السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
27-12-2012
Suasana di tempat kija saya pada minggu terakhir ini adalah sangat tenang, santai dan relax. Tidak pernah terasa begitu santai.
Kerana 2,3 minggu sebelum hampir kesemua client sudah dimaklumkan tentang penutupan syarikat, jadi tiada projek baru dihantar dan diterima. Walaupun email-email tentang jemputan sebutharga/tender tidak pernah putus, tetapi tiada siapa yang membuka-baca apalagi hendak memberi respons.
Suasana adalah, menanti waktu berakhir setiap hari, dan masa diisi dengan mengemas dan membuang mana-mana ‘sampah’ yang tidak diperlukan.
Kerana tempat kija saya banyak berurusan dengan buku dan kertas, hampir 4,5 almari buku-buku (termasuk journals, sample books, etc..), kad, brochures dan seumpamanya, dikumpul dan dimasukkan ke dalam mesin pemotong sebelum dijual kelak. Pendekata, usaha memusnahkan segala usaha dan hasil kerja selama 25 tahun syarikat beroperasi, adalah sangat mudah dan cepat!
Bilik MyManager sudah 90% kosong dan berubah terus dari sebelumnya yang penuh 2 almarinya dengan buku dan lain-kain. Kini semua meja kami ‘kosong’ kecuali beberapa alat tulis sahaja.
Mana-mana barang/buku yang dilihat berfaedah dan boleh digunapakai, sudah dimasuk ke dalam kotak dan beg, dan telah diangkut pulang.
Saya terus melihat sebuah usaha yang dihenti dan sebuah kejayaan yang sudah tidak dibangga lagi.
Secara peribadi, saya meletak diri sebagai seorang yang berhenti di sebuah tempat menambah ilmu dan pengalaman, sebelum saya ‘singgah’ di hentian lain pula untuk tujuan yang sama.
Antara cenderamata yang pernah diterima, lalu masih ingin disimpan. Sharpener pelbagai bentuk, yang tidak pernah digunakan langsung.
~...pernah sekali SERI BULAN bertanya tentang jujur-ikhlasnya HISYAM mengajaknya ke Kampung Separuh Desa, tapi apabila tiada jawapan bersuara yang didengari, tiada tulisan ayat untuk difahami lalu segera sahaja dia mengerti dengan perbuatan dan kesediaan HISYAM sendirilah yang menjadi jawapan tentang ketelusan menjadi orang kepercayaan...!
tak tau kalu sy ditempat akak skrg.. maybe stress kot nak cr keja lain sebab sy banyak lg utang2 nak kena bayar.. :(
ReplyDeleteSebelum company ni tutup, company lama (yg saya keja dah 9 tahun) berpindah ke luar negara. Jadi soal cari kerja tu bukan pertama kali. Memang ada rasa sedikit tekanan, tapi saya yakin saya akan dapat kerja juga di mana-mana.
Deletecompany nak tutup da ke? nape?
ReplyDeletecantik la cenderamata tu...nampak antik ajer..
My Bos sudah tua dan uzur. Selalu sakit. Tak boleh terima tekanan. Harta/aset dia dah cukup banyak. Bangunan 3 tingkat ni dah takda hutang. Keta 4,5 bijik Mercs ada 3. Rumah, kondo semua dia dah ada. So takda masalah untuk dia pencen terus. Lagipun dia tiada waris. Takda anak langsung.
DeleteBegitulah kitaran kehidupan...
ReplyDeleteSebab itu saya agak relax dan tenang melaluinya...
DeleteHi azie. Dah lama tak singgah sini. Moga dipermudahkan srgala urusan dan dpt job. Insyallah. Rezeki Allah di mana2!
ReplyDeleteYa Zu. Amiiinnn... Nanti singgah lagi noo..
Deletewak pon sukak tengok cenderamata klasik tuuu.., very precious kanns.. ehHHe
ReplyDeleteYes WAK. Very very.
DeleteAssalamualaikum Azie
ReplyDeletepejabat saya sunyi juga
sebab ramai yg bercuti....
Tu mesti depa cuti sampai tahun baru, kan?
Deletebegitulah kak
ReplyDeletekena banyak sabar kan ..
huhuhu pejabat saya x sunyi kak .. ada org tapi semua kuar , macam x kerjaaa je mereka2 nie ! ;)
Keja luar seronok gak. Tak jemu mengadap kerusi meja jer.
DeleteMacam tu lah kan resam dunia..nak bina, punyala lama, nak musnahkan, sekelip mata aja..macam makanan jugak...nak buat, sikit punya lama, bila makan, tak sampai 5 minit licin! bahahahaha
ReplyDeleteKalu pi kedai, tunggu makan sampai nak dekat sejam, makan cuma 15 minit saja. Huh...
Deletenak berjaya cabaran berliku...
ReplyDeleteNak runtuhkan, sekejap saja. Mudah pulak tu.
Deletesayunya hati membayangkan...
ReplyDeleteKak Azie kurang sayu, sebab cuma sempat 3 tahun saja. Depa yang lama sampai 25 tahun tu yang kesian.
DeleteKak Azie...usia mempengaruhi kematangan kita. Insyaallah ada rezekinya nanti, semua tu urusan Allah.
ReplyDeleteDIA Maha Mengetahui. Ya Allah, jika rezeki ku jauh di lautan, kau dekatkan lah..
Deletemasa jd tukang bungkus ofs lama dulu bnyk kertas2 yg kami [saya & akak klener] musnahkan. en. bos cuma bg arahan dr hq je. wang jualan kertas2 itu, kami joli berdua sajok.. :P
ReplyDeleteinsyaallah, pintu rezeki sentiasa terbuka.
Sini punya Lady Bos, kalu jual pun buat senyap saja. Jarang dia nak belanja staf pun. Sikit kudukut!
DeleteHarap pun begitulah...
ReplyDeleteSayu dlm hati tetap terasa. Jalinan selama 25 tahun cuba bayangkan dari anak dara sampai dah jadi mak-mak budak.
ReplyDeleteMy Manager join company, dari dia masih anak dara, sampai anak sulung dia sekarang dah tahun akhir di universiti!
DeleteAzie pekerja yang ada kemahiran, insyaAllah tak susah nak cari kerja baru..
ReplyDeleteInsyaAllah MakChaq. Cuma bimbang kita terkena apa yang disebut orang "pilih rupa dah gaya". :) Kita takdak semua tu
DeleteSibuklah kan. Habis depa semua dpt pampasanlah ya?
ReplyDeleteMoga nanti bahagia di tempat baru, insyaAllah!
Bab pampasan langsung tak dengar citer. Ada yang tanya, pun tiada jawapan pasti. Takda harapan kot.
DeleteEntri ni sy baca sayu je...
ReplyDelete=(
Hmmm... Kak Azie rasa sayu sikit saja.
Deleteoh saya ingatkan company tutup kerana masalah bisnes. Rupanya tiada waris yang akan mewarisi perniagaan nya dan bos puan seringkali sakit dan uzur.
ReplyDeleteTapi apa masalah / kesakitan bos puan alami? Boleh saya tahu? Mungkin saya boleh bantu.
Nanti pm saya ye di rushdan_85@yahoo.com atau nak kenal saya boleh ke facebook saya https://www.facebook.com/mohdrushdone.sabree
Lady Boss, tak boleh terima tekanan. Depression.
Deletewahh..25 tahun tu.. lama betulll..
ReplyDeleteKalu kahwin, dah boleh menantu dah tu, kan? :)
Deletesama macam kak fara...sy baca pun sayu je...25tahun bkn masa yg singkat. kerja 3 tahun pun kira lama gak kan?
ReplyDelete3 tahun saya itu lebih membawa manfaat kepada saya. Di pihak mereka mungkin sumbangan saya tidak seberapa.
DeleteAduhai... rasa terharu dan sebak! Cenderamata tu ada nilai seninya yang tersendiri...jarang jumpa begitu lagi!
ReplyDeleteSaya pun tidak tahu kat mana depa beli. Lengkap 4 design plak tu.
DeleteInstead of tutup, kenapa dia tak jual pada co. lain jer. At least pekerja dapat terus bekerja dan dia pun dapat duit. Tukar management since dia tak ada waris.
ReplyDeleteTapi, satu pintu tutup, InsyaAllah 10 lagi terbuka luas. Amiin.
Yang saya dengar, dia tak mahu sebarang komitment lagi. Lagipun opis ni ada satu floor tempat rehat dan ruang memasak. Macam rumah kedua. Susah jika nak beri orang lain ambil alih.
Deleteinsyaallah selepas nih sis akan dapat kerja yang lebih baik dan best :-)
ReplyDeleteInsyaAllah. Tidak putus saya berdoa. Thanks ya.
DeleteBetoi tu, kalau bab nak memusnah, sat saja tapi nak membina tu berpuluh tahun lamanya..sayu..
ReplyDeleteSeperti melihat sebuah rumahtangga dibina dengan susah payah dan dugaan dihadapi. Begitulah kehidupan.
Deletesygnya mcm 2 kak..nway bnyak2 bersabar k...klau kna dgn sy x taula apa jd...
ReplyDeleteMasih banyak ruang dan peluang di luar sana. Kak Azie rasa tidaklah sukar mana pun. InsyaAllah.
DeleteIn Shaa Allah rezeki ada dimana2,mudah2an bertambah baik dari sebelumnya.
ReplyDeleteCantik cenderamata yang azie dapat.
Begitu juga harapan saya Kak Zai. Terimakasih.
DeleteInsyaallah ade rezeki.....
ReplyDeleteAamiinnn...
DeleteSalam kak..org yg byk pengalaman mcm akak x de masalah nak dapat kerja baru...usaha dan doa serta tawakal..sy doakan akak dapat kerja baru dengan segera.
ReplyDeletex pa kak...rezki ada di mana2.
ReplyDeletetp kan...cantek la itu peraut pensel :)