yang share tadi atau pi cari sendiri kat youtube ;)
salam..
ReplyDeletesaya oun tunggu cerita ni dari minggu lepas lagi, mase tu tgk kat info ade tapi siar cerita lain, sekali keluar pemberitahuan yang cerita ni takde, tapi waktu siaran akan diberitahu kelak...hangin je kami..
Malam tadi bila dah keluar tv, tak dapat pulak tengok smpai habis sebab ada masalah teknikal...huhu
salam,azie.dgr mcm best tapi sya trlepas, anak2 nk tengok bnda lain.kita mengalah saja.
ReplyDeleteyes saya ckup suka dgr org kelantan bercakap, lmbut saja.trlangut saya mndengar.brbanding ckp org Perlis yg bunyi kasar..(tpi hati baik he he)..
tak pernah tgk cite ni..kalau ada ulangan bagus la sbb sy pun suka sesangat ngan lorat kelantan:)
ReplyDeletesorok bau budu pun best,ada la 2-3 kali tengok..si khusairy chua ni mesti glemer kat kelantan kan
Kat youtube dah ada...
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=bOC8zlh4smI
(kawe orghe kelante, tahu..)
Sy rasa bangga. Kne pasang astro lah mcm neh.. Apaa? Dah ada kt youtube? X jd astro.. Kikiki.. Sy 'kenal' khusairy chua tuh dalam Salam Pantai Timur n sejak itu minat lakonan beliau? Roy Kapilla pon ado? Laagi besh!
ReplyDeleteAdeh.. Tanda soal yg x berkenaan sila abaikn yea?
ReplyDeleteituari wak baru downlod muvie Bunohan, kecek kelate jugokkk.. ahHHKs
ReplyDeletemesti best cite ni tp sy jarang tgk tv la kak..
ReplyDelete