السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
21-12-2012
Sebagaimana orang lain melihat makan-makan sebagai suatu acara yang boleh memberikan rasa gembira dan bahagia...
saya juga melihat acara makan-makan sebagai suatu bahagian menyeronokkan. Selain suka mencuba pelbagai menu dari pelbagai tempat bila bercuti ke mana-mana, saya melihat makan-makan sebagai suatu kelegaan dan kenikmatan.
Cuma, saya tak pandai nak mencuba pelbagai resepi seperti setengah orang yang pandai memasak. Saya memasak sekadar untuk ‘makan sendiri’ yang saya selalu sebut sebagai “menu dari dapur ajaib saya”.
Dah lama saya tak makan Nasi Kerabu. Saya jumpa juga, penjual yang menjual di depan rumah saya. Set lengkap RM4.50 tapi bila saya tambah ikan goreng harganya jadi RM6.00.
Saya beli waktu pagi konon nak makan time sarapan, tapi kerana setnya yang lengkap begini ‘terlalu banyak’, saya simpan untuk lunch. Lalu, keropok itu sudah lembut lemau, tapi saya makan habis juga sebab sedap dan rindu budu!
Sebagai pelengkap menu dan kesan lebih dramatik (cewahhhh....!) ABC sedap menjadi penyeri.
~...SERI BULAN sering rindukan tempat-tempat makan yang bukan sedap mana, tapi seronok bergelak dengan kawan-kawan seiring dan sejalan sehingga HISYAM sendiri jadi penasaran lalu dia sedar mata wanita itu sering menjelingnya yang berdiri tegak di sebalik tiang seri kerana cemburu gagal memburu...~
aduh.. rindu ngan nasi kerabu tokma..:)
ReplyDeleteHarus airtangan Tokma tu lagi sedap, kan?
DeleteMakchaq pun memang makan2 tu sesuatu yang menyeronokkan jugak.. tak kesah mencuba apa2 makanan tapi paling favourite makanan berkaitan nasik dan lauk2
ReplyDeleteSaya kalu pegi tempat orang, makanan yang saya cari dulu. Bukan pasal lapar sangat pun, tapi memang suka nak cuba.
DeleteSy mmg suka sgt mkn nasi kerabu tp d cni adoyaiiii mahal sgt klu set mcm tu dlm rm10 pn ada.. Yg jual pn tym bln posa byk la tp x senua tu sdp...jual hari2 besa hnya 1 tmpt stkt ni yg d knl psti...
ReplyDeleteNasi Kerabu ni spesel. Mahal tu sebab susah nak buat, leceh nak cari bahannya.
Deletelama dah tak makan nasi kerabu. payah nak cari yg betul2 sedap..
ReplyDeleteKerana Kak Azie jarang makan, jadi mana yg jumpa tetap kata sedap.
DeleteAduiiiii .. Nasi kerabu feveret daku, kakak. RM6 ye skrg kak? Alahaiiii .. awat dah mahai??
ReplyDeleteKak Azie rasa yang mahal sebab ikan goreng dan daging bakar tu.
DeleteSeekor ikan goreng kecil berharga RM1.50 kan kak...
ReplyDeleteYup. Padahal ikan tu kat pasar sekilo cuma RM4 saja!
DeleteSedapnya nasi kerabu...dari kecik sampai ke tua ni, memang saya tak pernah jemu makan nasi kerabu...
ReplyDeleteKalu dah dok di negeri yang menu ni la asalnya, tentulah dari kecik lagi dah merasa.
DeleteNasi kerabu mmg my feveret..maklomlah, saya ni kelantan celop..wakakakaka
ReplyDeleteTiba-tiba jer kan? Amboiiii!
DeleteSedapnya..dah tau buat..cuma solok lada saya perlu berguru dgn org yg mahir!
ReplyDeleteOhhh ya. Solok lada tu saya tak jumpa. Biasanya kalu bulan posa, ada Nasi Kerabu set lengkap dengan Solok Lada.
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeletecomey header baru...
Comey tang font?
DeleteTerliur tgk abc tu...nasi ni sy xpandai mkn la
ReplyDeleteKena belajar makan la pasni. Sedap dan segar! Sebab ada sayur mentah sebagai ulam di dalamnya.
Deletewah meriah betul makanan akak ni..Tengok nasi kerabu tu terus saya mengidam nak makan, hehe
ReplyDeleteNasi Kerabu memang meriah. Sebab tu harga pun meriah jugak! hehehe
Deletesaya tak pandai nak makan nasi yg warna warni ni hehe
ReplyDeleteNasi putih pun, kalu tuang kuah kari, sambal ker jadi warna warni jugak. :)
DeleteDalam nasi kerabu tu ada kerabu apa, azieazah? Bila dah belajar makan ikan goreng bercolek budu, jadi tak peduli pula kandungan garamnya!
ReplyDeleteSaya rasa disebut kerabu tu sebab ada banyak sayur mentah di dalamnya. Sayur kacang panjang dan beberapa ulam yg saya tak pasti apa. Budu tu tak banyak, yg masin tu datang dari telur masin.
DeleteAzie..
ReplyDeletebaru ni akak pekena nasi kerabu kat KL Sentral. Malaysia delights.. memang sedappp... Lauknya mewah sangat.. ada ayam goreng dan ikan goreng...
teringat2...
KL Sentral? Ohhh suatu hari saya harus cuba cari di sana pula.
Deletenasi kerabu mmg sedap...1st tyme makan tyme ada event kat ip...sedap!hihi
ReplyDeleteBila dah dapat yg sedap, harus kita jatuh cinta jatuh minat, kan?
Deletemeleleqqqqq
ReplyDeleteterbaiklahhh
Ko ada? hahahahah!
Deletewak sukak nasi ambeng jugakkk.. aHHKs
ReplyDeleteNasi kerabu kat lembah keramat au5 memang sedap. Area foodcourt sebelah stesen minyak.
ReplyDelete